Campaigns

May 19, 2017

# friday # Renungan

Renungan Jumaat : Kebahagian Hidup Dalam Memberi

السَّلاَمُ عَلَي وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kebahagian Hidup Dalam Memberi
Image result for kebahagiaan tidak ada pada benda kita punya masalah ada pada diri kita
Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan akan datang untuk mengambil kasutnya.

Lalu berkatalah murid tu kepada gurunya: “ Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya?. Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab: “Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai Anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagian untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu”

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohon untuk melihat respon pekerja yang fakir itu.

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!!. Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga…

Dia menatap wang itu berulang kali untuk memastikan dia bukan bermimpi… kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!.

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermuanajat kepada Tuhannya. “Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan”
Image result for kebinasaan
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha pemurah. Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan…

Guru yang mulia terus bersuara: “Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?

Murid itu menjawab, “Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya: 
Image result for tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagian yang lebih banyak daripada kamu mengambil”

Gurunya pun berkata kepadanya: “Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam

· Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas.
· Mendoakan saudaramu di belakang (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
· Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
· Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian

Ustaz Iqbal Zain

10 comments:

  1. Alhamdulillah.. Untuk renungan bersama..

    Eraz Fadli - http://www.erazfadli.com/2017/05/iftar-ramadan-nuansa-aspirasi-ramadan.html

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi dear anum :)

    ReplyDelete
  3. Betul Anum. Bila bersedekah ni, Allah dah janjikan pulangannya. Tazkirah Jumaat yer Num...

    ReplyDelete
  4. Tak sedar air mata almost nak menitis.. trm kasih akak for sharing this..suka sangat!

    Insyaallah sama-sama kita jadikan kisah ni idola kita.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Anum Was Here

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/