Nov 1, 2017

, ,

Lazada Online Revolution Blogger Contest.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lazada Online Revolution Blogger Contest.| Lazada menganjurkan satu peraduan mudah untuk blogger iaitu Lazada Online Revolution Blogger Contest. Sebut sahaja Lazada siapa tak kenalkan, Lazada ni boleh dikatakan tempat shopping online utama pilihan ramai kaki shopping online di Malaysia dan beberapa buah negara sekitarnya, termasuk Filipina dan Thailand juga kerana banyak pilihan jenama, harga yang murah, dan juga banyak cara pembayaran untuk pembeli pilih.

Kali ni beli semua barangan ada promosi. Bagi mereka yang tegar membeli jangan lepaskan peluang keemasan ni. Diskaun yang diberikan sangat berbaloi2
Contest yang terbuka untuk para blogger ini sedang berlangsung 1 November dan akan tamat pada 14 Disember 2017. Jom kita tengok, apa hadiah hebat Lazada nak bagi blogger yang join contest ni...
Bukan sekadar diskaun yang hebat malah ada banyak tawaran yang ditawarkan 
nampak tue nivea siap ada surprise box.. cepat2 grab tau
Pusing roda dan menang hadiah2 yang hebat...
Untuk hadiah yang ditawarkan pula adalah;
Depending on the overall number of participants there will be either 25, 50, 80 or 111 winners:  
Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):

 1st Prize: 1 x RM300 
 2nd Prize: 9 x RM150 
 3rd Prize: 15 x RM100 

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):

 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 15 x RM150 
 3rd Prize: 34 x RM100 

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):

 1st Prize: 1 x RM750 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):

 1st Prize: 1 x RM1,000 
 2nd Prize: 50 x RM150 
 3rd Prize: 60 x RM100  

Lumayan kan. Jadi jom kita memeriahkan contest blogger ni sebab makin ramai join, makin tinggi peluang nak menang hadiah. Mana tau kan... rezeki... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Lazada Online Revolution Blogger Contest.

A. Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apa itu dan bagaimanakah pengalaman anda? 

Sebelum menjawab soalan ini, Anum akan share dengan korang semua, pertama kali anum berkenalan dengan dunia 'shopping online' adalah melalui website Lazada. Terpikat dengan promosi yang Lazada berikan membuatkan Anum jatuh hati ingin membeli di Lazada. Anum x boleh lupakan produk pertama yang Anum beli melalui Lazada adalah "CHEER MIni HD DVB-T2 Digital Terrestrial Receiver Set-top Box Compatible with DVB-T" kenapa Anum memilih produk ini kerana kebetulan masa ni, tv anum mempunyai masalah berkenaan siaran so Anum amik keputusan mencuba dengan membeli produk ini. Ternyata pengalaman pertama membeli di Lazada sangat menyakinkan Anum untuk terus memilih Lazada sebagai online shopping, apa yang boleh Anum kongsikan service yang disediakan oleh Lazada adalah yang terbaik.
B. Jenis produk mana yang anda lebih suka membeli dalam talian?

Untuk soalan seterusnya Anum memang bukan jenis yang memilih, bagi Anum sangat senang, jika Anum berminat dengan sesuatu produk itu, maka Anum akan terus membeli secara online, dan kebanyakkan iklan serta promosi daripada Lazada membuatkan Anum tertarik dan terus membeli. Sebagai contoh antara jenis produk yang sangat Anum suka adalah :

1. Elektronik
Barangan elektronik yang ditawarkan oleh LAZADA sangat berbaloi serta promosi yang sangat mencuit hati sesiapa sahaja. Baru2 ini Anum banyak membeli barangan elektronik di Lazada dan Anum sangat berpuas hati dengan packaging yang dihantar. Harga yang ditawarkan tidak mungkin anda akan dapat di pusat membeli belah ataupun di kedai2.

2. Fesyen
Siapa yang tidak gemarkan pakaian baharu? Mungkin ada antara pembaca yang rasa kurang yakin apabila tidak me­ngenakan pakaian baharu dalam jangka masa lama. Kini dengan adanya portal beli-belah dalam talian seperti LAZADA, menjadikan ‘trip’ ke pusat beli-belah seakan membazir masa.

Apatah lagi kini hampir ke­semua portal menyediakan khidmat pemulangan untuk tempoh 30 hari dari tarikh pembelian. Jadi, tidak mengapa jika saiz yang dibeli tidak sesuai. Pulangkan saja. Duit juga boleh dipulangkan semula.

3. Hiasan Rumah
Ini antara favorite produk yang Anum akan beli di Lazada. Dengan adanya Lazada korang x perlu lagi pergi ke kedai untuk memilih serta dapat menjimatkan masa. Sebagai contoh barangan daripada luar negara yang memang x akan ada di kedai2 mahupun pusat membeli belah, dengan adanya Lazada korang pasti dapat memiliki produk itu dengan bangganya.
Antara 3 jenis produk yang selalunya Anum akan beli secara atas talian...

C. Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?
  1. Anum dapat mencari apa yang Anum ingin cari samada barangan tempatan ataupun luar negara. Terdapat banyak kedai-kedai online yang pakar dalam jenis tertentu sofa atau gaya fesyen pakaian yang Anum ingin cari. Seperti Anum sangat suka mengetahui gaya terbaru, atau mempunyai keinginan ingin tahu apa yang terbaharu di pasaran maka membeli-belah dalam talian adalah yang terbaik.
  2. Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi dan sebagainya. Anum boleh melayari laman web/blog kedai-kedai yang berkaitan bila-bila masa.
  3. Lebih mudah untuk mencari diskaun barangan yang ditawarkan oleh laman web yang berkaitan. Lazada biasanya menawarkan harga istimewa di talian jika sambutan yang diterima adalah menggalakan.
Anum fikir membeli-belah dalam talian adalah hebat dan akan HIT pada masa hadapan. Internet adalah pusat membeli-belah anda! Membeli dalam talian adalah menyeronokkan, dan ianya adalah cara yang mudah untuk membeli-belah bagi pengguna yang kesuntukan masa. Nasihat Anum pastikan laman web online yang dilayari adalah selamat, bereputasi tinggi dan jujur dalam urusniaga sebagai contoh LAZADA..



D. Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian?

Last soalan memang sangat kena dengan keadaan Anum sekarang.Anum baru sahaja berpindah ke rumah sendiri. Alhamdullilah rezeki Allah beri kepada kami kerana dapat memilik rumah sendiri akhirnya. So apa yang Anum tunggukan sempena promosi jualan Revolusi dalam talian adalah produk hiasan rumah dan juga produk elektronik.
Antara barangan yang menjadi kegilaan Anum adalah barang2 deco hiasan rumah yang sememangnya menjanjikan kepuasan kepada semua serta promosi yang sangat hebat. X sabar Anum nak shopping untuk jualan revolusi nanti... 

Kawan2 pun sama kan.. so jangan lupa date kita bermula 11.11.2017 nanti
Click sahaja link utk ke online revolusi nanti


Share:

18 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG