Jul 25, 2019

, , , , ,

Holiday MELAKA 2019 Part 10

Assalamualaikum semua
Maaf semalam x sempat nak balas komen
bz tahap max hahaha
Ok hari terakhir kami di Melaka nak ajak korang terjah kedai makan yang viral
Barakah Corner makin terkenal sejak signature dish mereka iaitu Roti Canai Merecik Special / Cheese menjadi viral. 
 Selain roti canai, ada juga nasi lemak, lontong, laksa, roti bakar dan lain-lain. 
Bagi yang belum tahu, roti canai ni ada inti di dalamnya – lebih kurang macam murtabaklah. Cuma ianya digulung macam burrito. Lepas tu disiram lagi dengan kuah banjir, siap dengan sambal di atasnya. Hah, terliur kan?
Patutlah makin ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk cuba menu di sini. 
 Cuma satunya, kena sabar menunggu sikit sebab biasanya tempat ni memang full housememanjang!
 nampak muka x sabar nak cuba
 teruja tengok 
 hasilnya
Waktu Operasi: 7 pagi – 12 tengah hari, Tutup hari Selasa
Lokasi: Taman Kesidang Seksyen 1 (Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera)


so apa tunggu lagi kalau sampai ke Melaka wajib terjah
Share:

8 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG