Renungan Jumaat : Merendah Diri - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Jul 20, 2018

Renungan Jumaat : Merendah Diri

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
Image result for Merendah Diri
MERENDAH DIRI...

Belajarlah merendah diri kerana itu sifat terpuji, Allah SWT memuji hambaNya yang selalu merendah diri.

Jadikanlah ia sebagai sifatmu, kerana kau tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.

Bukankah semua yang kau ada itu milik Allah SWT?

Sepatutnya kau malu dan sentiasa bersyukur bukannya meninggi diri sambil mendabik dada dan menjeling mata.

Buanglah sifat kejimu, sedarlah dirimu, kita semua sama, cuma beza pada amal dan takwa padaNya.

Janganlah memandang hina pada orang yang dibawahmu kadang-kala ia lebih mulia darimu.

Usahlah bangga dengan pencapaianmu, ianya tidak kau dapat jika bukan kerana ihsan Tuhanmu.

Mungkin doa merekalah yang menyebabkan kau berpangkat dan berharta,  cerminlah dirimu, malulah pada makhluk Allah SWT yang melihatmu di langit sana,

Malulah kau pada tuhanMu yang sentiasa melihat gerak-geri dan tahu isi hatimu.

Buat apa nak meninggi diri, hidup pun cuma seketika, akhirat kelak kan berjumpa.

Buangkanlah kebodohanmu itu,

Mari bersama menikmati hidup ini,

Celikanlah hatimu,

Hiduplah sebagaimana yang Allah SWT perintahkan...

Belajarlah merendah diri...

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami..AMIN

4 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥