SPONTANEOUS THURSDAY #138 - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Mar 29, 2018

SPONTANEOUS THURSDAY #138

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Image result for CABARAN HIDUP X SEMUDAH DISANGKA
Hidup zaman sekarang ni memang mencabar. Dari segi kewangan, sosial, komuniti dan macam-macam lagi. Pelbagai cabaran hidup yang timbul dan ada juga yang boleh mengancam ketenteraman dan nyawa kita sebagai individu didalam masyarakat.
Tapi, ada kata-kata mat saleh yang berbunyi : 
“Life must go on”

Atau dalam bahasa kita ianya bermaksud hidup mesti terus. Nak tak nak kena teruskan kehidupan. Sebab setiap dari kita ada tanggungjawab masing-masing yang perlu dipikul hingga ke akhir hayat.

Life Lesson Through Hardship

Selalu kita tengok dalam drama, orang dilanda pelbagai masalah. Hidup susah, keluarga porak peranda dan sebagainya. Ada yang tetap terus hadapi cabaran hidup dengan tabah. Namun ada juga yang cuba mengambil jalan singkat akhirnya menjerat diri sendiri.
Memang banyak cabaran hidup muncul kini. Ianya memang realiti dan benar-benar terjadi. Antara perbualan di group whatapps taman aku,
“Akak dah buat semua tu dik, tapi hidup tetap susah.”
Nauzubillah. mengucap panjang aku Kehidupan akak tu dilanda cabaran hidup yang cukup hebat. Masalah rumah tangga, hutang, politik tempat kerja, dan masalah ekonomi semasa. Tak dapat aku bayangkan keperitan yang dialami.

Kenapa Aku? Kenapa bukan orang lain?

Pernah tak, tiba-tiba rasa kita sahaja yang sedang menghadapi carabaran hidup. Orang lain takde apa pun. Rasa macam kita lah yang kena dugaan paling hebat. Sampai kadang-kadang terfikir macam ni :
“Dulu aku sembahyang sunat, wirid lama lepas solat, tambah dengan baca Al Quran, bersedekah. Last-last jadi apa?
Hidup terumbang-ambing jugak. Masalah tak settle juga. Ada Orang diluar sana tu tak sembahyang pun. Hidup kaya raya jer!
Biarlah. Malas aku nak sembahyang.”
Siapa pernah rasa bahawa ALLAH itu tidak adil kepada kita, lalu kita tidak melaksanakan arahan-Nya? Adilkah apa yang kita lakukan perkara tersebut kepada pencipta sedangkan kita masih lagi diberi rezeki dan peluang untuk hidup di dunia ini?
Tanya semula pada diri adakah kita beriman sedangkan kita tidak diuji? Istimewanya menjadi seorang muslim, Apabila dia mewah rezeki dia bersyukur, apabila diuji dia bersabar dan redha.

Cabaran Hidup Adalah Untuk Semua
Tuhan sentiasa menguji hambanya dalam pelbagai jenis. Sudah pasti ujian ini adalah untuk menguji iman kita. Secara amnya ujian itu ada 2 jenis :

Ujian 1 : semakin membuatkan diri ini dekat kepada-Nya.
Ujian 2 : semakin menjauhkan kita dari rahmat-Nya.

Ada orang sempit rezekinya, Lalu dia mencuri untuk teruskan kehidupan. Tapi ada juga yang berusaha lebih keras untuk keluar dari kesempitan tersebut. Ada orang luas rezeki, Malangnya dia lupa diri, tidak mengingati Ilahi. Namun bukan semua. Masih ada yang bersyukur. 

Jadi Anda Golongan Yang Mana?

Bersabar dan redha apabila diuji. Walau apa pun cabaran hidup, kehidupan mesti diteruskan. Bezanya adalah cara kita bertindak dan apa tindakan untuk menempuh cabaran tersebut. Lain orang, lain cara. Jadi pilihlah jalan yang terbaik dan dirasakan betul.
Aku pernah menyaksikan seorang kawan yang sedang diuji dengan rumah tangganya, bisnes partner tak guna, sambil menyara adik beradik yang masih belajar dan juga ibubapa yang dah bersara.
Dengar masalah dia pun aku serabut tapi hidupnya bersyukur, tak merungut dan tidak pernah meminta2. You earn my respect babe! Apabila sahabat kita sedang diuji, jangan jadi nasi tambah! Jangan ditambah ujian mereka.

If you don’t walk in their shoes,
don’t gossip about their journey.

Buat jiwa yang sedang digugurkan dosa. Senyumlah….


8 comments:

  1. Betul kata akak.. Tapi kebanyakan manusia tak memahami yang tersirat tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya sebenarnya memberi maksud yang Allah sayangkan hambaNya.. Bila kita dah memahami yang tersirat, apa saja yang berlaku pada kita pun ianya takkan menjejaskan dan mengoyahkan keimanan kita pada Allah..

    ReplyDelete
  2. betul sangat.. hidup di dunia jugal sebenarnya ada ujian dan bukan tempat berehat. Tempat berehat nanti di syurga nanti in shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. setuju sangat semua tu. ujian ke-2 yang menjauhkan diri kita daripada Allah tu.. nauzubillahi min zalik~

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥