Renungan Jumaat : Kehidupan Yang Seketika - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Jul 27, 2018

Renungan Jumaat : Kehidupan Yang Seketika

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera..
KEHIDUPAN YANG SEKETIKA

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik.
Image result for adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang suami/isteri, jadilah suami/isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami/isteri kita. Jika kita seorang pekerja laksanakan amanah sebaiknya. Kerana hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi suami/isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi pekerja yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah SWT. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 🍃💕

Sumber : Facebook
Dicatat oleh Norhayati Mohd Isa

Anumkhairil

8 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥