Campaigns

Jul 7, 2017

Sharing Is Caring : Kisah Penjual Nanas Yang Bersih Hatinya

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Kisah Penjual Nanas Yang Bersih Hatinya
Image result for Kisah Penjual Nanas Yang Bersih Hatinya
Ini Kisah Si Penjual Nanas Yang Baik

Pada tahun 1892, saudagar buah Yu telah membawa 50 bakul buah nanas dari Laiyang (daerah di wilayah Shandong) ke Bandar Shanghai untuk didagangkan. Oleh kerana perjalanan itu jauh dan memakan masa berhari-hari maka buah-buah nanas itu menjadi lembik dan tidak berapa elok untuk dijual. Lalu Saudagar Yu membuang sahaja longgokan 50 buah bakul buah nanas itu.

Di seberang kedai saudagar Yu itu, tinggal suami-isteri yang dalam keadaan kelaparan dan tidak mempunyai sesuatu pun untuk dimakan. Mereka segera memungut semua buah-buah nanas yang telah dibuang oleh saudagar Yu itu. Lalu, buah-buah itu dibersihkan, dikupas, dipotong kecil-kecil, dibuang bahagian yang sudah lembik untuk dimakan.
Setelah kenyang masih banyak lagi buah-buah nanas yang tinggal. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk menjual potongan-potongan yang masih segar. Rezeki manusia hanya Tuhan yang tahu. Bisnes mereka ini beroleh sambutan dan keuntungan yang menggalakkan.

Sejak dari saat itu, suami isteri ini terus membeli nanas yang sudah lembik dari kedai saudagar Yu. Saudagar Yu sudah tentulah senang hati kerana dapat menjual walaupun dengan harga murah. Kemudian, timbul idea dari pasangan suami isteri ini untuk memproses nanas itu menjadi jem nanas. Jem nanas yang dihasilkan mereka sangat laris dijual dan dalam masa singkat menjadi buah mulut dalam daerah mereka.
Akhirnya sampai ke pengetahuan saudagar Yu tentang jem nanas yang dihasilkan dari nanasnya yang dijual murah. Timbul rasa dengki dihati. Lalu pada suatu malam, beliau menulis 3 aksara “Tian Zhi Dao” (Langit Tahu) dan menampalnya pada pintu kedai suami isteri itu.

Keesokan harinya, suami isteri itu terkejut dan mereka tahu ada orang sedang cuba mensabotaj bisnes mereka.

Tetapi, si suami cuma ketawa dan berkata, “Kebetulan kedai kita pun masih tiada nama. Hari ini ada orang memberikan idea nama kedai dan menampalnya di pintu kita.” Lalu mereka menamakan kedai mereka sebagai “Tian Zhi Dao” (Langit Tahu).

Semakin hari semakin maju perniagaan jem nanas mereka. Saudagar Yu semakin tak senang hati dan beliau telah melukis di dinding kedai itu gambar seekor kura-kura yang menyembunyikan kepada dalam cengkerangnya disertai dengan tulisan “Tidak Tahu Malu”. Besoknya, bila terlihat lukisan itu, suami isteri itu terdiam seketika. Kemudian salah seorang berkata, “Apa kata kita gunakan gambar kura-kura ini sebagai logo produk kita. Jem nanas kita ini mujarab untuk menyembuhkan batuk dan memanjangkan usia. Kura-kura adalah haiwan yang panjang umurnya.”

Semenjak dari hari itu, logo kura-kura itu menjadi terkenal di Shanghai. Perniagaan suami isteri itu kini telah menembusi pasaran Shanghai dan menjadi antara saudagar yang terkaya di sana.

Pengajaran Dari Cerita Penjual Nanas Ini
Fikiran positif. Orang yang bijak mengubah setiap masalah menjadi satu peluang. Nikmatilah kehidupan ini dengan selalu berfikiran positif.

Setiap perniagaan ada cabarannya. Kuatkan semangat, sabar dan jangan mudah putus asa.
Kreatif dan inovatif. Sentiasa tambah nilai dalam perniagaan dengan idea baru yang kreatif dan inovatif supaya produk sentiasa relevan dalam pasaran.

Bersihkan hati. Kalau ingin berjaya dalam apa jua bidang. Bersihkan hati. Buangkan perasaan busuk hati yang memusnahkan diri.

http://www.celikvitamin.com


Share:

16 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels