Feb 28, 2017

5 Tempat Rekreasi Paling Popular Di Malaysia. Tipulah Kalau Korang Tak Pernah Pergi

Assalamualaikum semua
Anum percaya setiap daripada kita mempunyai jiwa kanak-kanak yang mana tidak sabar untuk keluar bermain, relax dan melupakan seketika bebanan kerja di pejabat. Jika korang ada merancang untuk bercuti bersama keluarga, sekali-sekala meluangkan masa di taman tema pun best juga kan!
Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun boleh enjoy sakan dekat tempat macam ni tau. Buat yang masih bujang korang boleh pergi bersama BFF untuk menikmati keseronokan berganda, bosanlah asyik tengok pemandangan je. Jom usha 5 taman teman yang paling syok kat Malaysia ni.

Sunway Lagoon 
Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang paling popular di Malaysia, terdapat pelbagai permainan air dan darat yang mencabar. Antara tarikan utama pengunjung di sini ialah Surfing Pool, Man-Made Beach, Amusement Park, Water Rides, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan macam-macam lagi. Bagi yang suka aktiviti mencabar tu korang boleh cuba Bungee Jumping dan G-Force X. Memang happening gila!
Website: Sunway Lagoon

A’Famosa Theme Park Melaka
Ewah-ewahh memang enjoy sakan la jika bawa keluarga bercuti ke sini. Mana taknya terdapat pelbagai aktiviti menarik di A’Famosa Theme Park ni, sangat sesuai dan recommended bagi yang berkeluarga. Disini menempatkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk percutian di musim cuti sekolah seperti penginapan di resort hotel, taman tema air, safari park dan juga lapangan padang golf.

KidZania Kuala Lumpur
Taman tema yang sangat sesuai untuk perkembangan kanak-kanak dimana mereka boleh bermain sambil belajar. Taman tema indoor ini direka khas untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman menjadi orang dewasa. Memang seronok dan syok gila berada di sini.
Harga tiket bermula dari RM 35 – RM 85.
Website : KidZania Malaysia

Legoland Malaysia Resort Johor
Legoland Malaysia Resort merupakan destinasi taman tema yang popular setanding dengan Sunway Lagoon dan Genting Highland Theme Park. Terdapat lebih 20 permainan air, 70 lego models dan 3 million liter air pasti menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan untuk korang. Dan untuk pengetahuan korang, taman tema air Legoland ini merupakan taman tema air yang terbesar di dunia! Memang puas hati…
Website : Legoland Malaysia

Escape Theme Park

Bagi korang yang sukakan aktiviti outdoor yang mencabar boleh try ke Escape Theme Park, terdapat lebih 20 tarikan menarik yang korang boleh terokai. Antaranya Monkey Business, Flying Lemur, Kite Flyer, Tubby Racer, Atan’s Leap dan macam-macam lagi. Taman tema ini membawa konsep yang tersendiri yang lebih mesra alam sekitar.
Serius, korang kena datang dan rasai sendiri pengalaman berada di disini. Memang enjoy!

Website : Escape

Feb 27, 2017

Majlis Penikahan Jep Sepahtu & Sari Yanti

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Isnin, Hari ini nak share dengan kawan2 semua gambar my fav artis selemat dinikahkan
 Alhamdulillah!! Akhirnya selepas pelbagai desas-desus hanya dengan sekali lafaz, Jep Sepahtu selamat bernikah dengan Sari Yanti hari ini. 
 Pernikahan mereka diadakan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Neo Damansara.
 Majlis tersebut hanya mengundang ahli keluarga terdekat dan sahabat handai kira-kira seramai 100 orang. 
 Sweet kan mereka
 Macam anak patung muka sari yanti
 Comel sangat2
 Jep nampak relax je
 Best friend jadi pengapit
 Happy moment
 Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. 

Feb 24, 2017

Renungan Jumaat: TazKiRaH - Mencari Ketenangan Hati

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia sama ada positif atau negatif.

Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir (fizikal) manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. 

Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. 
Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah.

Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Image result for ubat hati


Feb 22, 2017

Wordless Wednesday #158

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
Sharing is Caring: Amalan Yang Harus Dibuat Untuk Jaga Kesihatan Minda
Kesihatan minda amat penting untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Beberapa amalan ini akan memastikan ia terjaga. Tidak salah mencuba.
 
 
 
 
 

Feb 17, 2017

Travel @ HCMC Vietnam Jan 2017 Part 10

Assalamualaikum semua
Korang dah lunch
Anum nak habiskan entry HCMC
 Face mask yang sangat cute
 Tali Pingang
  Hair Clip
Mirror business card holder
  Zara tshirt
 Hard Rock Tshirt
 Columbia cap for my hubby
 The North Face cap for me
 Dry Bag
Wajib beli telekung solat
Sport Bra original sangat murah
Vietnam Key Chain
Tshirt lagi..
Lofa tudung wajib beli
Bokitta tudung
Handbag
Bag deuther wajib beli kalau sampai sane
Kami grab 2 bag sebab kualiti dan harga
Polo shirt
Seluar santai
 Buah tangan
 Nyum2, pemanis org kata kan
 Pisang salai.. sedap dan ranggup
  Kebanyakan Anum n hubby memang shopping t-shirt
  Kualiti dan harga tersangat murah
wajib beli sebab murah
 Baju raya pun dah beli
 Alhamdullilah siap dpt shopping raya
  Kalau dah suka, wajib beli bawa pulang
Kebanyakan barang2 kami shopping semuanya barang outdoor & harian, sebab utama Anum & Hubby memang jenis lasak, for me x pandai nak shopping kain2 cotton semua tue, but utk Kak Mon n My mom memang duk borong kain2 serta tudung la.
  Keesokkan harinya kami berangkat pulang. ini la pengangkutan utama kami sepanjang di sana.
Sehingga berjumpa di lain tahun ya,
Happy weekend semua

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum