Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Pepagi ni nak sambung entry semalam ya
After melawat Kapal Selam kami singgah di Coconut Shake
Siapa sini pernah pergi Melaka? hihi. Bagi yang ingin pergi ke Melaka, Klebang Original Coconut Shake ni adalah destinasi wajib yang perlu anda singgah sepanjang berada di Melaka ni. Sangat-saangatlah rugi kalau datang Melaka tapi tak singgah dekat sini.
Seriously rasa Klebang Original Coconut Shake yang terletak di Pantai Klebang ni memamg padu. 
Dia menggunakan ais yang dikisar halus ala-ala smoothie dicampur dengan air kelapa dan isi kelapa yang banyak. Setiap sedutan memang terasa isi-isi kelapanya ditambah pulak dengan ice cream vanilanya yang maha pemurah, cukup membuatkan kombinasi rasa yang sangat sedap sehingga rugi sesiapa yang tak cuba.
Di Klebang Original Coconut Shake ini turut menyediakan makanan seperti Nasi Lemak bungkus, Mee Goreng, Bihun dan anika kuih-muih untuk dicuba bersama coconut shakemereka. Jadi, kepada mereka yang tidak minum ais, jangan risau sebab anda masih boleh lepak di sini sambil menikmati hidangan yang lain.
Kalau nak tahu rasa Nasi Lemak atau makanan-makanan yang lain, boleh lah cuba sendiri Bagi kami Nasi Lemak memang terbaik, tengok la kami makan seorang 2 bungkus
 Selepas membasahkan tekak kami jalan2 Mall Melaka
 sebenarnya saja nak cari aircond, Melaka memang panas
 so kami melepak di mall
 jom tengok wayang 
smile... habiskan masa dengan layan movie
next sambung petang ya