Feb 13, 2019

, , , ,

Pemergian Anak Saudara 12.2.2019

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
semalam Anum terpaksa EL
Berita yang mengejutkan anak saudara Anum meninggal dunia
 Semasa majlis pengebumian  
 Alhamdullilah semua urusan dipermudahkan
 Kerja-kerja mengebumikan arwah juga mengambil masa yang singkat
Jenazah arwah , iaitu Allahyarhamah Mohd Rashid Reda Bt Naemah dimasukkan ke dalam van jenazah menuju ke tanah perkuburan Sg Kantan, Kajang hanya terletak beberapa kilometer dari rumah ibu arwah...
 Inshaallah dipermudahkan urusan arwah 
Bacaan talkin
Sesungguhnya, bacaan talkin ini adalah peringatan untuk kita yang masih hidup, selain dari untuk si mati itu sendiri...Beginilah sedikit sedutan bunyi talkin yang dibaca oleh pak imam...

"Wahai ( nama arwah )...Hendaklah kamu ingat bahawa janji-janji Allah itu adalah Benar...!!! Syurga dan Neraka itu adalah Benar...!!! Akhirat itu adalah Benar...!!! Soalan di dalam kubur itu adalah Benar...!!! Maka, selepas ini kamu akan didatangi oleh 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir...Apabila mereka bertanya kepada kamu Siapakah Tuhanmu..?? Siapakah Nabimu..?? Apakah Agamamu...?? Apakah Kiblatmu...?? Maka hendaklah kamu menjawabnya dengan cermat serta lidah yang fasih...Janganlah sekali-kali kamu berasa gentar...!!!..."
 Tahun lepas k.long kehilangan suami tercinta besar ujian k.long
Pemergian anak sulung lelaki diusia 26 tahun sangat memberi kesan pada K.Long, mana tidaknya sebelum ini arwah la pengganti suami tercinta & sentiasa bersama dalam membantu menguruskan adik2.


Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga K.Long diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.


Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(Ali-’Imran: 185)

Share:

6 comments:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun
    Salam takziah Anum dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Doa untuk Arwah
    Innalillahiwainnahirojiun...
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah
    . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
    Berikanlah kesabaran dan ketabahan kepada keluarga beliau menghadapi saat sedih seperti ini. Aamiin Yarabbal Aalamiin...😢

    ReplyDelete
  3. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...takziah buat anum sekeluarga

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG