Apr 3, 2019

Wordless Wednesday #3/19

Assalamualaikum semua
Kemalangan yang menimpa keluarga hubby
 Kejadian terjadi pada hari Rabu 27.3.2019
Permulaan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar
Ditendang ke Hospital Taiping
Last sekali boss Ayah mertua x nak tunggu lagi terus ke KPJ Ipoh
 ditempatkan di Hospital KPJ Ipoh skrg
Skrg keadaan ayah dah stabil
kecederaan dalaman yang dialami akibat renjatan electrik
mengalami patah bahu , tapak tangan koyak, operation tulang
staff ayah melecur hampir 40%
punca masih dalam siasatan TNB n Bomba
Setelah berkhidmat sebagai kontraktor TNB selama lebih 25 tahun
siapa sangka kan .. semua ISO dipatuhi..
maybe ada hikmahnya
Petikan akhbar
Dua pekerja sub kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera apabila kabel voltan tinggi meletup ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan berhampiran pencawang TNB dekat Sauk, Kuala Kangsar, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata mangsa Mohd Redhuan Mat Nasir, 32, melecur di bahagian kaki hingga ke dada manakala Mat Sham Hashim, 58, melecur di bahagian badan.
Beliau berkata siasatan mendapati letupan berlaku apabila kedua-dua pekerja itu sedang melakukan kerja menyambung kabel ke transformer pada tiang elektrik.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Zainal Ahmad Taken berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari sebelum menggerakkan satu jentera dengan lima anggota ke lokasi kejadian.
“Semasa kejadian pekerja itu dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembaikan kabel sebelum kabel itu meletup dan terkena mereka sebelum kedua-duanya terjatuh dari staging (perancah),” katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.
Zainal berkata kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata siasatan awal mendapati, letupan berlaku akibat litar pintas semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.
Keadaan seorang daripada dua pekerja subkontraktor TNB yang cedera.
*Mohon doakan ayah mertua saya serta staffnya cepat sembuh*
Kami semua berkampung di IPOH
Share:

12 comments:

  1. Kerja-kerja mereka ini mmg mencabar..ini salah satu kerja murni demi keselesaan semua orang kan..
    semoga semuanya dipermudahkan dan kembali pulih dan sihat seperti sedia kala...Amin...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...takutnya benda2 macam ni..moga ayah mertua anum dan staffnya cepat sembuh...ameen!

    ReplyDelete
  3. Semoga ke dua2 mereka cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. allahuakhbar.. semoga semua kembali sembuh cepat2.. may Allah ease aamin..

    ReplyDelete
  5. Allahu.. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. Allahuakhbar.. Semoga semua kembali sembuh.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG