Renungan Jumaat : Ujian Hidup Dan Rezeki Kita Berbeza - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Feb 9, 2018

Renungan Jumaat : Ujian Hidup Dan Rezeki Kita Berbeza

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,


UJIAN HIDUP DAN REZEKI KITA BERBEZA

Sedar atau tidak, kita selalu merungut dengan setiap ujian hidup yang dihadapi dan rezeki yang diberikan pada kita. Ada je yang kita berasa tidak puas hati. Merungut tanpa henti. Seolah-olah kita sahaja yang 'bernasib malang'. Mula nak membandingkan diri dengan insan lain. Kemudian cemburu dengan 'nasib baik' mereka. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari berhadapan dengan ujian hidup dan rezeki. Cuma ujian yang dihadapi berbeza keadaannya. Itu lumrah kehidupan yang nyata

Ujian Hidup
Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia, kita akan melalui 2 fasa ujian hidup yang pasti menguji kekuatan iman. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Mampu atau tidak untuk kita berhadapan dengan kedua-duanya? Allah SWT takkan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Setiap ujian yang diberikan pasti bertepatan dengan kemampuan kita. Itu janji Allah SWT
Ujian kesenangan. - Hidup mewah, bijak belajar, tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya, rumahtangga bahagia, bekerjaya hebat, berpangkat dan dikenali ramai. Itulah antara ujian-ujian kesenangan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya. Allah SWT selalu memberikan ujian kesenangan ini kepada insan yang terpilih untuk menguji seteguh mana iman mereka. Selalunya iman pasti akan goyah kerana menjadi terlalu leka dan lupa diri. Sehingga semakin jauh tersasar dan lupa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT itu. Lalai dengan kesenangan hidup yang diberikan.

Ujian kesusahan. - Hidup merempat tidak berharta, tidak bijak belajar, menghidap pelbagai penyakit kronik, rumahtangga berantakan, tidak bekerjaya, tidak berpangkat dan selalu dicemuh orang. Inilah antara ujian-ujian kesusahan yang Allah SWT turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan menyedarkan mereka tentang hakikat kehidupan di dunia. Yang mana tidak semua akan mendapat kesenangan semasa kehidupan mereka di dunia. Bagaimanapun, mereka yang menerima ujian kesusahan ini seharusnya menjadi semakin 'tunduk' dan menyedari akan kelemahan diri sebagai hambaNya yang kerdil.

Samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan yang dialami, kita wajib bermuhasabah diri setiap masa. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Jadi janganlah selalu merungut. Sebaiknya kita mohon petunjuk dari Allah SWT supaya sentiasa membimbing kita dengan jalan yang betul untuk kuat mengharungi setiap ujian yang menimpa.

Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah SWT dilupakan, bila 'susah' Allah SWT yang dicari.

Ujian Rezeki
Setiap dari kita ada rezeki yang tersendiri. Namun dalam urusan rezeki ini juga ada ujian yang Allah turunkan. Murah rezeki dan berat rezeki. Itu perumpamaan yang dicanangkan oleh orang-orang lama. Seperti 'Ujian Hidup' inilah 2 fasa dalam Ujian Rezeki. Harta, kerjaya, jodoh dan anak adalah antara contoh rezeki yang paling dekat dengan kita.
Bagi yang diuji dengan 'murah rezeki', maka segala yang diinginkan pasti mudah untuk dikecapi dan dipermudahkan Allah SWT. Rezeki harta - sudah kaya bertambah kaya. Rezeki kerjaya - senang dinaikkan pangkat dan gaji. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup berjalan lancar. Rezeki anak - dikurniakan zuriat yang ramai. Tapi berapa ramaikah yang bersyukur dengan nikmat ujian 'murah rezeki' ini? Realitinya, ramai yang terlupa untuk bersyukur.

Bagi yang diuji dengan 'berat rezeki' pula, terpaksa menerima hakikat dan redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Rezeki harta - tetap hidup miskin. Rezeki kerjaya - sukar mendapatkan pekerjaan. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup menjadi sangat sukar. Rezeki anak - tidak dikurniakan zuriat. Namun, ujian-ujian ini sepatutnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha memperbaiki diri. Terus berdoa kepada Allah SWT, bertawakal dan cari jalan terbaik untuk cuba merungkai ujian 'berat rezeki' tersebut. Bukannya hanya berteleku mengharapkan keajaiban berlaku.

Sesungguhnya Allah SWT akan 'membuka jalan' yang lebih luas untuk mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha. Rezeki adalah rahsia dan kurniaan dari Allah SWT. Dengan kehendakNya tidak mustahil mereka yang 'murah rezeki' akan diuji dengan 'berat rezeki' dan begitulah sebaliknya. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.

Pendek kata, ujian hidup dan rezeki kita adalah ketentuan dari Allah SWT. Walau bagaimanapun, jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, pasti Allah SWT akan mempermudahkan segalanya. Yang penting kita tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dariNya dan mensyukuri setiap kurniaan ujian yang diturunkan.

Jadi, janganlah selalu sangat merungut jika ditimpa ujian hidup dan rezeki kerana itu adalah peringatan Allah SWT buat kita. Dan jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak betul langsung tu. Membandingkan hanya akan membuatkan kita jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian dari Allah SWT. Lagipun ujian hidup dan rezeki kita adalah berbeza. Sentiasalah bermuhasabah diri. Itulah yang terbaik.

Peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang selalu 'termerungut'


12 comments:

  1. Diuji dengan kesenangan lagi susah dari diuji dengan kesusahan. Takut ujian tu buat kita makin jauh dari Allah. Salam Jumaat Anum

    ReplyDelete
  2. setuju
    masing2 berbeza2 rezeki dan ujian mereka

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Betul sangat tu.. Kan ALLAH takkan bagi ssuatu ujian tu kalau kita tak mampu. Jadi takkan sama ujian dan rezeki setiap orang.

    ReplyDelete
  5. rezeki, dugaan dan kisah hidup setiap manusia berbeza. apapun bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥