Feb 12, 2019

Hutan Lipur Gunung Senyum Part 2

Assalamualaikum semua
Selamat petang
Anum nak sambung entry semalam ya
Kami meneruskan lagi misi kami 
Sambungan kisah mitos
Syarat pertama, Puteri Bunian perlu bersiram di Gua Kolam Tujuh. Keluasannya ialah 15 meter kali 30 meter. 
Terdapat tujuh tingkat kolam (cata) yang menarik di dalam gua ini apabila setiap cata memiliki ciri-ciri tersendiri. 
 Tangga yang menegak perlu korang lalui
Setiap kali musim tengkujuh, air di dalam kolam ini akan melimpah keluar melalui setiap tingkat kolam, namun punca terbitnya air berkenaan, masih belum dijumpai. 
Syarat kedua pula, Puteri Bunian perlu mengeringkan badannya di Gua Angin. 
 Apabila berdiri di Gua Angin, memang kita dapat rasa angin bertiup perlahan ke badan kita dan kawasan di sekitarnya sejuk dan nyaman.
 Abaikan gambar my hubby nie.. haha
Syarat yang terakhir, Puteri Bunian perlu bermandikan cahaya bulan di Gua Terang Bulan. 
Selepas ketiga-tiga syarat itu dipenuhi, barulah Puteri Bunian dibenarkan berkahwin dengan Tok Long," katanya.
Tok Long mungkir janji


Selepas berkahwin, Tok Long memperoleh kelebihan apabila berupaya merawat pelbagai penyakit dalam kalangan masyarakat bunian. Selang beberapa purnama (bulan), Tok Long berasa teramat rindu dengan keluarga di kampung halamannya. 
Lalu, beliau minta izin dengan isterinya untuk pulang sebentar ke alam dunia. Namun, Puteri Bunian beri syarat, Tok Long perlu kembali ke alam bunian dalam masa sebulan.
Tok Long terlalu gembira dengan kelebihan yang ada pada dirinya sehingga beliau terlupa janjinya dengan isteri.

"Disebabkan memungkiri janji, akhirnya selepas lebih satu purnama, Tok Long kembali ke Gua Senyum, namun Puteri Bunian sudah tiada. 
 Tok Long setia menunggu isterinya kembali ke pangkuannya, sehinggalah beliau meninggal dunia, lalu dikebumikan di Gua Makam Tok Long,(Kisah mitos Tok Long)
Disebabkan cerita mitos berkenaan, ia menjadi tarikan pelancong dari luar negara, terutama Jepun untuk berkunjung dan meneroka keindahan Gunung Senyum, termasuklah kunjungan daripada pelajar sekolah menengah serta penuntut universiti tempatan.
Kami sempat menikmati keunikan yang terdapat di Gua Taman Satu. Persekitarannya amat bersih, seolah-olah sentiasa terpelihara. 
 Tiada sehelai daun kering atau ranting pokok berselerak di kawasan berkenaan.
 Alhamdullilah Baby & Brother x meragam.. senyum sentiasa
Next kita sambung esok ya

2 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥