Renungan Jumaat : NASIB KITA BUKAN MANUSIA TENTUKAN... - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Apr 20, 2018

Renungan Jumaat : NASIB KITA BUKAN MANUSIA TENTUKAN...

Assalamualaikum Dan Salam  Sejahtera,

NASIB KITA BUKAN MANUSIA TENTUKAN…

Kita tidak boleh buat semua orang suka kita. 
Adakalanya kita kena terima hakikat ada yang tak sukakan kita, walau apa pun yang kita buat.

When insults come to you, rasa sakit hati dah tentu ada, 
Tapi jangan sampai kita jadikan itu punca that hinders you to grow for the better. 
Kita boleh je dihina, rasa sedih dah tentu, mungkin juga terluka. 
Tapi jadikannya pencetus semangat to prove to those who ever underestimated you, that you are as strong and will be more successful than them.

Yang penting, kita tulis saja yang baik-baik, buat je yang baik-baik. 
Manusia kalau tak suka, buatlah baik macamanapun dia tetap akan ada alasan untuk membenci.

Jadi, apa pun yang orang kata terhadap apa saja yang kita buat, itu adalah sebahagian dari diri mereka

Not a threat to us. The threat to us is our own ugliness.

Apa juga yang orang kata, tak sepatutnya mempengaruhi kita sedikit pun sebab nasib kita tak ditentukan oleh tulisan dan kata-kata orang. 

Kalau kita yakin masa depan kita ditentukan oleh cakap-cakap orang, maka itulah yang kita akan dapat.

Tapi kalau kita yakin hanya ALLAH SWT saja yang dapat menentukan nasib kita, maka kata ALLAH SWT “AKU ADALAH SEBAGAIMANA SANGKAAN HAMBA KU” so sentiasa berbaik sangka lah pada ALLAH SWT.

Kajian Kes :-

Semasa aku join Kem Bina Negara di tingkatan 4, ada simbolik dalam kem itu bila peserta perlu membawa batu bata. Konsepnya batu bata mewakili amanah yang mesti dipikul dan dijaga dengan baik. Aku menganggap batu bata itu sebenarnya mewakili beban yang tak de faedah untuk dipikul ke sana sini. Pada pemahaman aku, ini menunjukkan betapa sakitnya membawa sebuah beban (batu bata) yang tidak ada faedah. Bila kita membawa sesuatu yang tidak ada faedah dalam hidup, menyebabkan badan kita jadi extra letih, cepat marah, serabut pun bertambah. Selain itu, beban menghalang usaha ke arah matlamat yang lebih tinggi untuk mendapatkan keselesaan hidup yang lebih baik. Bila beban bertambah (kena tambah 2 biji batu bata) , pergerakan makin perlahan. Memang kita sedaya upaya untuk ke depan tapi dengan usaha yang lebih dari orang lain. Macam tu lah kalau kita membawa beban penyakit HATI. Akan terasa sakit dan berat sangat diri nak maju ke depan. Cuba buang dan lepaskan rasa sakit hati itu, In Sha Allah lebih ringan beban dan rasa ketenangan diri. 

Setiap kali kita dapati ada orang berkata buruk tentang kita, jangan simpan dalam hati. 
Itu lebih memberatkan fikiran. Takde faedahnya. Jadikan itu peluang untuk kita bersyukur kerana berpeluang untuk MUHASABAH DIRI. 
Muhasabah untuk melihat semula diri dan memperbaiki apa yang tidak betul pada diri sendiri.

Dalam masa yang sama menjadi ingatan untuk kita supaya tidak melakukan perkara yang sama yang orang buat kepada kita. 
Jadi, kalau kita tau ada orang berlaku zalim pada kita baik melalui tulisan atau percakapan, itu sebenarnya ingatan dari ALLAH SWT supaya kita jangan buat benda yang sama.

Ini juga sebenarnya peluang untuk DOA kita dimakbulkan ALLAH SWT. Kerana doa orang yang dizalimi itu menembus langit. 

Jadi, kalau ada orang yang berlaku buruk pada kita, jangan cepat-cepat nak doakan supaya ALLAH SWT balas perbuatan mereka. Rugi kalau kita doa macam tu. 
Gunakan peluang ini berdoa untuk kebaikan diri kita kerana inilah waktunya doa kita diperkenankan. Doakan juga kebaikan untuk dia. Orang-orang macam ini sebenarnya sengsara dalam diam. Mereka tidak happy dengan life mereka sendiri. 
Wallahualam.

Ditulis oleh www.dianaishak.com 

4 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥