Mar 24, 2017

Renungan Jumaat : Sakit Itu Puncanya Dari Kita Sendiri

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

SAKIT ITU PUNCANYA DARI KITA SENDIRI
Hai.. hari ni Anum nak kongsikan sesuatu yang Anum rasa menarik untuk dikongsikan bersama semua. Anum dapat daripada group whatsapp yang selalu menghantar ilmu dan ilmu berguna untuk ahli-ahlinya.. Dan salah satu yang menarik perhatian Anum untuk dikongsikan ialah tentang SAKIT. 

Sebenarnya sakit itu datangnya dari Allah S.W.T untuk menguji kita, namun kita juga bertanggungjawab ke atas setiap yang berlaku kepada diri kita.. Mungkin kalau kita berusaha yang terbaik untuk diri kita, Allah S.W.T akan bantu kita untuk kehidupan yang sihat .

Teringat kisah adik perempuan Anum yang meminta MC daripada Bos nya, Bos nya tak terima MC tersebut kerana bagi dia, penyakit itu datang dari diri adik Anum, kata bosnya " U yang salah, Tak jaga kesihatan" .. Maka nya.. adik tak dapat cuti.. kesian dia.. Tapi dari situ adik usaha jaga kesihatannya, dan dia jarang MC.. cuma kalau dah sakit sangat-sangat barulah dia MC.. 

Apa-apa pun.. jom baca betul ke tidak Sakit itu puncanya dari kita sendiri? rengung-renungkanlah ye!

1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah ) 

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu. 

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur). 

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah. 

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal. 

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ). 

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa Sombong ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih ) 

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

Oleh : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Share:

16 comments:

  1. Replies
    1. salam, terima kasih kerana sudi singgah

      Delete
  2. salam jumaat...

    betul tu...mmg kebanyakkan sakit bermula dari kita sendiri..dari perut, hati & pemakanan.. semoga kita lebih disiplin menjaga kesihatan dan dijauhkan dari segala penyakit yang tak elok.. amin2

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus kak. Salam jumaat :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg menarik..thanks sis😊😊

    ReplyDelete
  5. Kesian dekat adik Anum yang tak dapat MC tu..
    Pengajaran juga buat yang lain agar sama2 menjaga kesihatan diri tapi bila sesekali tak sihat tu, peringatan diri agar lebih mengingatiNYA.

    ReplyDelete
  6. Betul la jugak kot apa yang ditulis.. Tapi kadang-kadang sakit tu datang pun atas kehendak Allah... cuma ye lah kita kena jaga pemakanan dan aktiviti harian agar tak tak mudah jatuh sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting kita dah usaha jaga kesihatan kita kan

      Delete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Popular Posts