Campaigns

Oct 12, 2017

4 Itinerary Paling Ngam Untuk Korang Ke India. Menarik Betul!

Dari kecik sampailah sekarang, anum tak pernah lupa nak tengok cerita bollywood dekat TV3! Dari pukul 2 petang sampailah pukul 5 petang mesti melekat je depan tv. Korang pun mesti macamtu jugak kan? Tak teringin ke nak pergi tengok sendiri tempat diorang guling-guling tu?

Dekat India ni, bukan Taj Mahal je tau yang cantik. Ada banyak lagi tempat menarik yang korang semua kena pergi!

Korang sejenis yang lasak? Setakat holiday biasa-biasa tak layan la…

Bagi yang gemarkan adventure ala-ala Indianna Jones tu, korang boleh melawat daerah Visakhapatnam dan Bhubaneswar. Visakhapatnam ni sering digelar “The Jewel of the East Coast” sebab Visakhapatnam ni cantik dia umpama permata di pantai yang biru! Cantik gila! Korang tak payah susah-susah edit dah, air dia memang dah biru clear!

Pantai tu bernama Kailasagiri terletak 16km dari Lapangan Terbang Visakhapatnam manakala Roshikanda Beach pula terletak 30km dari Lapangan terbang tersebut.

 Lepas pergi pantai korang boleh pergi ke Borra Caves atau Borra Gahulu yang terletak di sebelah timur India. Dekat Borra Caves ni bukan je ada gua je, ada jugak benda lain seperti Padmapuram Gardens, Tribal Museum, Galikonda View dan juga Araku Valley.
Kalau selama ni korang nak pergi tengok kuil-kuil bersejarah mesti pergi Indonesia kan? Kalau korang nak tahu, dekat India ni ada banyak sangat kuil-kuil yang menarik untuk dilawati!
Dekat daerah Bhubaneswar ni ada pelbagai jenis kuil antara yang sering menjadi tumpuan ialah Mukteshwar Temple yang setinggi 34 kaki! Korang boleh pergi ke Mukteshwar Dance Festival yang berlangsung pertengahan Januari setiap tahun! Baru boleh acah-acah filem Devdas! 
Selain tu ada juga kuil-kuil menarik yang lain antaranya ialah Brahmeshwar Temple, Rajarani Temple dan juga Yogini Temple.
 
 
 
Makan? Yeay!! Kalau boleh nak try semua benda!

Kalau di Malaysia, Penang dan Melaka terkenal dengan street food-nya yang memang marvellous dan murah! Di India, korang boleh rasa merasai pengalaman yang sama di daerah Kolkata.

Banyak tau makanan yang korang boleh cuba. Nampak macam sedap, terliur admin tengok.
 
 
 
Nak posing ala Dilwale, boleh update gambar dekat Instagram.

Para pencinta alam dan yang suka bergambar tu mesti tak senang duduk bila baca point ni. Di daerah Kochi, korang boleh pergi ke Backwater Houseboat Tour dimana korang akan temui ketenangan dengan alam semula jadi. All the way time tour tu, korang akan menaiki houseboat! Tempat dia, cantik gila weyy!
 
 
Pengembaraan ke India ini tidak terhenti disitu, korang boleh sambung berseronok di daerahTiruchipalli pula! Dekat sini ada Air Terjun Puliyancholai. Bukan ada satu je air terjun dekat situ, ada banyak tapi yang paling best mestilah yang paling tinggi iaitu Akaya Gangai Falls!

Ada yang mempercayai bahawa  air terjun tu boleh menyembuhkan penyakit, manakala pokok-pokok disekitar air terjun tu pula ada banyak pokok yang boleh digunakan untuk perubatan.
 Dah pergi bercuti, mestilah nak pergi semua tempat kan?


Siapa yang nak travel semua tempat ni mesti korang tertanya-tanya berapa lama tempoh nak travel antara lokasi yang kami senaraikan tadi tu? Nah! Ini masa yang korang perlukan untuk bergerak menaiki kereta, train dan juga flight!

Tak payah nak susah-susah scroll internet nak tengok macam mana nak pergi sana, AirAsia boleh bawa korang semua terus ke tempat-tempat ni. Hanya click dan pilih tarikh je! Pilih tempat nak landing betul-betul, so that korang boleh pergi dari yang hujung sana ke hujung sini. Jangan risau, semua tempat ni ada AirAsia! Hanya klik-klik je guys, dah sampai!


Share:

20 comments:

  1. India memang menarik ..

    Cuma perlu masa dan Wang untuk pergi ke India.

    ReplyDelete
  2. Menarik India ni...
    Tapi kena kumpul duit dlu...
    klu g sana x cukup sehari atau 2 hari ke lebih tu..

    ReplyDelete
  3. samalah kita..fanatik filem hindustan.teringin nak gi India.

    ReplyDelete
  4. Memang tergoda sangat tengok pemandangan yang cantik dekat dalam TV... kalau dapat tengok depan mata memang rezeki sangatlah! :D

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt jalan tmpt menarik di India ni

    ReplyDelete
  6. india paling teringin nak ke kashmir

    ReplyDelete
  7. selamat bercuti ke India. abe kie melancong dlm negara je..

    ReplyDelete
  8. wah..bestnye...ini kalau pergi tak cukup 3-4 hari je ni....

    ReplyDelete
  9. Banyak juga tempat menarik di India ni.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels