Assalamualaikum semua
Selamat petang, petang ni Anum nak share dengan semua tentang Singaporean Airlines. Adakah korang semua pernah dengar tentang Singaporean Airlines? Haruslah pernah kan? Kan kan kan? Takkan tak pernah dengar sebab Singapore Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terbesar di Asia Tenggara.  Hebat tak hebat airline ni! Pada tahun 2010, Singapore Airlines direkodkan sebagai airlines kedua terbesar di dunia yang pergi ke lebih 62 destinasi di 32 buah negara. Disebabkan tu, Anum nak kongsikan sikit tentang ke’best’an Singaporean Airlines. Kita tahu pasal benda bagus, mestilah nak share kan.

Image result for Singapore Airlines

Antara yang Anum rasa istimewa tentang airline ni, untuk kelas ekonomi, mereka tawarkan Kelas Ekonomi Premium. Untuk kelas yang ni, kawasan seatingnya sangat kondusif dan cantik dan kelaas gituu. Memang sangat selesa, anda boleh stretch kaki panjang ke depan, sebab seating memang telah di-design untuk memberikan keselasaan yang tip-top untuk penumpang Singapore Airline. So, bagi mereka yang tinggi-tingi, anda dah taklah sakit-sakit cramp badan sepanjang penerbangan! Tambahan pula, Zim Flugsitz, pengeluar tempat duduk pesawat komersial dari Jerman, berganding bahu dengan Singapore Airlines untuk memberi seating yang comfortable dan praktikal untuk penumpang. Seatingnya lengkap dengan satu personal reading lamp, sesuai untuk mereka yang nak baca buku malam-malam tapi tak nak ganggu penumpang lain. Dekat seating tu juga ada dua port USB, so anda semua boleh lah charge phone, tablet masing-masing dan mereka juga sediakan satu soket elektrik. So, anda boleh la charge laptop, buat kerja, dan jadi manusia yang produktif sikit.
Related image

Apa yang ngam pasal Singaporean Airlines ni, anda boleh dapat access internet walaupun anda di udara. Bukan setakat tu,untuk setiap seating, airline ni dah sediakan monitor tv supaya anda boleh tengok movies, tv series  dan tak lah boring sepanjang perjalanan. Mereka juga sediakan muzik-muzik yang popular yang anda boleh dengar. Singapore Airlines ni sedaya upaya memastikan anda tidak boring dan mati kutu sebelum sampai ke destinasi anda.
Image result for Singapore Airlines

Untuk penumpang yang mengambil Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Business, penumpang boleh menempah hidangan sehari sebelum melalui servis Book the Cook. Penumpang boleh enjoy hidangan-hidangan lazat, menarik  tertarik yang khas disediakan oleh chef-chef antarabangsa Singapore Airlines. Untuk kelas ekonomi, walaupun pilihan menu tu dah disediakan oleh airlines tapi masih sedap sehingga menjilat jari! So pasal makanan, anda tak payah risau sebab semua hidangan memang sedap delicious meletup nyum. Selain itu, untuk mereka yang non-muslim, anda-anda semua pun boleh enjoy wine yang khas dijamukan kepada penumpang-penumpang.
Untuk sekarang ni, Singaporean Airlines ada flights to osaka promotion, sesuai untuk mereka yang dah lama nak menziarahi Osaka, Jepun. Kot-kot lah anda semua sejak kecil lagi dah berangan-angan nak visit Osaka Castle dan naik golden Gozabune boat untuk bersiar-siar keliling istana tu. Jadi, jangan lepaskan peluang ya kawan-kawan! So, dari Kuala Lumpur ke Osaka, Singaporean Airlines menawarkan harga serendah RM 1,348 untuk tiket pergi balik. Tapi anda dinasihatkan untuk booking 3 hari awal untuk dapatkan  harga special ni. Anda juga sekurang-kurang kena stay di Jepun selama 3 hari dan maksimum 1 bulan. Anda dah boleh start booking flight ni dari sekarang, sebab Singaporean Airlines ni buka promosi dari 23 Februari 2019 sehingga 31 Oktober 2019. Tapi anda kena booking terdahulu sebelum 8 April 2019. So, start booking sekarang, sementara stok masih ada! Eceh stok pula, sementara tiket masih ada.
Okay, jadi anda-anda semua mesti dah tak sabar nak tahu macam mana nak buat online singapore airlines flight booking kan? Anda boleh je terus buat booking di official website Singapore Airlines. Tapi, personally Anum lagi recommend kalau anda guna Traveloka. Kalau anda guna Traveloka ni, anda dapat price alerts untuk destinasi-destinasi pilihan. Anda susah nak dapat harga semurah di Traveloka di tempat lain, tidak juga di official website Singapore Airlines.


Jadi anda, boleh terus pergi ke website Traveloka ataupun kalau nak lagi mudah, anda terus je install app Traveloka dalam smartphone anda yang canggih-canggih tu. Cara nya mudah sahaja, anda boleh terus isi flight details: berapa pernumpang, masa, destinasi, tempat bertolak di situ. Kemudian, anda boleh pilih tiket yang paling sesuai dengan keperluan anda. Lepas tu, anda boleh isi maklumat penempah dan details penumpang. Anda boleh bayar dengan menggunakan e-payment. And then, Singaporean Airlines akan emailkan e-ticket kepada anda. Simple kan?


Bagi mereka yang ada akaun maybank tu, Anum nasihatkan anda jelaskan e-payment guna maybank card sebab anda akan dapat 15% diskaun! Banyak tu! Anda-anda semua boleh dapatkan kupon-kupon tersebut di Traveloka. Lagi satu, antara benda yang Anum suka tentang Traveloka ni, mereka tak mengenakan additional booking fees, ataupun cas tersembunyi. Semua benda dah tertera di screen anda. So semua dah jelas lagi lutsinar betapa bestnya Singaporean Airlines dan macam mana cara nak booking guna Traveloka, apa lagi, enjoy your trip, guys! Sengkek dan poket kering tidak menjadi halangan dah!