Feb 14, 2019

, , ,

Hutan Lipur Gunung Senyum Part 4

Assalamualaikum semua
Sambung lagi entry semalam ya
 Bapak besar daun keladi nie
 sangat damai
 siap boleh berteduh nie
Hutan Lipur Gunung Senyum meliputi kawasan seluas 794 hektar dan menjadi sebahagian Hutan Simpan Jengka 1,2,3 dan 4.
Terletak antara perjalanan Kuala Lumpur-Kuantan. Pelancong boleh menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Temerloh dan kemudian menaiki kereta sewa untuk sampai ke sini.
Sementara bas persiaran atau kereta persendirian boleh memasuki hingga ke kaki gunung ini. Kompleks Gunung Senyum di bawah selenggaraan Jabatan Perhutanan Pahang menyediakan aktiviti perkhemahan, aktiviti lasak dengan kemudahan surau, dewan terbuka, chalet, tapak perkhemahan, chalet dan asrama
Terletak 20km dari Bandar Jengka, 40km dari Bandar Temerloh, juga boleh dilawati dengan menyeberangi Sungai Pahang dari Pekan Kuala Krau dan 14km melalui  Kampung Tersusun Rumpun Makmur.
 Ngam2 sampai bawah matahari nk tenggelam da
 Happy all
 Alhamdullilah semua selamat 
WE LOVE GUNUNG SENYUM" yang baru dipasang oleh Jabatan Perlancongan Negeri Pahang bagi tahun 2019. sekiranya ingin membawa keluarga ke lokasi percutian dan pengembaraan penuh misteri, namun dilatari keindahan alam semula jadi, Hutan Lipur Gunung Senyum dalam kawasan Hutan Simpan Segitiga Jengka di daerah Temerloh, Pahang, adalah pilihan terbaik.
Kepada yang berminat sila hubungi: Pegawai Hutan Daerah Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera, 28000 Temerloh, Pahang. Tel. : 09-2962755

Share:

8 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG