Apr 7, 2017

Renungan Jumaat : Agar Allah swt Selalu Memberi Jalan Keluar (Bahagian 2)

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
BHG 2 (CERMIN DIRI SENDIRI)

TIADA HARI TANPA KEBAIKAN
Renungan:-
v Kerugian sejati bukanlah tentang berapa nilai wang kita yg hilang
v Muflis juga bukan tentang perniagaan yg tumbang
v Kerugian dan kemuflisan adalah tentang gagalnya diri utk menjauhi manusia yg lebih baik dari hari kelmarin
v Jauhilah manusia yg lebih baik dari hari ke hari
v Jadilah manusia yg beruntung!

SEDIH BUKAN JALAN PENYELESAIAN
Renungan:-
v “Selamat tinggal derita! Jiwaku tak sudi menanggungmu, hatiku tak sudi menyentuhmu dan takkan ku sediakan sedikit ruang pun dlm setiap rangkaian hari-hariku utkmu. Pergilah dan jangan pernah kembali lagi. Nyahlah! Dan jangan lagi menghampiri. Kami diciptakan bukan utk berduka, bukan utk bersedih dan kami dijadikan bukan utk gundah gulana.”
v “Selamat tinggal derita! Kau adalah beban berat yg tidak sudi aku pikul. Kau akan ku lemparkan atas bahu org-org yg tidak beriman kpd Allah SWT dan hari Akhirat. Biarlah mereka yg akan merasakan kepedihan sejati pd hari pembalasan
v “Selamat tinggal derita! Pekikan kata yg terlontar pd hati org yg beriman, jiwa yg berserah diri kpd Allah SWT dan wajah yg telah kusam oleh terpaan derita di masa lalu. Saatnya waktu utk mengatakan “Pergilah! Engkau salah alamat kerana aku bukan tempatmu dan engkau juga bukan sebahagian dariku.”
SETELAH KESULITAN PASTI ADA KEMUDAHAN
Renungan:-
v Allah SWT tidak pernah menjanjikan selamanya langit cerah membiru
v Allah SWT juga tidak berjanji sepanjang jalan hidupmu ditabur bunga
v Tetapi Dia menjanjikan kekuatan dan pertolongan-Nya..
v Jangan sekali-kali bermimpi utk hidup enak tanpa ujian dari Allah SWT kerana bagaimana pun ujian itu sendiri merupakan logik dari keimanan kita sejauh kita yakin bahawa ujian merupakan jalan bagi  diangkatnya darjat keimanan kita, insya-Allah, apa pun yg menimpa kita akan menjadi ladang nikmat. Di penghujung segala ujian, pertolongan-Nya pasti menjelma

BERANIKAH, SIAPA TAKUT?
Renungan:-
v Allahumma Laa Tadzarnii fardan wa Anta khairul waaritsiin
v Ya Allah, jangan kau biarkan aku sendiri..
v Bila selama ini aku menunda nikahku, semoga keputusanku itu adalah terbaik dari-Mu, bukan hanya kerana alasan duniawi semata-mata
v Ya Allah, Engkau Yang Maha Tahu, bilakah waktu terbaik utk hamba-Mu ini menjalani alam rumah tangga
INGATKAN DIRI DENGAN SYURGA
Renungan:-
v Masa yg dilalui di dunia ini sangat singkat
v Kekayaan yg dikandung pun terlalu murah utk dihargai
v Bila di dunia musibah menimpa, tunggulah balasannya di akhirat
v Bila di dunia ini kau telah lelah menjalani ketaatan, tunggulah kebahagian abadi di akhirat
v Itulah janji Tuhanmu!

BAYARLAH DENGAN JIWA DAN HARTAMU
Renungan:-
v Tidak memberinya Allah swt adalah pemberian
v Mencabut dari-Nya adalah penguasaan
v Hukaman dari-Nya adalah pengajaran
v Ujian dari-Nya adalah pemberian dan kecintaan
v Dikuasakan-Nya musuh-musuh-Nya atas dirimu adalah yg akan menggiringmu kepada-Nya

BUATLAH, KERANA TIDAK AKAN ADA HUJAN EMAS DARI LANGIT
Renungan:-
v Jangan buang secara percuma seluruh daya kekuatan yang dianugerahkan Allah SWT kepada anda
v Jangan biarkan kemalasan menghambat kejayaan anda
v Lepaskan diri anda dari rasa takut gagal
v Yang memisahkan perahu dgn pantai harapan adalah terjangan taufan badai, hempasan gelombang dan hadangan batu karang!
v Namun kesejatian perahu adalah belayar mengharungi samudera menembus segala rintangan
v Hakikat diri anda adalah berkarya utk menemui kebahagian

SELAIN SABAR, APA LAGI?
Renungan:-
v Jika Allah SWT menahanmu utk mendapatkan sesuatu, itu bukanlah kerana Dia bakhil, khuatir kehilangan perbendaharaan-Nya atau menyembunyikan hakmu
v Akan tetapi kerana Dia ingin engkau kembali kepada-Nya, Dia ingin memuliamu dgn rasa pasrah kepada-Nya, menjadikanmu kaya dgn fakir kepada-Nya, memaksamu utk bersimpuh dihadapan-Nya, menjadikanmu dapat merasakan manisnya kepatuhan dan kefakiran kepada-Nya setelah merasakan pahitnya terhalang dari sesuatu
v Apabila sampai sekarang engkau rasakan bebanmu semakin berat, itu bukan kerana Dia menyeksamu di kedudukan yg tertinggi
v Apabila Allah SWT baru saja mencabut kedudukanmu, itu bukan kerana Dia membencimu
v Tetapi agar engkau dapat menyaksikan hikmah-Nya dalam qudrah-Nya, rahmah-Nya dlm keperkasaan-Nya dan kelembutan dlm paksaan-Nya

MEMETIK HIKMAH DARI SETIAP PERISTIWA
Renungan:-
v Lihatlah apa pun yg dapat kau lihat!
v Rasakan apa pun yg dapat kau rasakan!
v Lalu tanyakan siapa yg menciptakan segalanya?
v Setiap sesuatu mempunyai kelebihan kerana tidak satu pun ciptaan Allah SWT yg sia-sia
v Ya Allah..jadikanlah aku sebagai orang yg mampu menarik hikmah dlm setiap ciptaan-Mu

BERKONGSI TIDAK AKAN MENGURANGKAN
Renungan:-
v Kalau Allah SWT berkenaan memasukkan perempuan penzina ke dalam syurga kerana telah memberi minum seekor anjing yg kehausan, jadi bagaimana dgn anda apabila bersedia memberi makan, minum dan menutupi aurat saudaramu yg terbuka?

MENOLONG ORANG LAIN BERERTI MENOLONG DIRI SENDIRI
Renungan:-
v Kelak di Yaumil Hisab, Allah SWT akan berfirman: “Wahai anak Adam, Aku lapar tetapi kau tidak mahu memberiku makan. Si Hamba menjawab: “Bagaimana aku memberi makan kepada-Mu sedangkan Engkau adalah Tuhan Semesta Alam?” Allah SWT berfirman: “Tidakkah dahulu engkau melihat seorang hamba si Polan bin Polan kelaparan, namun engkau tidak mahu memberinya makan, tentu engkau akan mendapatkan pahala disisi-Ku. Wahai anak Adam, Aku kehausan, tapi engkau tidak mahu memnerik-Ku minum. Hamba tersebut menjawab “Bagaiamana mungkin aku memberi minuman, sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam. “Allah SWT berfirman:”Tidakkah dahulu engkau tahu bahawa ada seorang hamba-Ku si Polan bin Polan kehausan, tapi engkau tidak mahu memberi minum. Sekiranya engkau mahu memberinya minum, tentu engkau akan mendapatkan pahala di sisi-Ku. Wahai anak Adam, Aku sakit tetapi engkau tidak mahu mengubati-Ku. “Si hamba menjawab: “Bagaimana mungkin aku mengubati-Mu sedangkan engkau Tuhan Semesta Alam. Allah berfirman: “Tidakkah dahulu engkau tahu bahawa ada hamba-Ku si Polan bin Polan yg sakit, tapi engkau tidak mahu mengubatinya. Sekiranya engkau mahu mengubatimya, tentu engkau akan mendapatkan pahala-Ku. 

TEKUN BUKAN BERMAKNA LEMAH
Renungan:-
v Amatilah fikiranmu kerana akan menjadi ucapanmu
v Amatilah ucapanmu kerana akan menjadi tindakanmu
v Amatilah tindakanmu kerana akan menjadi kebiasaanmu
v Amatilah keraktermu kerana akan menjadi nasibmu
Di atas semua itu..
v Amatilah dirimu! Kerana hanya orang yg mengenal dirinya yg akan mencapai ketenangan diri yg sesungguhnya
v Hidup ini seringkali menipu dan berpura-pura
v Sabarlah akan tiga perkara, iaitu siapa diri kita, dari mana kita berasal dan ke mana kita akan pergi

CERMIN PADA DIRI SENDIRI
Renungan:-
v Jangan menuntut Allah SWT kerana terlambatnya pangabulan permintaan yg telah engkau panjatkan kepada-Nya
v Perbetulkan dirimu agar tidak terlambat dlm melaksanakan kewajipan-kewajipan terhadap Tuhanmu

HATI-HATI TERHADAP DOA ORANG YG DIZALIMI
Renungan:-
v Apabila engkau melihat kemungkaran, ubahlah dengan tanganmu
v Apabila engkau tidak mampu, ubahlah dengan lisanmu
v Apabila dengan lisanmu pun engkau tidak mampu, maka ubahkan dengan hatimu

MERANGKAI WAKTU DENGAN AMAL SOLEH
Renungan:-
v Ya Rabbi..jadikan segenap waktuku sebagai rangkaian amal soleh kepada-Mu
v Jadikan juga matiku sebagai perjalanan keredhaan-Mu

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA
Renungan:-
v Nak, kesini!Mendekatlah..nak..ketika aku sudah tua, aku bukan lagi aku yg semula
v Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku
v Ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu,ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu
v Ketika aku terus mengulangi kata tentang sesuatu yg telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarnya jangan memutus pembicaraanku. Bukankah ketika kau kecil, ibu harus mengulangi cerita yg telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur.
v Ketika aku memerlukanmu utk memandikanku,jangan marah padaku.Ingatlah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara utk memujukmu mandi
v Ketika aku tidak faham sedikitpun tentang teknologi dan hal-hal baru, jgn mengejekku. Fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap pertanyaan “mengapa” darimu
v Ketika aku tidak dapat berjalan, hulurkan tanganmu yg masih kuat utk memapahku seperti aku memapahmu ketika kau belajar berjalan sewaktu masih kecil
v Ketika aku harus terlupa dgn perbualan kita, berilah aku waktu utk mengingkat. Sebenarnya bagiku, apa yg dibicarakan tidaklah penting asalkan kau disampingku dan mendengarku, aku sudah puas
v Ketika kau memandang aku yg sudah mula tua, janganlah berduka. Fahamilah aku, sokonglah aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan
v Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, sekarang temani aku menjalani sisa hidupku..
Buku Pinjaman Berkelompok PNM bertajuk "Agar Allah SWT selalu memberi Jalan Keluar - Penulis Abu Firly Bassam Taqiy".
Share:

10 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum