Assalamualaikum semua
Hari ini nak up gambar2 last weekend
 sukanya ica
 kami jalan2 sunway putra mall
 Dik ya with ibu
 Zai & Mom
 suka dia papa suapkan
 pilihan zai
 x sabar dik ya 
 smile always
 Ah Cheng Laksa
 ica x habis2 ngan tab dia , internet always
 alhamdullilah janji my mom happy
 try rasa laksa 
 moment with mom
 anum pilih mee kari
 laksa 
 next kami jalan2 
 penat jalan2 stop at tea live
 lepak jap
 so sweet
 sedar x sedar dah besar ica 
 termenung la konon
 dia la segalanya bagi kami
 papa with dik ya
last pict
Ok jom smabung kerja
Assalamualaikum semua
Hari ini nak share gambar2 sempena latihan bola tampar
 otw nak ke office 
korang nampak x apa yang tersembunyi
 training bola tampar
 untuk makluman semua sekarang kami tengah berlatih untuk sukan antara agensi
 semangat semua nak menang 
 training kena ada baru la capai kejayaan
 jurulatih yang hebat dilantik
latihan bermula
Next week kita akan bertarung
doakan kejayaan kami

oالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
MENGAPA SUSAHNYA NAK MENJAGA HATI INI DARI TERLUKA DAN SANGKAAN ORANG?
Related image
Bukan mudah untuk menjaga hati dari keadaan sekeliling * I give you my heart. 

“Susahnya nak menjaga hati ni…!!”

Alhamdulillah Allah SWT bagi kita hati dari situ kita ada perasaan.
Dan mujur lah Allah SWT ciptakan manusia tu dengan  satu hatinya.
Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati.

— Nak jaga HATI dari bersangka-sangka dengan orang, nak jaga HATI dari terluka.
Dengan satu HATI ni pun dah banyak kali terluka, banyak sangat dah bersangka sangka  dengan orang. Satu HATI yang dikurniakan kalau kita pelihara DIA elok elok Allah SWT indahnya.

Tapi Allah SWT tu baik. Maha Baik.

Walaupun hati ini banyak sangat buat dosa, Allah SWT tetap hadirkan sekelumit rasa getaran itu tanda hati masih hidup, masih ada iman.

Walaupun pun hamba Allah SWT ni berdosa sekalipun bila Allah SWT bagi getaran pada hatinya, Allah SWT bagi ujian buat hambaNya.

Nak suruh kita ni kembali kepadaNya, kembali ingat padaNya.

 Saya Tahu Ramai Yang Pernah Kecewa Dengan Dunia
Dah kata dunia ini macam makanan yang manis, tapi bila kita ambil dalam kuantiti yang banyak ia bahaya pada kesihatan kita tapi itulah yang sedap.

Itulah yang kita nak kan?

Dalam artikel ni saya nak bawakan satu bahagian saja pasal HATI.
Something yang dekat dengan anak remaja, belia kita. Macam Allah SWT uji hati anak remaja dengan satu term yang sangat indah, CINTA.

Berapa ramai yang kecewa sebab cinta, berapa ramai yang terpedaya kerana cinta?
Sebenarnya indah hikmah yang Allah SWT selitkan dalam proses membawa HATI itu kepadaNya.

Ya, mungkin jalan ini ada jalan yang kamu perlu lalui dalam proses menjadi seorang hamba yang lebih baik.

Saya terbaca satu post di instagram:
Aku bukan tak sabar, hanya tak ingin menanti.
Kerana berani memutuskan adalah juga kesabaran. Kerana terkadang penantian membuka pintu-pintu syaitan.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.

Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

— Salim A. Fillah
 Kadang–Kadang Bukan Kita Kecewa  Dengan Manusia, Kita Yang Mengecewakan Hati Kita Sendiri

Ya kita memilih untuk membiarkan hati itu patah dengan tindakan kita.
Ingatlah takkan bersatu dua cinta, CINTA PADA ALLAH SWT dalam masa yang sama cinta pada maksiat.

Kemudian kita yang harus memilih, dan ternyata hati memilih untuk terluka.
Luka yang terjadi itulah hikmah.

Hikmah yang diri sendiri akan nampak sepanjang proses penyembuhan. Hikmah yang diri akan nampak di saat hati kita betul betul redha.

Ketahuilah ia bukan satu proses yang mudah kerana perlunya MUJAHADAH. Tapi percayalah, segalanya mudah apa bila Allah SWT memudahkannya.

Satu yang perlu tahu dalam proses penyerahan hati, penyembuhan hati kepada Allah SWT itu ujian-ujian Allah SWT selalu mengiringi.

Sedarlah bahawa DIDIKAN SABAR sedang dipraktikkan oleh Allah SWT kepada kamu.
Sahabat saya berkata

“Allah SWT hantar kamu untuk bantu yang lain”
Itu takdir Allah SWT, kita yang pernah sakit dulu, akan bantu orang lain hasil dari rasa sakit yang pernah kita lalui.

Saya pandang sahabat saya, mendengar cerita, harapan, tekad nya bawa saya jauh seketika saya berada ditempat dia sekarang, saya selalu cakap, memang tak mudah hanya tekad dan doa saja. Jangan pernah takut.

 Hati Yang Sedang Sakit Perlu Dirawat Segara, Moga Tidak Melarat

“Sakit hati” ni bukan dengki tapi sakit hati ini ialah dimana,  kita mula lemah dalam langkah menuju tuhan.

Rawatlah dengan bicara denganNya, rawatlah dengan membaca kalamNya.
Mari hayati kata kata Saidatina Hajar, ibunda Nabi Ismail a.s. Ringkas dan padat yang mampu memotivasikan kita serta memberi semangat baru dalam jiwa jiwa kita.

“ALLAH SWT TIDAK AKAN MENSIA-SIA KAN KITA”

— Tinta yang menulis ini masih berjuang dengan ujian Allah. Mohon doa nya.
Artikel ini perkongsian daripada Norliyana Zulkifli. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah



Anumkhairil
Assalamualaikum semua
Last week pg makan dekat Kota Damansara
 Antara menu yang dihidangkan
 Big Boss tgh baca menu
 special day on friday.. horey memang luck kami
 pilih2 apa yang nak
untuk hari jumaat special day
order set nasi kambing akan dapat nasi beriani perggggggggg
 ini la menu special warung mercik
Tambah menarik, setiap hidangan set gril tersebut turut disajikan bersama pencicah air asam yang diolah sendiri oleh pemiliknya.

Bukan setakat itu, set nasi berianinya pula turut disertakan dengan beberapa jenis lauk seperti ayam, kambing dan campuran.
 sedap giler kami bg 4 bintang
Mempertaruhkan nasi serai bersama set gril dan nasi beriani sebagai hidangan utama, Warung Mercik semestinya menjanjikan kepuasan kepada kedua-dua peminat masakan tersebut.
selain nasi beriani ada jugak nasi kuning
korang memang kena cuba
Bagi yang tidak mahu makanan berat seperti nasi, 
pelanggan boleh mencuba set makanan Barat 
seperti kambing dan ayam gril serta bebola daging yang menyelerakan.
Jemput datang warung mercik
Kota damansara- berhadapan masjid kota damansara


Jalan Sepah Puteri 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
HATI KITA ALLAH SWT YANG PEGANG, MAKA IKHLAS KAN HATI....
Image result for Hati Kita Allah SWT Yang Pegang, Maka Ikhlas Kan Hati
Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak?

Mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit.
Kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan.
Katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik.
Bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.
Kecewa tak?

Mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?
Tarik nafas. sebut nama Allah SWT sejenak. pejam mata.
Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa?

Orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?

Tak ada yang lain kecuali Allah SWT, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah SWT nak ajar sesuatu.
Allah SWT nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan.
Allah SWT nak kita tahu tanpa keikhlasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah.
Allah SWT nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. 
Allah SWT nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah, sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah SWT kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya.
Tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah SWT kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.
Ikhlas lah. Ikhlas itu melegakan! 

Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua..

Assalamualaikum semua
Pagi ni nak up entry last saturday
Semua tau kan kami ada sukan antara agensi
so macam biasa la Anum mewakili sukan dart
 Bersama our ladies darters
 Nie geng karom matrade
 Karom team
 bersama otai2 darters
 sempat lagi bergambar dengan ceo matrade
 smile always
 amik tenaga sebelum game start
 full support from top management
 all darters team
 Karom team 
 kita makan dulu 
 macam2 gelagat 
 yg penting kami happy
 akhirnya kami champion
 berjaya mengekalkan kedudukan dart antara agensi
 untuk tahun nie banyak agensi MiTi yang baru antaranya MIMOS, MARI,SIRIM,INVEST KL, EXIM BANK & MIDF
 Kami telah berjuang sehabis baik demi pertahanan kejohanan
 every year memang sukan dart MATRADE akan pengang
 alhamdullilah syukur
 semua tangan nak no 1 je la kalau bergambar
 happy moment
 anak2 juga semangat sebab kami menang
 terima kasih x terhingga pada semua yang datang bagi sokongan pada kami
 inshaallah tahun depan kita kekalkan lagi
 hampir 8 tahun kami champion dalam sukan dart
 Thanks pada Kak Azni yang semangat bg sokongan
 Final match
 grouping 
 terlupa nak snap gambar full chart
hehe gembira sangat terus lupa
 Bergambar dengan Darters MiTi 
 Hubby on action
 masuk Bernama
 all agensi under MiTi
x lupa juga pada Karom yang berjalan pada hari yang sama
Karom MATRADE dapat Naib Johan
Horeyyyy
Majulah sukan untuk negara