Sharing Is Caring : Tips Hilangkan Stress Di Tempat Kerja - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Mar 2, 2018

Sharing Is Caring : Tips Hilangkan Stress Di Tempat Kerja

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHJERA,
7 Tips Hilangkan Stress Di Tempat Kerja
ByIrawati Ismail
“Malasnya nak ke ofis, kan syok kalau boleh duduk rumah goyang kaki. Tak payah nak menghadap bos yang kepala angin 24 jam, tak sakit mata dan hati dengan kaki gossip, kaki ampu. Makin tak seronok nak kerja situ, tapi nak buat macam mana tak kerja tak ada duit. Aku pun bukan muda lagi nak lompat-lompat kerja. Apa tips bekerja untuk lebih seronok ya…?”

Bukan anda sahaja, malah ramai di luar sana menghadapi dilema yang sama.
Bekerja hanya untuk kelangsungan hidup. Gembira atau tidak dengan suasana di ofis, ‘belakang kira’.

Memang syok kalau dapat persekitaran kerja yang seronok, ‘fun’ dan tidak stres.
Kalau seronok, kerja tujuh hari seminggu pun tak mengapa! Makan free dan suasana kerja stress-free.

Tapi tidak semestinya persekitaran kerja yang teruk bermakna kita tidak boleh berseronok. Bukankah keseronokan itu boleh dicari?

Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips bekerja dengan ceria!
Cuba amalkan beberapa tips bekerja supaya kita boleh meninggalkan segala perkara negatif, ceria, dan tetap fokus!

1. CARI KAWAN YANG RAPAT
Mungkin kita rapat dengan staf yang kebetulan satu kepala dan sama minat.
Jadi berada bersama mereka sedikit sebanyak menceriakan hari-hari kita sepanjang di ofis. Stres kerja pun dapat dikurangkan apabila dikongsi bersama.

2. HIAS MEJA KERJA
Ofis menjadi rumah kedua kerana di situlah kita berada seharian.
Jadi hias meja kerja mengikut cita rasa, jadi setiap kali anda berada di tempat duduk, anda rasa gembira.
Tapi jangan over sangat sampai penuh hiasan di meja.

3. LAKUKAN SESUATU YANG ANDA SUKAI
Tidak semestinya berada di ofis sepanjang hari, anda tidak boleh melakukan apa yang minat misalnya pada waktu ‘break’, anda boleh mencari resipi-resipi menarik yang boleh dicuba malam nanti atau pada hujung minggu. Cuma ingat, tips bekerja ini jangan pula dilakukan sampai leka hingga tidak membuat kerja!

4. BUAT BENDA BARU
Kesibukan kerja ada kalanya membuatkan kita tidak mengambil tahu apa yang terjadi di persekitaran.
Sesekali berkomunikasi dengan staf di luar jabatan dan anda akan seronok mengenali ramai orang dan mengetahui pelbagai info yang berlaku di ofis

5. ELAK SEMUA YANG NEGATIF
Semua yang negatif memang boleh ‘membunuh’ keseronokan ketika di ofis, jadi elak mereka yang suka menimbulkan kontroversi, gosip dan mereka yang membawa aura negatif.
Dengan tips bekerja ini, anda akan sentiasa berada dalam keadaan positif.

6. ‘BUANG’ MASALAH PERIBADI
Biasanya apabila tertekan dengan isu peribadi, secara tak langsung boleh mempengaruhi emosi ketika berada di ofis. Sebab itu, sebaik masuk di ofis, ‘buang’ semua masalah peribadi di luar. Lupakan segala masalah di rumah dan fokuskan pada kerja. Baru semangat!

7. SELALU BERGERAK
Duduk sepanjang masa pun bukannya sihat, jadi sesekali bangun dan bergerak.
Mungkin berjalan keluar sekejap sambil merasai angin luar, bersenam ringan atau sebagainya.

BERI GANJARAN KEPADA DIRI SENDIRI

‘Reward’ diri anda atas apa jua peningkatan yang anda lakukan.
Tidak perlu tunggu bos atau rakan sekerja memberi pujian, 
cukuplah anda seorang yang tahu.
Jadi dengan tips bekerja ini anda akan sentiasa bersemangat dan gembira berada di ofis.


23 comments:

  1. perkongsian tips yang bagus

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..saya bekerja tak perlu ke pejabat.

    ada boss tetapi tak perlu jumpa secara semua urusan online.

    saya juga pernah stress kerja sampai nak makan pun tak lalu dah!

    ReplyDelete
  3. mujurlah boss sy tu dah nak pencen bln 9 ni.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg bagus.. kdg tu stress dtg dri bos sndiri. haha. mmg stress.

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kerja mmg selalu malas nak kerja Anum.... hihi....
    Tak jalan jugak tips yg anum bagi tu sudahnya berhenti

    ReplyDelete
  6. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  7. Saya memang selalu bergerak kak, selalunya pergi ke aras 2.. hihi.. anyway, saya buat entri khas untuk akak.. jemput baca..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/03/sahabat-blogger-pilihan.html

    ReplyDelete
  8. tips menarik.asyik bergaul rakan-rakan satu pejabat pun stress jugak. sesekali join aktiviti syarikat supaya minda tak terperap

    ReplyDelete
  9. Tips menarik...setiap kali stress saya selalu take 5 kejap.bos nk marah...silakan...sebab kalo terus bekerja dlm keadaan stress takut termarah pulak public yg x bersalah..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥