Festival Gegaria Pada 31 Mac 2018! - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Apr 17, 2018

Festival Gegaria Pada 31 Mac 2018!

Assalamualaikum
Selamat pagi Selasa
Hari ini nak up gambar semasa event Gegaria
Festival gaya hidup dan hiburan terunggul anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu sudah pun memasuki edisi kelima dan selepas ini ia akan menemui orang ramai di Dataran Centrio Seremban 2, Seremban pada 7 April, manakala penutupnya di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 14 April depan.
Seperti edisi sebelumnya, Festival GegaRia kali ini turut dibahagikan kepada lima zon utama termasuk Zon Makan-makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.
Beraneka juadah enak hidangan Food Truck, makanan segera mahu pun cita rasa tradisi boleh didapati di Zon Makan-makan termasuklah demonstrasi masakan, manakala Zon Throwback Tunnel pula mempamerkan gambar kenangan bertemakan kenegaraan sejak tahun 1950 yang dihasilkan jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan, perkahwinan, karier, media sosial, tips kecantikan dan fesyen, kisah kejayaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta tutorial mekap daripada panel jemputan terkenal seperti Dr Say dan Nana Al-Haleq, Chazynash, Faizdickie, Elfira Loy, Wani Kayrie dan ramai ramai di Zon Gaya Hidup # GegaRia yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Turut disediakan, sesi ramah mesra bersama Reen Rahim, Eyka Farhana serta Bunkface dan bagi yang membawa anak kecil, pertandingan mewarna turut diadakan pada sebelah pagi dengan penampilan istimewa Ejen Ali.
Selain itu, Festival GegaRia kali ini turut menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat menerusi Zon Komuniti #GegaRia.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung antaranya pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan, ujian saringan kesihatan serta kaunter khas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
 Sementara itu, zon paling menjadi tumpuan adalah tidak lain semestinya Zon Hiburan #GegaRia #KitaOK yang dibuka bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.
Pada sebelah pagi, orang ramai berpeluang menyertai senaman zumba di pentas utama sebelum menyertai pelbagai permainan fizikal yang disediakan seperti timbang takraw, ting-ting, congkak dan buih gergasi.
Bagi penggemar sukan elektronik, terdapat pelbagai permainan alam maya disediakan seperti Playstation 4, Nintendo serta XBOX Console manakala kolaborasi MyGameOn (MGO) dan Garena membolehkan pengunjung menyertai Fifa Online 3, sekali gus berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.
Bagaimana pun, semua permainan fizikal dan elektronik ini akan berakhir jam 5 petang bagi memberi laluan kepada Konsert #GegaRia yang bakal disiarkan secara langsung bermula jam 4 petang.
Konsert kali ini akan menampilkan ramai artis popular tanah air antaranya IAMNeeta, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Bunkface dan Bittersweet.
Sebelum itu, jom check dulu aktiviti untuk anda semua!
 Giant Congkak juga ada
 IG snap
 Enjoy our moment
Seperti biasa, anda perlu tahu aktiviti apa yang bakal dianjurkan di sana nanti. 
 Kalau pernah berkunjung ke Festival Gegaria, mesti anda tahu!

Jika anda seorang yang aktif dalam laman sosial Instagram atau Facebook semestinya menginginkan gambar yang cantik dan sesuai untuk di masukkan dalam Instagram anda!
Enjoy.....

4 comments:

  1. Akak, biskut tin tue akak tak bawak balik ke..? Hihi, kalu sayalah ada kat situ, saya takkan ke mana-mana dah.. Duduk tercongok kat situ sambil makan biskut yang ada..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥