Renungan Jumaat : Meraih Keberkatan Dengan Iman Dan Taqwa - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

May 11, 2018

Renungan Jumaat : Meraih Keberkatan Dengan Iman Dan Taqwa

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

MERAIH KEBERKATAN DENGAN IMAN DAN TAQWA
Image result for Iman Dan Taqwa
Pernahkah kita terfikir untuk mendapat rezeki dan kurniaan yang banyak dan mungkin melimpah ruah? Atau sekurang-kurangnya memiliki rasa sangat-sangat mencukupi dengan penuh syukur? Atau mungkinkah sebaliknya iaitu rezeki yang diperolehi sering tidak kecukupan dan tidak memuaskan keperluan seharian? Lalu sering membangkitkan rasa tidak senang dan kegelisahan?

Mungkin ada sesuatu yang perlu dilihat dan diperhatikan semula. Ada sudut-sudut yang mungkin perlu diteliti semula. Muhasabah diri jika ada silap di mana-mana bahagian diri ini. Bagaimana agaknya kedudukan iman dan taqwa kita hari ini, masa ini, dan ketika ini? Apakah berada dalam keadaan yang baik dengan penuh praktikal dan dibina atas kefahaman ilmu yang jitu yang sewajarnya?

Apa kata kita renung-rengungkan semula firman Allah SWT ini (maksudnya),

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.” (al-Hujuraat, 49: 13)

Pertamanya, dapat dilihat secara zahirnya melalui ayat ini menunjukkan bahawa orang paling mulia dan mendapat tempat di sisi Allah SWT adalah orang-orang yang bertaqwa. Bagaimanakah ketaqwaan kita kepada-Nya setakat hari ini, ketika ini, dan saat ini? Apakah dalam keadaan yang baik atau sebaliknya?

Lihat pula ayat ini (maksudnya),

“Niscaya Allah SWT akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadilah, 58: 11)

Ayat ini pula menjelaskan perihal betapa Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman yang memiliki ilmu pengetahuan. Jika mungkin kita memiliki ilmu perkomputeran, computer language programming, kejuruteraan genetic, atau pakar microorganisma (microbilogist), maka Allah SWT akan meletakkan kita tinggi dengan kelebihan berkaitan dengan bidang kepakaran kita dalam kedudukan ilmu tersebut.
Namun, apa yang lebih utama adalah kedudukan kefahaman kita terhadap pengertian iman dan juga praktik agama kita dalam setiap penghambaan kita kepada Allah ‘azza wa jalla. Dengan ilmu sains dan teknologi yang begitu hebat, namun tiadanya walau secebis iman di dalam hati, apalah gunanya, kerana kita kehilangan ciri kriteria yang lebih utama bagi menjaga ilmu tersebut sebenarnya. Malah, tidak menepati ciri yang membolehkan ia duduk dalam jajaran orang yang dipandang mulia oleh Allah SWT jika tanpa diletakkan ciri taqwa dan iman. Oleh sebab itulah, Allah SWT meletakkan ilmu dan iman dalam jajaran ayat yang sama sebagai renungan kepada kita semua yang mendakwa memiliki ilmu dan betapa keutamaan iman itu sendiri yang perlu kepada iringan ilmu kefahaman. Masing-masing ciri tersebut saling memandu pemiliknya...

Pembinaan iman mestilah dengan ilmu. Tanpa ilmu, dapatkah iman terhasil? Tanpa iman pula, apalah gunanya ilmu? Kerana dengan ilmu, ia membolehkan kita melihat bukti dan tanda kekuasan-Nya dari pelbagai sudut, lalu mampu membuahkan iman yang baik dengan izin rahmat dan hidayah petunjuk-Nya. Dengan ilmu juga berupaya membuahkan kefahaman, lantas mampu membawa diri kita beramal dengan sahih.
Berbalik kepada topik, sedar atau tidakkah kita... iman dan taqwa sebenarnya saling mengait di antara satu sama lain bagi meraih, menuai, dan mencapai keberkahan serta kenikmatan hidup bagi kita semua. Dengan iman dan taqwa, Allah SWT menjanjikan pelbagai ganjaran buat kita. Malah, bukan itu sahaja, tetapi pelbagai lagi akan dimudahkan untuk diberikan kepada kita sebagai kurniaan dan kenikmatan yang membuah rasa kecukupan dengan izin-Nya.

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah SWT niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah SWT niscaya Allah SWT akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah SWT melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah SWT telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)
http://an-nawawi.blogspot.com

Anumkhairil

4 comments:

  1. Semoga kita dapat masuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa kepada Allah...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing sis.. sangat bermanfaat..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥