Campaigns

Apr 25, 2017

Sharing is Caring:10 Tabiat Ini Membahayakan Buah Pinggang

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

10 Tabiat Ini Membahayakan Buah Pinggang!
Selain jantung, hati, dan otak, buah pinggang juga antara organ yang penting untuk seorang manusia. Tanpa buah pinggang kelancaran fungsi tubuh badan. Buah pinggang bekerja sebagai menapis bahan buangan yang tidak digunakan oleh badan melalui urin dan najis. Jika kita mempunyai buah pinggang yang sihat ia dapat mengekalkan tahap stabil elektrolit dan menghasilkan hormon yang membantu mengawal tekanan darah, sel-sel darah marah dan mengekalkan tulang yang kuat.

Namun tanpa kita sedar, kerosakan buah pinggang boleh berlaku tanpa amaran. Tabiat pemakanan dan amalan gaya hidup tidak sihat boleh mempengaruhi kesihatan buah pinggang dan boleh menyebabkan kegagalan serta-merta. Pastikan anda kurangkan 10 tabiat dibawah ini supaya menjaga dan membaik pulih dua buah pinggang anda! 

#1 Kurang Minum Air Putih 
Air merupakan rakan kerja buah pinggang bagi memastikan pelancaran dalam ia menapis segala bahan buangan. Jika anda kurang minum air, ia boleh menyebabkan segala toksin dan bahan buang terkumpul dan akhirnya merosakkan buah pinggang. Selain itu, meminum air putih pelbagai manfaat lain yang dapat. Tak percaya? 

#2 Pengambilan Gula Berlebihan
Kajian menunjukkan apabila seseorang mengambil minuman manis lebih dari dua kali sehari cenderung untuk mempunyai protein tinggi dalam air kencing mereka. Air kencing yang mengandungi banyak protein tanda awal buah pinggang gagal menjalankan kerja dengan betul. 

#3 Gemar Makan Makanan Masin
Badan manusia tidak memerlukan sodium yang banyak untuk berfungsi, tapi jika berlebihan sodium boleh menyebabkan kerosakan. Kebanyakan orang mengambil banyak garam dalam diet seharian yang boleh mendatangi kesan darah tinggi dan meletakkan buah pinggang dalam keadaan bahaya. 
#4 Tahan Kencing
Siapa suka tahan kencing telah membawa kepada kerosakan buah pinggang dan masalah batu karang. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlaku jangkitan kuman pada pundi kencing. Jadi bila rasa nak membuang, jangan tahan lagi..segeralah ke tandas. 
#5 Kurang Vitamin dan Mineral
Diet yang sihat ialah pemakanan yang lengkap dengan nutrisi seperti vitamin dan mineral untuk kesihatan seluruh badan dan fungsi buah pinggang. Kekurangan vitamin seperti B6 dan magnesium antara faktor risiko batu karang atau kegagalan buah pinggang. 
#6 Terlalu Banyak Minum Kopi
Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan juga menambah beban pada buah pinggang. Tanpa pengambilan kopi yang waspada, lebihan pengambilan minuman kopi boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. 

#4 Tahan Kencing
Siapa suka tahan kencing telah membawa kepada kerosakan buah pinggang dan masalah batu karang. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlaku jangkitan kuman pada pundi kencing. Jadi bila rasa nak membuang, jangan tahan lagi..segeralah ke tandas. 

#5 Kurang Vitamin dan Mineral
Diet yang sihat ialah pemakanan yang lengkap dengan nutrisi seperti vitamin dan mineral untuk kesihatan seluruh badan dan fungsi buah pinggang. Kekurangan vitamin seperti B6 dan magnesium antara faktor risiko batu karang atau kegagalan buah pinggang. 

#6 Terlalu Banyak Minum Kopi
Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan juga menambah beban pada buah pinggang. Tanpa pengambilan kopi yang waspada, lebihan pengambilan minuman kopi boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. 


#7 Suka Makan Daging (protein dari daging)
Jika anda pengemar daging/protein haiwan seperti daging merah cuba belajar untuk kurangkan. Protein dari daging haiwan meningkatkan beban metabolik pada buah pinggang. Semakin banyak protein haiwan kita ambil, semakin sukar buah pinggang untuk bekerja. Ia boleh menyebabkan tekanan dan terus membawa kepada kerosakan. 

#8 Kerap Mengambil Ubat Tahan Sakit
Penggunaan belebihan dan meyalahgunakan ubat tahan sakit boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati. Anda yang sering mengambil ubat tahan sakit tanpa nasihat doktor, berharap berhenti melakukannya. 

#9 Waktu Tidur Yang Tidak Cukup
Sukar tidur juga termasuk dalam masalah kesihatan yang kronik. Ia secara tidak langsung menyebabkan kerosakan buah pinggang tanpa sedar. Semasa tidur, badan berfungsi untuk memperbaiki tisu-tisu buah pinggang yang mungkin rosak. Namun jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, mana mungkin buah pinggang dapat sembuh. 

#10 Pengambilan Alkohol Yang Tinggi 
Sama seperti pengambilan kopi berlebihan. alkohol juga boleh
menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati! 
Sama seperti pengambilan kopi berlebihan. alkohol juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati! 

Cuba kurangkan 10 tabiat ini, pasti anda dapat merasakan perubahannya. 

16 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of