Feb 28, 2017

5 Tempat Rekreasi Paling Popular Di Malaysia. Tipulah Kalau Korang Tak Pernah Pergi

Assalamualaikum semua
Anum percaya setiap daripada kita mempunyai jiwa kanak-kanak yang mana tidak sabar untuk keluar bermain, relax dan melupakan seketika bebanan kerja di pejabat. Jika korang ada merancang untuk bercuti bersama keluarga, sekali-sekala meluangkan masa di taman tema pun best juga kan!
Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun boleh enjoy sakan dekat tempat macam ni tau. Buat yang masih bujang korang boleh pergi bersama BFF untuk menikmati keseronokan berganda, bosanlah asyik tengok pemandangan je. Jom usha 5 taman teman yang paling syok kat Malaysia ni.

Sunway Lagoon 
Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang paling popular di Malaysia, terdapat pelbagai permainan air dan darat yang mencabar. Antara tarikan utama pengunjung di sini ialah Surfing Pool, Man-Made Beach, Amusement Park, Water Rides, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan macam-macam lagi. Bagi yang suka aktiviti mencabar tu korang boleh cuba Bungee Jumping dan G-Force X. Memang happening gila!
Website: Sunway Lagoon

A’Famosa Theme Park Melaka
Ewah-ewahh memang enjoy sakan la jika bawa keluarga bercuti ke sini. Mana taknya terdapat pelbagai aktiviti menarik di A’Famosa Theme Park ni, sangat sesuai dan recommended bagi yang berkeluarga. Disini menempatkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk percutian di musim cuti sekolah seperti penginapan di resort hotel, taman tema air, safari park dan juga lapangan padang golf.

KidZania Kuala Lumpur
Taman tema yang sangat sesuai untuk perkembangan kanak-kanak dimana mereka boleh bermain sambil belajar. Taman tema indoor ini direka khas untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman menjadi orang dewasa. Memang seronok dan syok gila berada di sini.
Harga tiket bermula dari RM 35 – RM 85.
Website : KidZania Malaysia

Legoland Malaysia Resort Johor
Legoland Malaysia Resort merupakan destinasi taman tema yang popular setanding dengan Sunway Lagoon dan Genting Highland Theme Park. Terdapat lebih 20 permainan air, 70 lego models dan 3 million liter air pasti menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan untuk korang. Dan untuk pengetahuan korang, taman tema air Legoland ini merupakan taman tema air yang terbesar di dunia! Memang puas hati…
Website : Legoland Malaysia

Escape Theme Park

Bagi korang yang sukakan aktiviti outdoor yang mencabar boleh try ke Escape Theme Park, terdapat lebih 20 tarikan menarik yang korang boleh terokai. Antaranya Monkey Business, Flying Lemur, Kite Flyer, Tubby Racer, Atan’s Leap dan macam-macam lagi. Taman tema ini membawa konsep yang tersendiri yang lebih mesra alam sekitar.
Serius, korang kena datang dan rasai sendiri pengalaman berada di disini. Memang enjoy!

Website : Escape
Share:

16 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum