May 3, 2019

, ,

Renungan Jumaat : Marhaban Ya Ramadhan...Ramadhan Kareem

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
MARHABAN YA RAMADHAN 😍😘 RAMADHAN KAREEM 💚💖
Image result for Marhaban Ya Ramadhan...Ramadhan Kareem
Mari kita rebut peluang ini!
o Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
o Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
o Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
o Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
o Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
o Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
o Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
o Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
o Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas.
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya. Bulan Ramadhan Kareem yg semakin dekat.. rasa tak sabar menunggukan kedatangan Ramadhan.. 
semoga kita semua sampai ke bulan Ramadhan Yang Mulia..

Sayang sungguh Allah SWT pada hamba-Nya..Sampaikan Kami kepada Ramadhan Mu Ya Allah..Ramadhan Kareem 💚🥰
Niat untuk cuba khatam Al Quran ... Ya Allah jadikan Al Quran di dalam hati kami.

Tak sabar rasanya menunggu Ramadhan datang.. Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan! 
Semoga ibadah kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt.Amin.

https://akuislam.com 

Share:

4 comments:

  1. Selamat menyambut ramadhan anum...

    ReplyDelete
  2. salam ramadan. saya singgah n follow sini ya..
    sudilah singgah blog saya https://faradidi.blogspot.com!

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG