May 17, 2019

, , ,

Renungan Jumaat : Doa Munajat Ramadhan Kareem

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
DOA MUNAJAT RAMADHAN KAREEM
Image result for Doa Munajat Ramadhan Kareem
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami Ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru Ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu Ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga Mu Ya Allah…Ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurga Mu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu Ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmat Mu Ya Allah…

Ya Allah Ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…Ya Rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal mulk…

Ya Razak..Ya fattahu Ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah Ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu Ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu Yang Maha Luas Nikmatnya…

Amin Ya Rabbal Alamin.
Share:

14 comments:

  1. amin. semoga di pengulu sekalin hari, jumaat ni memberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian doa ni

    ReplyDelete
  3. Amin Ya Rabbal Alamin... Semoga ibadah kita diterima dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
  4. In Shaa Allah, kita akan banyakkan berdoa pd bln Ramadhan ini terutama sekai sebelum iftar...

    ReplyDelete
  5. ameen ameen ya Rabb..amalkan setiap hari sebelum berbuka..waktu doa mustajab...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG