Hutan Lipur Gunung Senyum Part 1

2:00 PM

Assalamualaikum semua
Selamat petang , semua dah lunch?
Anum macam biasa la makan bekalan
Ok nk share gambar2 kami hiking with family sempena cuti CNY
SEKIRANYA ingin membawa keluarga ke lokasi percutian dan pengembaraan penuh misteri, namun dilatari keindahan alam semula jadi, Hutan Lipur Gunung Senyum dalam kawasan Hutan Simpan Segitiga Jengka di daerah Temerloh, Pahang, adalah pilihan terbaik.
Dibuka sebagai kawasan rekreasi pada 14 Julai 1989, Gunung Senyum yang berketinggian 1,549 meter terletak berhampiran inap desa Felda Jengka 25, apabila ramai pengunjung memilih untuk melengkapkan percutian dengan meneroka gunung berkenaan dan melihat keindahan stalaktit dan stalagmit gua batu kapur serta mencari jawapan sejauh mana kebenaran cerita mitos mengenainya.
Berdasarkan kajian arkeologi, hutan lipur di sini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di Gunung Senyum yang mempunyai nilai perubatan. 
Bagaimanapun, masih ramai belum mengetahui kisah sebenar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang mempunyai lebih 18 gua batu kapur dengan pelbagai nama unik dan klasik.
Dari 18 gua dalam Gua Senyum itu, hanya lapan yang popular dalam kalangan pelancong iaitu Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu, Gua Taman Dua, Gua Gajah, Gua Makam Tok Long dan Gua Silat.
Sekiranya berhajat untuk meneroka kesemua gua itu, ia akan mengambil masa sekitar empat jam dan mungkin lebih kerana selain berjalan kaki, pengunjung perlu mendaki dan merangkak dalam sesetengah gua.
Berdasarkan fakta sejarah, Gunung Senyum mendapat namanya apabila Almarhum Sultan Ahmad yang memerintah Pahang pada tahun 1863 hingga 1892, ketika itu dalam perjalanan berangkat ke Kuala Krau, Temerloh, terpandang kepada sebuah gunung di tebing kanan Sungai Pahang dan bertanya kepada pengiring baginda, nama gunung berkenaan.
Pengiring baginda hanya berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum. Bagi mengelakkan pengiring dan pembesar Pahang berasa malu, baginda bertitah menamakan gunung berkenaan sebagai Gunung Senyum, gara-gara gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum.
 Rombongan kami diwakili kanak2 yg berumur 1 thn 7 bulan & baby 7 bulan
jangan x percaya kami berjaya menawan tau
memulakan penerokaan ke Gunung Senyum sekitar jam 2 petang selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Pahang.
Kami memilih beberapa gua batu kapur yang terkenal dengan cerita mitos untuk diterokai, bukan semua gua kerana dikhuatiri kesuntukan masa.
antara cerita mitos paling terkenal mengenai Gunung Senyum ialah kisah si pemikat burung iaitu Tok Long, seorang lelaki budiman berhati mulia, dikatakan pernah berkahwin dengan Puteri Bunian yang mendiami gunung berkenaan.
  Sebelum berkahwin dengan Tok Long, Puteri Bunian perlu memenuhi tiga syarat.
 Gunung Jebak Puyuh pula terletak bersebelahan dengan Gunung Senyum
Berehat sebentar.. ok esok sambung lagi

You Might Also Like

6 comments

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Recent Posts

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥