Campaigns

Aug 16, 2017

Sharing Is Caring : Jangan Abaikan Sakit Belakang

Assalamualaikum semua
Petang nie nak share info dengan semua
Jom baca selanjutnya

Jangan abaikan sakit belakang
SAKIT belakang berlaku apabila anda cuba mendapatkan badan untuk melakukan sesuatu di luar kemampuannya. Sakit ini tidak selalunya menunjukkan masalah yang lebih serius, malah kira-­kira 80 hingga 90 peratus sembuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
Namun, kata Dr. Ozlan Izma, ada juga sesetengah keadaan sakit belakang menjadi lebih serius. Misalnya jika berasa sakit belakang disertai dengan menyucuk ke bawah kaki, kehilangan kawalan pundi kencing atau demam.

“Namun, bukan semua sakit belakang berkaitan slip disc. Kebanyakan pesakit yang mempunyai sakit belakang, menganggap mereka mempunyai masalah slip disc. Sakit belakang sebenarnya dikaitkan dengan masalah terseliuh pinggang misalnya duduk terlalu lama. Contohnya jika seseorang duduk terlalu lama, postur tersebut akan menekan otot dan tulang seterusnya sendi akan menjadi kaku atau keras.
“Kemudian, otot akan menjadi lemah. Dalam masa sama, anda melakukan kerja di luar kebiasaan seperti mengangkat barang. Ini akan menyebabkan pinggang terseliuh dan sakit belakang,” jelasnya

Kebiasaannya pesakit akan diberikan ubat mengurangkan bengkak dan sekali gus mengurangkan sakit belakang. Ubat tersebut tidak semestinya ubat tahan sakit. Selain itu, urutan dan senaman regangan juga boleh meredakan keradangan sakit belakang.
Bagi mereka yang berasa sakit atau tegang pada bahagian belakang, anda boleh tuam dengan air batu atau pad ais. Dr. Ozlan Izma berkata, hancurkan ais batu, kemudian balut dengan plastik dan kain kering kemudian tuam pada bahagian yang sakit selama sepuluh minit.

Bagi mereka yang bekerja dan banyak duduk, sebaik-baiknya duduk dengan teknik yang betul. Tidak ketinggalan, lakukan regangan setiap 30 minit untuk mengelak sakit belakang.

Iritasi saraf
Menurut Dr. Ozlan Izma, ramai yang salah faham tentang slip disc dan istilah sebenar masalah ini ialah iritasi saraf yang disebabkan disc terluka.
Disc merupakan tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. “Harus diingatkan bahawa bukan semua disk yang merosot menyebabkan sakit belakang.

Ini kerana slip disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti piasu yang menghiris, menyucuk dan kebas.
“Iritasi saraf sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir. Ada juga rawatan lain untuk iritasi saraf seperti fisioterapi,” katanya.
Kebanyakan penyakit pada hari ini sebenarnya berpunca daripada gaya hidup tidak sihat. Kewujudan teknologi sebenarnya melancarkan kehidupan seharian manusia tetapi sebaliknya teknologi menyebabkan orang ramai tidak mengamalkan gaya hidup aktif seperti masyarakat dahulu kerana leka dengan gajet di tangan.

Tidak hairanlah golongan muda turut diserang pelbagai penyakit termasuk sakit belakang. Oleh itu, mereka perlu kekal aktif bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik dan digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersenam atau beriadah.
Panduan menghindar sakit tulang belakang

Mengangkat barang
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.

Duduk
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.

Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai.
Campurkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.

Memandu
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.

Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.

Tidur
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.

Berdiri dan Berjalan
Tukarlah posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.
Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.


21 comments:

  1. Kadang kadang mmg ada rasa jugak sakit belakang. Rasa penat. Kalaulah ada org picit alangkah bagusnya

    ReplyDelete
  2. Sakit belakang kerana penat bekerja atau bekerja berat akan berkurangan sekiranya kita berehat.
    Bimbang kalau sakit belakang akibat slip disc tu.

    ReplyDelete
  3. Ada kawan saya slip disc level 4... tu dia kata lah... bahaya juga sakit belakang ni...

    ReplyDelete
  4. memang sampai takleh bangun kalau kena slip disc ni. hati2 tau

    ReplyDelete
  5. nice sharing anum... akak pun dh mula sakit belakang, kalau nak duk kt kerusi kena alas bantal...

    ReplyDelete
  6. Akak sekarang dalam tempoh rawatan fisioterapi berkaitan dengan pinggang dan tulang belakang.

    ReplyDelete
  7. Slalu gak sakit blakang lagi2 kalau dukung baby... Tapi rasanya sebab baby berat... Hiii...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum anum...tq perkongsian info yg baik...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of