May 29, 2019

Pray for father in law

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Doakan ayah mertua anum selamat menjalani pembedahan ya
tahun nie x berapa nak raya
ujian datang kepada my family in law
mybe ada hikmahnya nanti kan
panjang cerita nak story, apa pun pembedahan ini untuk kali kedua selepas kemalangan yang menimpa ayah mertua anum (renjatan electrik)
sama-sama kita doakan ya
Related image
Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu. 
Semoga dengan rahmat itu , Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.
Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. 
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. 
Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji. 
Ya Allah , Ya Tuhan kami yang Maha Mendengar, Kau berilah kekuatan dan keselamatan kepada Ayah mertuaku yang akan menjalani pembedahan. Semoga pembedahannya berjalan lancar dan mendapat kesihatan yang baik selepas pembedahan.

Share:

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG