Mar 31, 2017

Renungan Jumaat : Agar Allah swt Selalu Memberi Jalan Keluar (Bahagian 1)

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...
 (HIDUP DAN MASALAH)

PERSOALAN DATANG SILIH BERGANTI, HIDUP HARUS DITERUSKAN
Renungan:-
Ketika anda menangis sambil berkata: “Mengapa Allah SWT membiarkan persoalan ini menimpaku?’’
Kukatakan pada anda: “Kerana Allah Maha tahu bahawa anda akan dewasa menjadi orang 
yg kuat”. 
Apabila anda mengeluh sambil berkata: “Mengapa persoalan tidak berhenti-henti menghampiriku?”
Kukatakan pada anda: “Kerana Allah sedang mendidik anda dgn cara tersebut. Bertahanlah dan tunggu datangnya pertolongan Allah SWT.”

HADAPI SETIAP PERSOALAN DAN JADILAH PEMENANG SEJATI
Renungan:-
Jangan biarkan persoalan hidup membelenggumu
Allah SWT menjadikan persoalan bukan utk menyiksamu
Tetapi Allah sedang mendidikmu utk menjadikan orang yg kuat
Hadapilah setiap persoalan dgn kesungguhan kerana pertolongan
Allah beserta usaha kerasmu

 (TALI IKATAN ALLAH SWT)

MENGHARUNGI BAHTERA KEHIDUPAN BERNAKHODAKAN IMAN
Renungan:-
Hidup tanpa iman bagai kapal tanpa nakhoda
Dihempaskan ombak menerpa, terumbang-ambing dihempas badai
Biarlah segala pergi dan hilang dari ku
Asal jangan imanku yg terkikis

MENOLONG ALLAH SWT BERERTI MENOLONG DIRI SENDIRI
Renungan:-
Di hadapanNya..
Engkau bukan sesiapa
Jangan menolong orang lain, menyelematkan diri sendiri pun
Engkau tidak akan mampu tanpa pertolonganNya
Tolonglah agama Allah..
Maka Allah akan menolongmu

TAKWA PERISAI DIRI
Renungan:-
Teman..Janganlah kau lihat seberapa besar dosamu
Tapi lihatlah kepada siapa engkau melakukan
Dosa itu..

BERSANDAR HANYA KEPADA ALLAH SWT
Renungan:-
v Ketika anda merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yg sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa kuat anda berusaha
v Ketika anda sudah puas menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu
v Jika anda fikir bahawa hidup anda sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..Allah SWT sedang menunggu bersanding dgnmu
v Ketika anda merasa sendirian dan teman-teman anda terlalu sibuk dgn diri mereka sendiri..Allah SWT selalu berada disampingmu
v Ketika anda fikir bahawa anda sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat
Apa lagi..Allah SWT mempunyai jawapanya
v Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan anda merasa tertekan..Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba anda melihat jejak-jejak harapan..Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancer dan anda merasa ingin mengucap syukur..Allah SWT telah memberkatimu
v Ketika sesuatu yg indah terjadi dan anda dipenuhi ketakjuban..Allah SWT sedang tersenjum padamu
v Ketika anda memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digapai..Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dgn namamu
v Ingat!Di mana pun anda atau dimana-mana pun anda menghadap..Allah SWT TAHU itu

BERSIMPUH DALAM DOA DAN MUNAJAT
Renungan:-
v Ya Allah, gantikan kepedihan ini dgn kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram
v Ya Allah, dinginkan panaskan kalbu dgn salju keyakinan dan padamkan bara jiwa dgn air keimanan
v Wahai Rabbi, anugerahkan pada mata yg tidak dapat terpejam ini rasa mengantuk dari-Mu yg mententeramkan, tuangkan dlm jiwa yg bergelodak ini kedamaian dan ganjarkan dgn kemenangan yg nyata
v Wahai Rabbi, tunjukkanlah pandangan kebingungan ini kepada cahaya-Mu, bimbinglah sesatnya perjalanan ini kea rah jalan-Mu yg lurus dan tuntunlah org-org yg menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu
v Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yg pasti dtg dan memancar terang, hancurkan perasaaan yg jahat dgn sirna kebenaran dan hempaskan semua tipu daya syaitan dgn bantuan bala tentera-MU
v Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, usirkanlah kegundahan dari jiwa kami semua
v Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut dan bertawakal, hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal, hanya kepada-Mu kami memohon dan hanya dari-MU lah semua pertolongan. Cukuplah engkau sebagai pelindung kami sebagai pelindung kami kerana Engkaulahn sebaik-baik pelindung dan penolong
MENGADU PADA ALLAH SWT MELALUI SOLAT
Renungan:-
v Ya Allah, jadikanlah rumahku sebagai tempat sujudku
v Jangan Kau biarkan kami terlena dgn gemerlapan dunia hingga melupakan sujud dan mengadu kepada-Mu
v Ya Allah, jadikanlah kami termasuk org-org yg berjiwa teguh yg memperoleh ketenteraman, yg mendapat petunjuk dan mendapatkan ketegangan hati dan jiwa
v Ya Allah, Anugerahkanlah kepada kami jiwa yg bersungguh-sungguh dlm solat seperti yg Engkau harapkan

TAWAKAL SAMBIL TERUS BERUSAHA
Renungan:-
v Ya Allah, kau memberiku kekuatan, tetapi aku bukanlah penentu
v Kau beri aku akal, tetapi aku bukanlah kebenaran
v Mereka kuatkan hatiku menerima keputusan-Mu dan relakan nuraniku
Menerima kebenaran hanya dari sisi-Mu

SYUKUR MENAMBAH NIKMAT
Renungan:-
v Bila kau belum memiliki segalanya, bersyukurlah kerana engkau masih boleh berharap
v Bila engkau tidak tahu sesuatu, bersyukurlah Allah masih memberimu kesempatan utk belajar
v Bila engkau berasa pada masa-masa yg sukar, bersyukurlah!Ini kerana Allah sedang mengujimu
v Bila semuanya terbatas, bersyukurlah!Ini kerana Allah sedang memberimu kesempatan utk berkembang
v Bila kau menyedari kesalahanmu, bersyukurlah!Kerana Allah SWT sedang memberimu kesempatan utk bertaubat
v Kita wajar bersyukur dari hal yg menyenangkan. Tetapi belajarlah bersyukur dari perkara yg tidak menyenangkan

PILIHAN ALLAH SWT ADALAH PILIHAN TERBAIK
Renungan:-
v Alangkah  beruntungnya org yg mampu menjaring ayat indah Allah SWT dari kerumitan hidup di dunia ini
v Bahagianya org yg dianugerahi Allah SWT kesabaran dan kearifan dlm hati hingga dapat memahami makna kejadian dlm perjalanan hidupnya, walau serumit manapun

TIDAK ADA PERKATAAN TERLAMBAT UNTUK BERTAUBAT
Renungan:-
v Silakan utk terus bermaksiat kpd Allah SWT, tapi jgn makan rezeki-Nya!
v Silakan utk terus bermaksiat kpd Allah SWT, tapi jgn tinggal dibumi-Nya!
v Silakan utk terus bermaksiat kpd Allah SWT, tapi carilah tempat yg tersembunyi dari pengawasan-Nya!
v Silakan utk terus bermaksiat kpd Allah SWT, tapi ketika nyawamu akan dicabut-Nya mintalah agar Dia mengundurkan kematianmu!
v Silakan utk terus bermaksiat kpd Allah SWT, tapi ketika hari kiamat nanti malaikat Zabaniah dtg mengiringmu ke api neraka, maka jgn engkau mahu ikut bersama-Nya!
v Dapatkan engkau mengiyakan semua perintah itu?

Mar 30, 2017

Mood Holiday Part 2

Assalamualaikum semua
Korang dah lunch?
Ok petang nie nak habiskan gambar2 TPG
 Selepas sarapan kami pusing2 kampung jap
 Kawasan ini merupakan kawasan perkampungan nelayan pantai. Berhampiran dengan muara Sungai Klang dan Selat Melaka. 
 Oleh itu, sebuah jeti nelayan telah dibina di sini bagi memudahkan bot-bot nelayan pantai singgah, berlabuh dan menurunkan tangkapan ikan yang turun.
 Masa kami sampai air belum pasang
  Kebanyakan mereka menggunakan jaring biasa yang direntang di tengah laut utk tangkapan ikan
 Semua Bot2 nelayan yang ada
Keadaan dimana waktu air surut.. Ok habis pusing2 kami meneruskan perjalanan kami. Seterusnya iaitu apa lagi kalau bukan memancing.
Mana lagi tempat fav kami la ke Kolam Mancing Jugra
Nampak x hasilnya baru campak dah naik 
Alhamdullilah bertambah2

Talapia pun ada 
x sabar nak masak 3 rasa nie
Penutupnya dapat Ikan Kerapo
Beratnya 4 Kilo, best layan nak tarik ikan nie
Ok setakat ini dulu Anum bersiaran ya

Segmen Blogwalking Janji Kita

Assalamualaikum semua
Sedar x sedar nak masuk waktu rehat dah kan
Ok sebelum kita keluar Lunch Anum nak join segmen kawan kita nie
Apa yang menyebabkan Anum tertarik nak Join Segemn ini, kerana buat julung kalinya Tuan Punya Blog anjurkan segmen blogwalking, so kita mesti support kan.
Nak tau syarat2 nya Jom Baca lagi.....

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤

Hadiah menarik menanti blogger bertuah. Kira lucky draw lah. Apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..rahsia..
Jemput join ye kawan-kawan semua.

so apa tunggu lagi Jom Join

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

Assalamualaikum semua
Ada sedikit masa terluang so Anum cepat2 up entry nie 
Anum memang x mo lepaskan peluang nak join Segmen Mia
Nak tau syarat2 nya bleh baca selanjutnya ya
Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


*Wish Me Luck*


Mood Holiday Part 1

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Khamis
Sekejap sangat masa berlalu
Sedar2 dah masuk hari khamis
Ok hari ini nak share satu Homestay yang best
Sebenarnya x rancang nak amik homestay
After game Dart dah penat nak balik KL so kami menginap disini
View from my chalet
Ini la bilik kami
Kami memilih utk menginap di chalet jenis batu
Ini la chalet kami
Bangun pagi2 ronda kawasan Chalet
Memang sangat tenang maklum la kawasan kampung
Ini la rumah Owner Chalet nie
Besar gila rumahnya
Cantik kan design rumah owner chalet
Homestay TanjungHani terletak di kampung Sijangkang Telok Panglima Garang Selangor
Penginapan keluarga dan berkelompok
Sekitar chalet banyak pokok buah-buahan
Mengikut kata owner kalau datang musim buah untung la
Sebaik korang masuk kawasan Homestay ini confirm korang akan rasa ketenagan
Pelbagai kemudahan disediakan termasukla dewan terbuka
Besar gak tapak dewan kan
beberapa pilihan penginapan
Sangat sesuai kalau korang nak buat family day
Kawasan yang luas dan bersih
So apa tunggu lagi, kalau korang nak ke Telok Panglima Garang boleh menginap di sini.
Anum sertakan alamat ya

Tanjung Hani Homestay

Add: Lot 5010, 
Jalan Seri Tanjung Kampung Sijangkang, 
42500 Telok Panglima Garang, Selangor.
Tel: +6012-2311814

Mar 29, 2017

Wordless Wednesday #162

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
Alhamdullilah dapat merasa makanan daripada tanah suci
Kurma yg sangat sedap
Semua tgh viral aiskrim nie, so Anum pun try
For me, biasa2 sahaja
Nie lagi satu Meatball Puncak Alam
Sangat sedap Meatball
Sangat2 recommended
Kalau dah memek muka sampai cm nie, korang faham2 la
Sedap giler kata ko
#JJCM

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum