Campaigns

Jun 2, 2017

Sofa Baru Sempena Raya Nanti :)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Lazada Ramadhan RayaBlogger Contest | Lazada menganjurkan beberapa peraduan mudah untuk blogger iaitu Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest (Peraduan Lazada Ramadhan Raya Blogger)  sempena bulan ramadhan dan diikuti dengan syawal tidak lama lagi. Sebut sahaja Lazada siapa tak kenalkan, Lazada ni boleh dikatakan tempat shopping online utama pilihan ramai kaki shopping online di Malaysia dan beberapa buah negara sekitarnya, termasuk Filipina dan Thailand juga kerana banyak pilihan jenama, harga yang murah, dan juga banyak cara pembayaran untuk pembeli pilih. 

Bertepatan dengan penjualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang akan berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun (di mana anda boleh mencari diskaun khas sehingga 90%!) 
Contest yang terbuka untuk para blogger ini sedang berlangsung 19 May until 25 June 2017 (4 Weeks) , ini merupakan 4 contest yang berbeza mengikut minggu . Semakin ramai blogger yang join, semakin banyak dan lumayan hadiah Lazada tawarkan. Jom kita tengok, apa hadiah hebat Lazada nak bagi blogger yang join contest ni...

1. Less than 100 Participants (15 winners)
15 x RM100

2. More than 100 Participants (20 winners)
1st Prize: 1 x RM400
2nd Prize: 8 x RM150
3rd Prize: 11 x RM100 

3. More than 200 Participants (50 winners) 
1st Prize: 1 x RM500 
2nd Prize: 16 x RM150 
3rd Prize: 33 x RM100 

4. More than 300 Participants (80 winners) 
1st Prize: 1 x RM600 
2nd Prize: 35 x RM150 
3rd Prize: 44 x RM100 

Lumayan kan. Jadi jom kita memeriahkan contest blogger ni sebab makin ramai join, makin tinggi peluang nak menang hadiah. Mana tau kan... rezeki... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Ini contest minggu kedua Anum join... Wish me luck dear :)

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

a. How are you decorating your house to be Raya ready? 

Menjelang Aidilfitri nanti, ramai suri rumah mula mencongak sama ada mahu memperbaharui hiasan kediaman atau tidak. Jika berkemampuan, tidak salah untuk membeli segala barang baru tetapi jika perlu bercatu perbelanjaan, mungkin anda boleh tukar beberapa saja dekorasi untuk serlah suasana raya. 

Bagi Anum setiap tahun Anum akan menghias rumah mengikut kemampuan Anum, sebagai contoh jika tahun nie ada rezeki lebih sudah pastinya Anum akan menukar perabot baru, atau sebaliknya Anum akan gunakan perabot yang lama dengan menukar sahaja warna atau lapisan perabot supaya menampakkan kesegaran.
tip hiasan bajet menjelang raya
b. Share your house decorating tips for this Raya 
Anum nak kongsi beberapa Tips untuk anda jimat bajet kala menghias kediaman dengan satu atau dua item sahaja sudah memadai. Bajet yang diperlukan juga sekitar RM50 – RM500 jika anda bijak mencari barangan menarik serasi tema hiasan dan pada harga berpatutan.

1. Mulakan dengan soft furnishings. Ini termasuklah kusyen dan sarung kusyen, sofa dan sarung sofa, langsir, alas meja dan permaidani. Tak perlu beli yang mahal, menukar sarung kusyen saja sudah cukup untuk mengubah suasana ruang tamu walaupun langsir masih sama. Tetapi pastikan temanya masih sama atau kombinasi warna atau corak sepadan dengan barangan lain di ruang itu. Karpet pula jika sebelum ini banyak kerawang, pilih pula rekaan polos dengan warna yang compliment langsir.

2. Serikan dengan bunga. Untuk menaikkan seri ruang tamu atau ruang makan, cara paling mudah adalah dengan membeli bunga, sama ada bunga tiruan atau bunga segar. Kini ada banyak pilihan dan bunga tiruan boleh bertahan lama dan ditukar gubahannya. Bunga segar pula boleh dibeli sehari sebelum Aidilfitri untuk serlahkan mood di pagi raya. Cuma ia hanya boleh bertahan beberapa hari sebelum layu. Lazada selalunya akan membuat promosi menjual bunga hiasan, inilah masanya untuk anda serlahkan kreativiti dan skil tawar menawar!

3. Sertakan tumbuhan dalam kediaman. Selain bunga, tumbuhan hijau atau house plant boleh segera beri impak segar dalam rumah. Sama ada anda letakkan di bahagian bucu ruang tamu atau hujung koridor rumah. Pastikan anda tahu cara menjaganya juga dan kekerapan ia perlu disiram. Antara tumbuhan hijau yang boleh anda beli adalah pohon fiddle leaf fig, monstera, strelitzia nicolai dan rhapis palm. 

4. Cat dinding dengan rona segar. Sudah sekian lama dengan dinding yang sama, kos untuk cat ruang tamu sederhana besar mungkin tidak memakan belanja besar dan anda boleh lakukannya sendiri untuk jimat upah. Secara tidak langsung kediaman terasa seperti baru dan warna yang dipilih juga perlu sepadan dengan dekorasi ruang tamu juga ya melainkan anda mahu menukar keseluruhan tema warna. Atau jika sebelum ini dinding berwarna, beralih kepada cat putih. Anda akan rasa ruang lebih luas dan lebih mudah untuk mendekorasi.

5. Aroma ruang menerima tetamu. Paling jimat adalah anda hanya perlu bersihkan ruang tamu dan ruang makan dan salin sarung kusyen dengan himpunan yang ada (kan baru juga jika setiap tahun bertukar sarung). Setelah mengemas, wangikan ruang dengan lilin beraroma atau penyegar ruang. Tentu tetamu masuk kediaman anda dengan senyuman girang. Bunga segar seperti ros juga dapat semarakan aroma rumah.

6. Tukar wall feature. Atau anda boleh tukar lukisan yang sudah menjadi titik tumpu ruang tamu atau dining hall anda selama ini. Tak perlu berbelanja besar beli lukisan dari galeri seni, di Lazada pun ada banyak pilihan cantik atau gunakan kreativiti dengan membingkai fabrik motif indah sebagai fokus ruang. Trik dekorasi moden adalah gabungan beberapa bingkai pelbagai saiz di satu dinding. Bingkai foto kegemaran anda dan ia bakal jadi bahan bualan tetamu yang datang berkunjung nanti.

Ini la antara Tips yang selalu Anum gunakan utk menghias rumah.. Korang wajib cuba ya


 c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya? 
Ok utk tahun ini nampaknya rezeki Anum murah, so Anum buat keputusan nak tukar Sofa baru dan sedikit tambahan hiasan utk menampakkan kesegaran semasa hari raya nanti. Tak lain x bukan sudah pastinya Lazada menjadi pilihan Anum utk membeli belah.
Klik sahaja website Lazada dah nampak diskaun yang ditawarkan sangat berbaloi kan..
So kita mulakan pencarian , objektif utama Anum kali ini adalah tukar Sofa baru..
Cari punya cari akhirnya yang berkenan di hati .. tadaaaaaaaaaaaaaa
Murah kan korang mesti x percaya Lazada bagi diskaun sehingga 50% tau.. 
Sangat berbaloi-baloi tawaran yang diberikan, wajib la grab kan..
Kalau korang pergi kedai sekalipun susah nak dapat harga sebegini tau..
Cepat2 kita proceed order.. Dengan adanya Lazada banyak membantu Anum dalam menghias rumah terutamanya apabila Syawal (Raya) menjelang tiba, Thank so much Lazada...

To participate, please check the instruction on this page :  http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Share:

10 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels