Renungan Jumaat : Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

May 4, 2018

Renungan Jumaat : Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
MENJANA KEHEBATAN DIRI DALAM PERGAULAN
Image result for KEHEBATAN DIRI DALAM PERGAULAN
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci 
dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah 

Jangan Ada Benci Di Hati 

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Allah SWT itu Maha Adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. 

Kaedah Mengikis Perasaan Benci 

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain. 

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah: 

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain. 

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa). 

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita. 

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan. 

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang. 

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita. 

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. 

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita. 

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan In Sha Allah orang lain akan tertarik kepada kita. 

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan  
      apabila mengingati mati. 

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah SWT. 

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia. 

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian. 

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia. 

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain. 

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa. 


Terlebih Dahulu Baiki Diri 

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: 

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"


8 comments:

  1. Memang benar apa yang diperkatakan.. =) Selamat pagi kak Anum..

    ReplyDelete
  2. betul tu and sebab tu untuk amalkan semua tips tu memerlukan kekuatan emosi dan fizikal. bukan semua orang mampu kuat. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. moga dapat memaafkan mereka yang berkenaan setiap kali sebelum tidur.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥