Campaigns

May 26, 2017

Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

BAGAIMANA UNTUK TAHU KITA IKHLAS ATAU TIDAK IKHLAS

Tidak ada sesiapa yang mengatakan tidak ikhlas bila berbuat kebaikan. Semua manusia akan mengatakan ikhlas dengan setiap perbuatannya. Ada orang terang-terang menyebut Saya Ikhlas setiap kali beramal dan ada yang mencatat Yang Ikhlas dalam setiap surat atau emel.

Adakah kita benar-benar ikhlas dalam setiap kebaikan yang kita buat?

Hakikat yang patut diketahui ialah tidak ada seorang pun yang tahu, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas. Malah kita sendiri pun tidak tahu, kita ini ikhlas atau tidak. 2 malaikat yang mencatat amalan seseorang juga tidak tahu, orang itu ikhlas atau tidak.

Sesungguhnya hanya Allah SWT yang tahu, hamba-Nya ikhlas atau tidak dalam perbuatan mereka.

Bagaimanapun ada caranya untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak. Jangan fikirkan keikhlasan orang lain. Periksa keikhlasan kita sendiri. Bagaimana caranya?

Cara menilai keikhlasan

Apa perasaan anda bila budi yang anda tabur tidak dikenang atau dibalas? Apa rasa hati anda bila kebajikan yang anda buat dibalas dengan kejahatan? Perasaan yang timbul itulah penentu mudah untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak.

Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya sakit bila budi yang kita buat dilupai. Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya geram saat kebajikan kita dibalas kejahatan.

Bila seseorang itu lupa kebaikan yang dibuatnya pada orang lain. Bila hati orang itu tidak terasa apa-apa, tidak kesal bila madu dibalas dengan tuba. Itulah tanda hatinya ikhlas.
Image result for HATI YG IKHLAS TIDAK PERASAN DENGAN PUJIAN
Periksa sendiri apa rasa hati dan perasaan kita bila kebaikan kita tidak dikenang dan bila kita dibalas jahat atas setiap baik yang kita buat.

Manusia selalu menganggap kebaikan yang dibuatnya adalah dari dia dan untuk dia. Dia menganggap kebaikan yang dibuat kerana kemurahan hatinya dan kebaikan itu mesti kembali pada dirinya. Kembali dengan cara…

1.            Mesti mengucapkan terima kasih padanya.
2.            Kenangkan apa yang dia buat.
3.            Sebar-sebarkan cerita kebajikan yang dia buat pada orang lain.
4.            Jangan tolak bila dia minta berbuat sesuatu.
5.            Dan sebagainya.

Kebaikan kita pada orang sebenarnya adalah dari Allah SWT. Allah SWT telah menjadikan kita sebagai ‘saluran’ untuk Allah SWT menyampaikan nikmat-Nya kepada manusia.
Image result for ikhlas seperti surat al ikhlas
Sebagaimana Allah SWT telah melantik Nabi dan Rasul sebagai wakil-Nya untuk menyampaikan ajaran-Nya. Begitulah Allah SWT telah ‘melantik’ kita sebagai ‘wakil’ untuk menyebar nikmat kurniaan-Nya kepada manusia lain.


#Jangan salah faham dengan maksud penerangan ini dan jangan jadikan ayat ini sebagai ayat kontroversi#


Maka kita tidak sepatutnya berbangga dengan kebaikan yang kita buat. Kita hanya melaksanakan amanah untuk mengagih-agihkan nikmat Allah SWT kepada sesama manusia. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah SWT telah mengagihkan nikmat-Nya melalui kita.
Image result for HIDUP SEPERTI AKAR
Kebaikan sebenar ialah dapat berbudi kerana ALLAH SWT. Itu yang membuatkan seseorang itu berasa tenang dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikannya tidak dibalas dengan baik.


Selamat Menyambut Bulan Puasa Semua

10 comments:

  1. btl.. bila kita ikhlas kerana Allah swt dlm stiap pbuatan, tentu kita tak mharapkan balasan melain kn mharap redha Allah swt =) salam jumaat sis

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsiannya Num....
    Salam Ramadhan Num

    ReplyDelete
  3. Good Info. InsyaAllah, ramadhan ni boleh buat kt ikhlaskan hati sepenuh hati

    ReplyDelete
  4. Sedih baca..sebab terasa diri ini banyak kekurangan diri..Ya Allah pada Mu kami mohon ampun ya Anum..semoga bahagia ya..benar2 hebat kata2

    ReplyDelete
  5. perkongsian dan peringatan yang baik..tq Anum

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of