السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

TUKANG GUNTING YANG MENCARI ALLAH SWT
Image result for Tukang Gunting Yang Mencari Tuhan
Seorang ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada ustaz.

TUKANG GUNTING: Saya nak tanya satu soalan.
USTAZ: Ya, silakan.
TUKANG GUNTING: Benarkah Tuhan itu wujud?
USTAZ: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.
TUKANG GUNTING: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.
USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".
TUKANG GUNTING: Kenapa ustaz diam??
USTAZ: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.
Si tukang gunting ini pun dengan segera siapkan rambut ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan ustaz itu. Akhirnya siap.
TUKANG GUNTING: Ok dah siap ustaz. Apa jawapannya ustaz?
USTAZ: Berapa harga?
TUKANG GUNTING: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan)
Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata. Setelah membayar, ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.
USTAZ: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni?
TUKANG GUNTING: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.
USTAZ: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.
TUKANG GUNTING: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.
USTAZ: Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.
TUKANG GUNTING: "Terdiam seketika".
USTAZ: Manusia yang tidak mencari Allah SWT, sombong dengan Allah SWT. Allah SWT itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Allah SWT, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga.
TUKANG GUNTING: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan ustaz itu dalam keadaan menitis air mata".

Pengajarannya, hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah SWT. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah SWT. 
*Karya asal bertajuk "BARBER YANG MENCARI TUHAN." 
Posted 1st March by tuanhafizi