Campaigns

Jul 12, 2017

4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok!

Selepas 3 tahun filem TRANSFORMERS menyepi dengan memberikan laluan pengarahnya, Michael Bay menyiapkan penggambaran, akhirnya filem ini bakal menggempakkan pawagam pada tahun ini dengan sequel kelima iaitu 
TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT.
Tapi, ramai mengatakan ni adalah sequel yang terakhir. Yeke? So, lepas ini dah tak ada lah TRANSFORMERS? Kesian peminat-peminat yang follow dari sequel satu sampai 4, takkan habis macam tu je kot? Jom kita tengok apa sebab-sebabnya…

1. Selepas pelakon utama ditukar…

Kalau korang tengok filem TRANSFORMERS dari sequel pertama iaitu pada tahun 2007 sampai lah sequel ketiga pada tahun 2014, Bay menggunakan pelakon utama yang sama. Shia LaBeouf digandingkan bersama Megan Fox yang dulu memang tengah hot, mesti lah korang nak tengok Megan Fox kan?
tetapi, untuk sequel keempat iaitu TRANSFORMERS 4: AGE OF EXTINCTION, Bay menukar watak utama kepada Mark Wahlberg yang menjadikan rating dan jumlah kutipan sedikit menurun.
TRANSFORMERS 4: AGE OF EXTINCTION
Kutipan filem yang meningkat dari $836.3 million hingga $1.124 billion untuk sequel 1-3, namun turun kepada $1.104 billion untuk sequel keempat. Dari situ kita dapat lihat peminat sedikit kecewa dan minat untuk mengikuti sequel seterusnya juga makin pudar, menjadikan rating jatuh. Bay juga mungkin agak patah hati lalu enggan meneruskan sequelTRANSFORMERS yang seterusnya.

2. Optimus Prime dah jadi jahat

Korang yang fanatik TRANSFORMERS mesti dah tengok trailer TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT kan? Amacam? Menarik tak?
Berdasarkan trailer, kita boleh nampak yang ada perubahan pada karakter Optimus Prime yang mana dulu ia melawan kejahatan bagi pihak manusia. Namun, selepas ia meninggalkan bumi, peperangan berlaku antara TRANSFORMERS dan manusia.
Sekembalinya Optimus Prime, dia pula nak musnahkan dan melawan manusia yang diwakili Bumble Bee. Apa dah jadi? So, lepasni Optimus Prime dah jadi jahat terus ke?

3. Ada kemunculan naga berkepala 3!

Kalau korang rajin baca review filem, nanti akan muncul Dragonstorm dalam TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT. Dragonstorm adalah naga berkepala 3 gabungan 2 Knights Of Cybertron, Dragonicus dan Stormreign. Wah! Mesti korang excited kan?
Lepas itu, ada lagi satu naga Steelbane, kesatria Cybertronian yang bertukar menjadi mekanikal wyvern. Mesti best ni!

4. Ini TRANSFORMERS arahan terakhir Michael Bay

Selepas mengarah 4 sequel TRANSFORMERS, Bay mungkin dah penat dan merancang untuk buat filem lain kan? Biasa lah, pengarah pun nak cari mood baru. Dia pun dah confirm yang ini adalah sequel terakhir, tapi kalau Paramount tak dapat cari penggantinya dan fansTRANSFORMERS pun asyik minta Bay sambung mengarah, mungkin beliau akan sambung. Apa kata korang?

Jangan lupa tonton TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT !

Walaupun TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT adalah yang terakhir, jangan lupa untuk tonton filem yang bakal pecah panggung arahan Michael Bay ini. Ia akan mula ditayangkan 22 Jun di semua pawagam seluruh MalaysiaMake sure filem ni dapat sambutan hangat dan naikkan semula rating. Mesti Michael Bay akan sambung mengarah sequel seterusnya!

siapa2 yang dah tgk cuba komen skit

Share:

12 comments:

  1. dah lama tak tak tgk sekuel tranformers ni... erm... leh tgk pas ni...

    ReplyDelete
  2. alaaa nak pi tapi xdak geng.. guano ni..

    ReplyDelete
  3. Ala nak tengok tapi takde geng.. Tahniah pada akak kerana menduduki carta top commentor saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/07/top-commentor-jun-julai-2017.html

    ReplyDelete
  4. Kurang suka tengok cite ginilah Num....

    ReplyDelete
  5. memang nak tgk la weekend ni.
    tak pernah miss lagi citer ni tiap kali kuar panggung.

    ReplyDelete
  6. tgok da..
    as usual la..ok! ^_^

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels