Sharing Is Caring : Makanan Elak Kanser - ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Oct 17, 2017

Sharing Is Caring : Makanan Elak Kanser

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Makanan Elak Kanser- Kajian makmal menunjukkan fitonutrien (nutrien daripada tumbuhan) adalah antioksida umum yang boleh menambahkan kekuatan kepada antioksidan yang utama. 

Hari ini, radikal bebas atau unsur oksida adalah ancaman terbesar kepada kehidupan manusia. 80% daripada penyakit degeneratif seperti kanser, jantung dan premature aging adalah disebabkan oleh kesan daripada radikal bebas. Tetapi, kita tidak dapat lari daripada radikal bebas unsur oksida yang boleh merosakkan sel kita. Dalam keadaan normal, unsur oksida ini dihasilkan dalam badan kita untuk tujuan metabolisma dan dalam pernafasan. Namun, unsur oksida ini dihasilkan lebih lagi apabila kita terdedah kepada persekitaran yang kotor dan tercemar, radiasi solar, dan stress. 

Secara ringkasnya, setengah daripada molekul oksigen dalam badan kita mengalami beberapa siri reaction dan berakhir dengan kehilangan satu pasangan elektron akibat radikal bebas. Molekul oksigen yang mengalami kecacatan elektron ini akan bergabung dengan sel membran, rosakkan fungsi sel dan membawa kepada kanser. 

Antioksidan dipercayai dapat membantu melawan kesan radikal bebas yang berlaku dalam badan kita. Untuk beberapa tahun yang lepas, ahli sains fokus kepada vitamin C, vitamin E dan beta carotene bersama mineral silenium yang dapat membantu sebagai antioksida untuk mencegah dan merawati kanser. Namun hari ini, para penyelidik berubah fokus kepada kajian berkenaan nutrien dalam tumbuhan (fitonutrien) yang mengandungi anti-kanser. Jom baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui 8 Makanan Harian Bantu Elak Kanser! 

8 Makanan Harian Bantu Elak Kanser! 

Kajian membuktikan beberapa komponen dalam tumbuhan dan sayuran yang kita makan mengandungi phytonutrien (nutrien dalam tumbuhan) yang mengandungi antioksidan yang tinggi.

 1. Bawang Putih & Bawang Merah 
Biasa kita menggunakan bawang merah dan banwang putih dalam hampir setiap masakan kita. Bawang putih dan bawang merah (allylides sulfides) mengandungi unsur cegah kanser yang aktif. Kedua-dua jenis bawang ini dapat trigger enzim untuk membuang carcinogens dalam tubuh badan kita. Bawang putih dan merah juga mengandungi saponins untuk bantu elak kanser sell daripada membiak dengan cepat, juga merangsang penghasilan sel darah putih dan induce apoptosis bagi sel kanser. 

2. Cendawan 
Cendawan mengandungi chemical pollysaccharides. Kajian menunjukkan chemical pollysaccharides dapat merangsang sistem imun dan membantutkan pembesaran tumor. Cendawan boleh dihidang dengan sajian seperti sup cendawan, goreng atau goreng bersama saur lain. 

3. Ikan Laut Dalam 
Makanlah paling kurang 3 hidangan seminggu ikan laut dalam seperti salmon, tuna, mackerel dan sardins kerana ikan laut dalam ini mengandungi khasiat Omega-3 Fatty Acid yang tinggi. Dalam satu kajian di Finland,  wanita penghidap kanser payudara mengandungi kandungan EPA dan DHA yang rendah dalam tisu payudara. EPA dan DHA adalah 2 jenis Omega-3 Fatty Acids. 
4. Makanan Tinggi Carotenoids 
Sumber utama caratenoids ialah sayuran dan buah-buaham. Carotenoids adalah pigmen tumbuhan yang boleh dijumpai dalam makanan kita yang berunsurkan sayuran dan buah-buahan. Makanan yang mengandungi carotenoids adalah makanan yang memberikan warna merah, oren dan kunng pada banyak sayuran dan buah-buahan. Jadi, digalakkan kita untuk makanan sayuran dan buahan yang berbeza warna supaya dapat kandungan carotenoids yang tinggi. Jenis-jenis carotenoids adalah lycopene, lutein, zeaxanthin, alpha carotene, dan beta carotene. Carotenoids adalah antioksidan yang sangat kuat untuk elak kanser yang disebabkan oleh radikal bebas. Dalam satu kajian melibatkan wanita yang diambil darahnya dan di follow up selama 9 tahun. Wanita yang dapat kanser payudara adalah mereka yang mengandungi kandungan lycopene, lutein dan zeaxanthin yang rendah dalam darah mereka. 
5. Makanan Kaya Flavanoids 
Flavanoid adalah bahan kimia tumbuhan yang dijumpai dalam setiap tumbuhan dan buah-buaham. Flavanoid adalah sejenis pigmen tumbuhan yang menghasilkan kepelbagaian warna pada sayuran dan buah-buahan. Kajian menunjukkan flavanoid seperti caratenoid adalah antioksidan yang sangat kuat. Flavanoid melindungi daripada kanser dengan melindungi hati, tingkatkan imun sistem tubuh dan sekat enzim yang boleh menyebabkan kanser.  Antioxidant tambahan yang ada dalam sayur dan buah-buahan adalah vitamin A, C, E, selenium, gluthathione peroxidase dan superoxide dismutase (SOD). Jadi, nak tak nak, menu sayur-sayuran buah-buahan pelbagai warna mesti ada dalam menu makanan kita sehari-hari. 
v
6. Makanan Tinggi Fiber 
Makanan dalam gambar di atas menunjukkan makana yang tinggi fiber. Ambillah makanan tinggi fiber daripada buah-buahan, tumbuhan, kekacang dan gandum.  Fiber berfungsi inaktifkan fungsi metabolism yang menghasilkan hormon estrogen yang tinggi. Hormon estrogen yang tinggi dalam darah boleh meingkatkan risiko kena kanser. Apabila badan habis menggunakan hormon estrogen, secara normalnya, estrogen akan dibuang daripada badan. Walaubagaimanapun, dalam perut manusia, kadangkala, enzim boleh aktifkan kembali estrogen dan diserap dalam usus. Ini menyebabkan estrogen bertambah tinggi dalam badan. Fiber berperanan untuk bergabung dengan estrogen dalam perut supaya ia tidak diserap dalam usus. 

7. Gandum & Kekacang 
Makanlah gandum, kekacang, bijian yang mengandungi pelbagai bioaktif komponen untuk melawan kanser. Sebolehnya, pilihlah makanan yang dekat dengan ciptaan awalnya. Contohnya, pilih whole bread daripada refined white bread, pilih sayuran dan buahan segar berbanding yang ditinkan, pilih grain cereals berbanding cereals yang digulakan, dan pilih brown rice daripada white rice. 

8. Spirulina 
Spirulina mengandungi 100 organik nutrien termasuk antioksida, vitamins, mineral, enzim, GLA,amino asid, phytonutrien dan klorofil. Saintis di Osaka Center For Cancer and Cardiovascular Disease setuju yang orang yang mengambil ekstrak spirulina mempunyai daya ketahanan imun yang kuat untuk melawan kanser sel. Kajian mereka ini diterbitkan dalam Journal International Imuunopharmacology Vol 2, Number 4. Kajian baru-baru ini juga menunjukkan pengambilan spirulina membantu tubuh menyediakan ketahanan semuala jadi tubuh terhadap kanser sel seawal kanser sel belaku, jadi dapat menghalang ia untuk berlaku.

http://www.vitamindocket.com


16 comments:

  1. semua makanan tu kita sukaaaa....
    selamat bercuti esok anum..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. singgah pagi dari "http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html"

    #jmbelog ~ i am not blogger i just follower
    https://belogsjm.blogspot.my/2017/10/blogging-dan-kerjaya-anda.html

    ReplyDelete
  3. spirulina memang best.. dah lame amalkan..

    ReplyDelete
  4. tq Anum;)
    adoiii , picture buah buahan cantik yaaa amattt

    ReplyDelete
  5. Pengambilan jenis mknnn sgt pengaruhi kesihatan kita kan sis =)

    ReplyDelete
  6. setuju betul dengan entry ni, makanan bagus begini bagus untuk elak sakit kronik

    ReplyDelete
  7. Bawang putih bawang merah tu hari hari makan sebab ada dalam masakan kan..hihi

    ReplyDelete
  8. Hello dear Admin mary cristmas to you thank you for post keep it up and I want one suggestion here please can you post on the following topic

    Inspiration quote in work

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

♥Happy Moment♥

♥Happy Moment♥
Love u More than u love me

♥Qudut & Anum♥

♥Qudut & Anum♥