Campaigns

Jun 1, 2017

Sharing Is Caring : Cara Menjaga Kesihatan Semasa Berpuasa

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Cara Menjaga Kesihatan Semasa Berpuasa

Bulan Ramadan bakal menjelang tiba. Umat Islam akan mula berpuasa untuk sebulan. 

Untuk memastikan kita dapat melaksanakan ibadah di sepanjang bulan Ramadan, penting untuk kita menjaga tahap kesihatan. 

Jika kita tidak menjaga pemakanan, ada kemungkinan badan akan mudah letih, sakit dan ini akan menjejaskan fokus kita untuk beribadah dengan baik.
Image result for kurma
Cara Menjaga Kesihatan Semasa Berpuasa

1) Minum Air Suam Secukupnya – Kita semua pasti sedia maklum, kurang minum air akan membuatkan badan mengalami dehidrasi lebih-lebih lagi di musim cuaca yang agak panas. Berpuasa bukan alasan untuk tidak minum air secukupnya. Pengambilan air suam atau air putih penting untuk memastikan organ pencernaan dapat berfungsi dengan baik. Pastikan anda lebihkan pengambilan air suam ketika berbuka untuk mengelak badan cepat letih. Manakala pengambilan air manis perlu dikurangkan.

2) Berbuka Dengan Kurma – Kurma mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Berbuka puasa dengan kurma akan membuatkan badan rasa kembali bertenaga. Ini kerana kurma bertindak sebagai karbohidrat ringkas yang dapat membekalkan tenaga segera kepada badan tanpa perlu dicerna terlebih dahulu. Jadi sewaktu berbuka puasa, elak terus mengambil makanan berat kerana ini akan membuatkan badan menjadi bertambah letih. Mulakan dengan makan kurma terlebih dahulu

3) Penting Untuk Bersahur – Seperti sarapan, sahur memang penting ketika berpuasa. Makanan yang diambil ketika sahur akan membantu membekalkan tenaga sewaktu anda berpuasa. Penting untuk anda pilih makanan yang berkhasiat ketika bersahur. Pastikan juga anda minum air segelas dua untuk memastikan badan kekal hidrat sehingga ke waktu berbuka puasa.

4) Rehat Yang Cukup – Waktu rehat dan tidur yang cukup penting untuk memastikan badan tidak mudah lesu dan letih. Jangan terlebih tidur pula, kerana bulan Ramadan adalah bulan untuk beribadah. Berpuasa bukan alasan untuk tidur lebih masa. Awalkan sedikit waktu tidur malam, untuk memastikan anda dapat bangun lebih awal untuk bersahur dan beribadah.

5) Jaga Kebersihan Makanan – Memang digalakkan untuk menyediakan juadah berbuka di rumah untuk memastikan makanan yang bakal kita makan untuk berbuka itu benar-benar bersih. Ini kerana, ketika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan air. Badan yang kurang air mudah terkena keracunan makanan di tahap yang lebih serius berbanding biasa. 

Selain 5 tips ini, penting juga untuk anda pastikan makanan dan minuman yang diambil bukan sahaja menyihatkan tetapi juga bersih dari segi penyediaan. Risau pula jika termakan makanan atau minuman tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan. Ini kerana bila badan kurang air, keracunan makanan boleh bertambah serius dan membahayakan kesihatan. Jadi kalau nak beli juadah berbuka di luar kena pastikan makanan tersebut bersih dan selamat dimakan.
Semoga artikel Cara Menjaga Kesihatan Semasa Berpuasa ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menjaga kesihatan dan memastikan anda dapat beribadah dengan lebih sempurna sepanjang bulan Ramadan.

Sumber : www.notawanita.com

Share:

12 comments:

  1. tq for the tips ')
    selalu waktu nak berbuka waktu kecik-kecik dulu berebut air yang paling sedap yakni yang ade campuran air batu , minum tue sampai tak hengat dunia ...
    kenangan sungguh !!!

    ReplyDelete
  2. aah xmau skip sahur sb azab dia fuhhhh.. mana perut pop rock 10x ganda perut tu then badan mmg lemah sgt2

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan.

    TQ for the tips.

    Semua ada buat, kecuali nombor 4. Hihihi

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa..tips yang baik untuk panduan...

    ReplyDelete
  5. Nice sharing Kak Anum... Cik Mimie tang kurma tu mmg fail.. xsuka bnda manis2..heee :D

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels