Sharing Is Caring : Konsep Kendiri - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Feb 23, 2018

Sharing Is Caring : Konsep Kendiri

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Definisi Konsep Kendiri
Oleh :  Azizi Yahaya 

Siapa saya?

Ke mana saya akan tuju? 

Kenapa?
Bila kita menjawab soalan di atas, bermakna kita telah menerangkan tentang ‘Konsep Kendiri’ iaitu: matlamat kita, nilai kita, kekuatan dan kelemahan kita cara hidup kita atau ‘gaya hidup’.

Bagaimana kita dan orang lain melihat kita bergantung bagaimana kita jawab soalan ini (Hamachek. 1971) Menurut Brown (1998), ‘Konsep Kendiri’ ialah ‘Tanggapan kita terhadap diri kita sendiri.’

Apabila kita memulakan pernyataan dengan menggunakan kata ‘saya’ atau ‘aku’, seperti katanya, ‘ Aku ialah seorang yang cantik , peramah, gagah….dsbnya, maka ini telah menerangkan tentang maksud konsep kendiri. 

Konsep Kendiri (Pengenalan diri) iaitu tanggapan seseorang terhadap fizikal, psikologikal, dan ciri-ciri sosial; serta sikapnya, kepercayaan dan fikiran. 

Konsep Kendiri terdiri daripada imej diri dan Estim kendiri (Ainon Mohd, 2003). Dikenali juga sebagai imej diri. Setiap individu mempunyai imej tentang siapa dirinya.

Imej ini terdiri daripada segala perasaan dan fikirannya terhadap segala bakat, keupayaan, keistimewaan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan. Seringkali disamakan juga dengan ‘estim kendiri’. Namun sebenarnya estim kendiri ialah penilaian yang menyeluruh tentang perasaan yang dirasai berkenaan nilai diri sendiri atau mudahnya adalah maruah. 

Terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti :-

Pertama, faktor kebakaan yang berhubung kait dengan kecerdasan dan bentuk tubuh. Pola genetik yang wujud semasa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personaliti individu termasuklah faktor yang berhubung dengan bentuk tubuh badan. 

Faktor kedua ialah faktor pengalaman awal individu. Setiap individu bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya dan hal ini disokong Freud yang menekankan kepentingan awal iaitu zaman kanak-kanak dalam perkembangan personaliti.

Faktor ketiga ialah latar belakang sekolah. Sekolah merupakan tempat bimbingan dan perbentukan personaliti. Suasana sekolah yang kondusif serta amalan sekolah yang sihat menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif dalam kalangan kanak-kanak.

Faktor keempat ialah pengaruh keluarga. Ibu bapa harus memberi kebebasan kepada kanak-kanak mengikut batas-batas yang sesuai supaya mereka dapat membina keyakinan diri,seterusnya ke arah perkembangan personaliti yang positif.

Faktor kelima ialah peranan media. Maklumat yang disampaikan secara terus kepada kanak-kanak mempengaruhi minda mereka. Jadi, ibu bapa harus menerangkan motif yang betul berkenaan maklumat yang disampaikan. 

Faktor keenam ialah pemakanan. Individu digalakkan untuk makan makanan yang berzat serta seimbang dan tidak menjejaskan kesihatan. 

Faktor terakhir ialah pengaruh sosio budaya. Pendidikan dan agama yang kukuh memberi kesan kepada sikap dan personaliti individu. Gaya hidup bebas akan memberi pengaruh negatif dan menjejaskan kehidupan individu.


10 comments:

  1. Thanks kak Anum, ia umpama proses pemikiran kita. Apa yang kita fikir tentang diri kita, itulah kita.

    Jom kita fikir diri kita seorang yang hebat, positif, kaya dan berjaya. InsyaAllah itulah diri kita.😊

    ReplyDelete
  2. hai anum..lambat hari ni nieyl singgah sini...
    selamat bercuti ya..:)

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju dengan artikel ini. Terutamanya faktor yang menentukan kepada personaliti.
    Saya tertarik dengan faktor kelima, iaitu faktor media.

    Dewasa ini faktor media ini nampaknya lebih mempengaruhi personaliti seseorang, terutamanya golongan remaja. Golongan ini mudah terpengaruh dengan apa yang dihidangkan kepada mereka melalui media-media sosial. Misalnya jika rakan-rakan sosial adalah dari kumpulan yang postif, maka nilai-nilai positif akan terterap dalam jiwa remaja tersebut. Begitu juga sebaliknya.
    Inilah cabaran terbaru dalam membentuk personaliti remaja di zaman ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah dan bagi pandangan

      Delete
  4. wow... menarik ni. t.kasih anum... nice sharing 7 faktor personaliti tu...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥