Renungan Jumaat : Hargailah Teguran Yang Diterima - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Nov 24, 2017

Renungan Jumaat : Hargailah Teguran Yang Diterima

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Hargailah teguran yang diterima... 

...kadangkala kita terlalu dikuasai oleh ego diri.  Bila orang tegur, walaupun teguran itu betul (apalagi kalau tidak betul), pantas sahaja  hati kita berdetik mengatakan orang itu 'menyibuk sahaja'. Janganlah begitu, orang menegur tanda ambil berat (ada pula yang kata 'tiada siapa yang suruh ambil berat.  Suka hati akulah')

Cuba sesekali kita membuat teguran dan teguran kita tidak dipeduli malah ditambah dengan jelingan benci.  Apa kita rasa?  Mesti terasa hati, kan?  Tidak salah kita bermuka manis bila ditegur walaupun hati hanya Tuan Yang Maha Mengetahui...

Suatu hari, aku ke pasaraya.  Seperti biasa aku akan bawa bersama beberapa beg untuk mengisi barang yang akan dibeli nanti.  Beg-beg itu aku 'sumbat' ke dalam satu lagi beg yang agak 'cantik' dan sekali lihat macam beg tangan.  Kebiasaannya juga, aku akan gantungkan beg itu di troli barang. Telefon bimbit dan beg duit aku simpan dalam poket seluar yang aku pakai.

Tiba-tiba seorang wanita Cina yang berpakaian agak seksi menegurku dengan suaranya yang lembut 'is that your bag?'. Bila aku jawab 'yes', dia terus berkata, 'don't put like that.  It's dangerous'. Aku hanya senyum sambil mengucap 'thank you'.  Aku ambil beg itu dan menyandangnya di bahu. Pasti dia puas hati kerana tegurannya diterima baik.  Beberapa kali sewaktu berpusing-pusing dalam pasaraya itu, aku terserempak dengan wanita tersebut.  Melihat aku menyandang beg berkenaan, dia tersenyum.

Beg itu tidaklah begitu berharga, tapi menggembirakan hati wanita tersebut lebih berharga.
  
Muhasabah diri... 

Kita...
Cepat menjatuhkan hukum bila bukan kita yang terkena

Kita...
Merasakan keluarga kita sangat sempurna
Hanya kerana kita belum diuji Yang Maha Kuasa

Kita...
Terlupa yang kita juga pernah berdosa

Kita....
Kadangkala menjadi pendusta yang hanya diketahui Yang Maha Esa

Kita...
Jangan sekadar bertanya-tanya
Tentang apa yang dibuat oleh ibubapa
Saat anak-anak tiada di hadapan mata
Kerana kita tidak juga menyangka
Anak yang baik di mata kita
Entah bagaimana tingkahlaku mereka
Saat berada di luar pandangan kita

Kita...
Dalam sibuk berkata-kata
Bila tiba sesuatu bencana
Sudahkah bertanya apa peranan kita
Untuk menguis gajah di hadapan muka
Atau masih sibuk dengan kuman di seberang sana

Kita...
Ingatlah bahawa Allah SWT juga sandaran kita
Dia memberi peringatan dalam pelbagai cara
Bukan hanya untuk mereka yang diduga
Tapi juga untuk kita yang hanya pandai berkata-kata


6 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥