Campaigns

Jan 10, 2017

‘Saya Sangat Nervous’- Faiz Subri Akui Gagap Masa Berucap & Cipta Sejarah Pemain Asia Menang FIFA Puskas

Hi kawan2 semua, Hari ini semua org duk perkatakan tentang Faiz Subri kan
Anum pun x mo ketinggalan , al maklum la org Faiz nie satu bendera ngan Anum
Tumpang Bangga tau, Ok meh Anum kongsikan ya 
Wahh, tak rugi tunggu sampai lebam mata semata-mata nak tahu sama ada Faiz Subri menang anugerah FIFA Puskas ke tak. Sebelum pengumuman dibuat oleh pemain legenda Brazil, Ronaldo Da Lima bukan main berdebar lagi dada kami nak menunggunya.
Akhirnya berkat doa rakyat Malaysia dan undian peminat bola sepak dunia, akhirnya Faiz Subri dapat membuatkan rakyat Malaysia bangga. Gembira tak terkata beb, macam mana Piala Dunia pun ada ni. Tahniah Faiz Subri!

‘Saya nervous’

screen-shot-2017-01-10-at-3-07-07-am
Jika anda menonton siaran langsung anugerah The Best FIFA pagi tadi, anda boleh nampak yang Faiz Subri sangat gementar bila ingin buat ucapan. Para pemenang diwajibkan untuk beri ucapan untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan pada siapa yang mengundi.
Akhirnya Faiz baca text menerusi telefon bimbitnya. Kepada sesiapa yang tak jelas apa yang Faiz ingin sampaikan, lihat di bawah ni;
Alhamdulillah, dengan keberkatan dari-Nya saya dapat merangkul anugerah FIFA Puskas ni, Jujurnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk berada pada tahap di mana saya sekarang ni dan dapat berdiri di depan pemain-pemain bola sepak terbaik dunia. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan Pulau Pinang, semua jurulatih, rakan pasukan, staff, PFAM, keluarga, rakyat Malaysia terutama sekali rakyat Penang serta peminat bola sepak di dunia. Kepada FAM dan FMLLP: Saya terhutang budi kerana menghantar video gol saya untuk proses penilaian.
Terima kasih semua.
Malaysia Boleh, Haria Penang Haria

Raih undian tertinggi dari peminat bola sepak dunia

Faiz telah mengetepikan kedua-dua pesaing iaitu Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela). Jika anda dilihat di atas undian yang diraih Faiz ialah sebanyak 59, 46% manakala lagi dua calon jauh ketinggalan.
Berikut adalah keputusan penuh anugerah The Best FIFA;

Pemain Terbaik 2016 (Lelaki)

 Pemain terbaik dunia 2016, Cristiano Ronaldo dari Portugal

Pemain Terbaik 2016 (Wanita)

 Pemain pasukan Amerika Syarikat, Carli Llyod

Jurulatih Terbaik 2016 (Lelaki) 

 Jurulatih kelahiran Itali dan pasukan Leicester City, Claudio Ranieri

Jurulatih Terbaik 2016 (Wanita)

Jurulatih pasukan Jerman wanita, Silvia Neid

Anugerah Pemain Cemerlang 2016


Pemain legenda futsal dari Brazil, Falcao

Anugerah Fair Play FIFA 2016


Tahniah kepada semua pemenang


Share:

12 comments:

  1. alhamdulillah tahniah buat faiz.terasa kemenangan tu milik betsama sbb sy pon turut megundi. hihihi tahhniah buat faiz dan malysia

    ReplyDelete
  2. Tiba2 terasa bangga menjadi anak Malaysia... hehehe... sebelum ni biasa2 jer... :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah Faiz.... tak sia sia mengundi Faiz 2 hari lepas hihi

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Faiz Subri. Beliau menjadi anak Asia pertama yang dinobatkan pemenang Anugerah Puskas. Tapi sayangnya ada beberapa manusia jahat yang mencari ruang untuk memperlekehkannya

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum