BERCUTI DI RUMAH RAKIT | RUMAH RAKIT HOBBIT SEKROY - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Apr 9, 2018

BERCUTI DI RUMAH RAKIT | RUMAH RAKIT HOBBIT SEKROY

Assalamualaikum semua
Rindunya pada semua
Lama rasnya Anum x bersiaran...Bz kerja
Ok x mo buang masa Anum nak share gambar2 semasa kami pergi memancing
Keseronokan bercuti bersama rakan - rakan adalah satu kenangan yang terindah... Apatah lagi jika keseronokan itu dapat dikongsi bersama orang yang tersayang.. Untuk memilih tempat bercuti bukanlah satu hal yang mudah, tambahan lagi sekiranya perbincangan itu tidak mendapat persepakatan diantara ahli - ahlinya kan... Anum up entry ini hanyalah sekadar mengutarakan cadangan tempat kepada mereka yang mempunyai hobi yang sama dengan saya.. Tempat yang sunyi sambil menikmati keindahan alam di waktu malam..
Bercuti ditempat yang tidak menggunakan kos yang tinggi adalah sukar ditemui tambahan lagi dengan aktiviti yang ingin dijalankan bersama tanpa menghilangkan mood berseronok kan.. 
Bercuti sambil memancing?? Anum akui, bukan semua mempunyai minat yang sama, tambahan lagi hobi memancing yang kadang kala dikatakan sebagai hobi membuang masa.. Namun kini, memancing bukanlah sekadar hobi, malahan ianya kini telah dikategorikan sebagai sukan...

Kini banyak kolam atau rumah rakit untuk melepaskan gian memancing, namun harga sesuatu tempat itu menjadi ukuran di zaman GST ini.. Mari Anum perkenalkan satu tempat bercuti yang terbaik, termurah dan boleh menjalani aktiviti sebebas yang anda suka... Hehehe.. 
Kalau inginkan hasil memancing yang lumayan, pastikan pemilihan tarikh adalah sesuai.. Kenal pasti jadual pasang surut air pada bulan - bulan tertentu. Tapi Anum difahamkan, ada dikalangan mereka yang berkunjung di sini hanyalah sekadar melepaskan penat lelah dan melarikan diri dari kesibukan kerja di bandar tanpa memikirkan hasil memancing.. Mereka hanya menikmati keindahan alam semata mata...
Memancing tidak menjanjikan hasil yang memberangsangkan, kalau ade rezeki Allah bagi, dapatlah rasa bersama - sama.. Kalau takde, hanya mampu ketap jari jelah..

Pemilik Rumah Rakit Sekroy, Abg Awie juga faham dengan keadaan ini.. Dia memaklumkan,kalau nak memancing luar dari kawasan rumah rakit dengan menaiki bot, penyewa hanya perlu membayar sejumlah wang (bergantung kepada budi bicara Abg Awie untuk membayar kos minyak) dan hasilnya 100% kepunyaan penyewa...

Kadang kala juga, Abg Awie akan memancing dengan menggunakan kaedah 'Rawai', kepada mereka yang berminat untuk 'follow' dialu - alukan.. Tapi pastikan korang tak mabuk laut... Anum sendiri pernah follow Abg Awie ke laut dan melihat sendiri cara beliau mendapatkan hasil laut dengan menaiki bot... Alhamdulillah tak mabuk laut walaupun keadaan ombak yang bergelora...

 Keadaan di rumah rakit.. Sempoii dan sesuai dengan kaki casting 
 Hasil yang kami dapat terus digoreng makan bersama nasi panas2
 Tadaaaaaaaaaaaa untuk dibawa pulang
 Alhamdullilah rezeki dalam laut kan
 Ikan semua fresh
 Berkemas untuk pulang
Nak bercuti di rumah rakit Hobbit?? Apa lagi tunggu, hubungi 
Abg Awie di talian : 017-6182441

Contact melalui Facebook lebih senang.. Ape - ape hal boleh hubungi beliau.

Lokasi: Just waze House Boat Hobbit Sekroy


6 comments:

  1. fuh.. memang bestlah Anum.. walau akak tak minat memancing tapi anak2 akak semua gila memancing ikut Babah deme..

    ReplyDelete
  2. wow. kagum lah dgn anum.
    aida ni sure da mabok dok makan2 dan beralun di ayun ombak :) ha ha haha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum anum...wah !! seronoknya ...banyak dapat ikan....
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥