Campaigns

Nov 24, 2017

Renungan Jumaat : Hargailah Teguran Yang Diterima

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Hargailah teguran yang diterima... 

...kadangkala kita terlalu dikuasai oleh ego diri.  Bila orang tegur, walaupun teguran itu betul (apalagi kalau tidak betul), pantas sahaja  hati kita berdetik mengatakan orang itu 'menyibuk sahaja'. Janganlah begitu, orang menegur tanda ambil berat (ada pula yang kata 'tiada siapa yang suruh ambil berat.  Suka hati akulah')

Cuba sesekali kita membuat teguran dan teguran kita tidak dipeduli malah ditambah dengan jelingan benci.  Apa kita rasa?  Mesti terasa hati, kan?  Tidak salah kita bermuka manis bila ditegur walaupun hati hanya Tuan Yang Maha Mengetahui...

Suatu hari, aku ke pasaraya.  Seperti biasa aku akan bawa bersama beberapa beg untuk mengisi barang yang akan dibeli nanti.  Beg-beg itu aku 'sumbat' ke dalam satu lagi beg yang agak 'cantik' dan sekali lihat macam beg tangan.  Kebiasaannya juga, aku akan gantungkan beg itu di troli barang. Telefon bimbit dan beg duit aku simpan dalam poket seluar yang aku pakai.

Tiba-tiba seorang wanita Cina yang berpakaian agak seksi menegurku dengan suaranya yang lembut 'is that your bag?'. Bila aku jawab 'yes', dia terus berkata, 'don't put like that.  It's dangerous'. Aku hanya senyum sambil mengucap 'thank you'.  Aku ambil beg itu dan menyandangnya di bahu. Pasti dia puas hati kerana tegurannya diterima baik.  Beberapa kali sewaktu berpusing-pusing dalam pasaraya itu, aku terserempak dengan wanita tersebut.  Melihat aku menyandang beg berkenaan, dia tersenyum.

Beg itu tidaklah begitu berharga, tapi menggembirakan hati wanita tersebut lebih berharga.
  
Muhasabah diri... 

Kita...
Cepat menjatuhkan hukum bila bukan kita yang terkena

Kita...
Merasakan keluarga kita sangat sempurna
Hanya kerana kita belum diuji Yang Maha Kuasa

Kita...
Terlupa yang kita juga pernah berdosa

Kita....
Kadangkala menjadi pendusta yang hanya diketahui Yang Maha Esa

Kita...
Jangan sekadar bertanya-tanya
Tentang apa yang dibuat oleh ibubapa
Saat anak-anak tiada di hadapan mata
Kerana kita tidak juga menyangka
Anak yang baik di mata kita
Entah bagaimana tingkahlaku mereka
Saat berada di luar pandangan kita

Kita...
Dalam sibuk berkata-kata
Bila tiba sesuatu bencana
Sudahkah bertanya apa peranan kita
Untuk menguis gajah di hadapan muka
Atau masih sibuk dengan kuman di seberang sana

Kita...
Ingatlah bahawa Allah SWT juga sandaran kita
Dia memberi peringatan dalam pelbagai cara
Bukan hanya untuk mereka yang diduga
Tapi juga untuk kita yang hanya pandai berkata-kata


Share:
Read More

Nov 23, 2017

SPONTANEOUS THURSDAY #134

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

PENJAGAAN KESIHATAN DALAM ISLAM
Dalam Islam, terdapat rahsia-rahsia ilmunya yang tersendiri. Tidak semua orang Islam mengetahui ilmu-ilmu dalam Islam secara menyeluruh dan mendalam. Menjaga kesihatan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia supaya kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang yang tidak diingini dan bahaya. 
Di dalam al-Quran juga ada mengajar kita bagaimana menjaga kesihatan iaitu membuat amalan-amalan seperti:- 

1) Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Ini kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. 
2) Mengamalkan minum air sejuk pada waktu pagi. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, Insyaallah akan menjauhkan diri kita daripada penyakit iaitu susah hendak kena penyakit.
 3) Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Apabila dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang yang berkenaan.
4) Makan dengan menggunakan tangan. Nabi Muhammad s.a.w juga mengajar kita makan dengan menggunakan tangan dan apabila selesai makan, hendaklah menjilat jari tersebut. Ini kerana ahli saintis juga telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari- jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak akan terhadam).
Selain itu, makanan yang kita makan sehari-hari perlu dijaga untuk mengelakkan penyakit -penyakit yang tidak diingini seperti kencing manis, keracunan makanan, jantung dan lain-lain. Kita seharusnya mencontohi amalan pemakanan dan diet Rasulullah s.a.w kerana baginda pandai menjaga pemakanannya dan tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya. 
Antaranya ialah tidak boleh makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Contohnya, Nabi s.a.w pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana bimbang akan cepat mendapat penyakit. Oleh yang demikian, penjagaan kesihatan sangat penting dalam kehidupan supaya kita tidak dihidapi penyakit dan dapat hidup secara sihat berpandukan cara-cara yang betul.


Share:
Read More

Nov 22, 2017

Wordless Wednesday #168

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 Last week program
Ngeteh 

Share:
Read More

Nov 21, 2017

Baby Aaira Zeina

Assalamualaikum semua
Hari ini bz day ada event dekat office
So team kami kena handle
Anum just nak update gambar baby aaira zeina
 First time Zai & family datang ke rumah baru kami
 Dan first time jugak kami jumpa Baby Aaira Zeina
Punya la bz sampai Zai nk hbs pantang baru dapat jumpa 
 Alhamdullilah Arissa dah jadi kakak
Pandai baby buat memek muka
Comel sangat baby Aaira Zeina, lebih demok pada Arissa masa kecik, 
nak pengang pun sedap.. badan dia padu
27hb nie genap la 2 bulan baby Aaira Zeina...
Tahniah Zai

Share:
Read More

Nov 20, 2017

My Bday Celebration 2017

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Setiap kali hari isnin mesti rasa malas kan nak pergi kerja, 
mana taknya sebab 2 hari dah cuti
Hari ini Anum nak share gambar semasa sambutan Bday Anum
Yeay...last week adalah hari Kelahiran saya yang ke 34 tahun.... [tak pe...itu hanya sekadar angka..yang penting maintain hokeh...tapii dalam hati...uwaaaa... haku dah tua....hihihiiii] 
Terima kasih kepada yang wish kat saya Happy Birthday dan mendoakan kebaikkan mengiringi perjalanan saya dan suami...[doa yang sama juga saya mohon untuk semua]... dari panggilan telefon... msg..whatsapp.. wechat...IG sampai lah ke FB... [wahhh hebatkan teknologi sekarang nih] tq tq soo much...hanya Allah yang tahu kegembiraan saya kerana diriku terasa sangat dihargai.... [tiba-tiba....erkkk...] 
Syukur kepada Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk bersujud kepadaNya lagiii dan menikmati indahnya alam ini dan mengenali serta mendalami dgn lebih dekat dan jauh akan kehidupan di muka bumi ini... 
 Kerana di setiap saat dan waktu itu sebenarnya ada pengajaran yang perlu kita pelajari dan fahami...Insyaallah 
Alhamdullilah syukur sangat2

Share:
Read More

Sharing Is Caring : Rahsia 8 Makanan Kesihatan Nabi

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

RAHSIA 8 MAKANAN KESIHATAN NABI.
1.  DELIMA
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”. Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. ZAITUN
Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”. Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

4. ZA’FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen  dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya”.

5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6.HABBATUS SAUDA’
Khasiat Habbatus Sauda’ diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”

8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"

wallahu'alam..


Share:
Read More

Nov 17, 2017

Renungan Jumaat : Bersyukurlah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya
 Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API.

Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE.

Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA.

Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARYLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE.

Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISYEN.

★ Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.

★ Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI. Mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.

"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu.

Kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DIBORONG oleh merekα."

"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti bahagian lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan ke sana berkumpul di mana KEBAHAGIAAN itu berada."

★ Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.

Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.

"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKHLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila², dimana² dan dalam apa jua keadaan pun."

★ KEBAHAGIAAN itu hanya dimiliki oleh Orang² yang BERSYUKUR.
"JIKA TIDAK MEMILIKI APA YANG DISUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG DIMILIKI SAAT INI"

BERSYUKUR adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.

* Jika Anda FAIL
(gagal) jangan putus asa, sebab FAIL bermaksud First Act In Learning
(Langkah Pertama Dalam Pembelajaran)

* END (Tamat)
bukanlah Pengakhiran malah END bermaksud Effort Never Die
(Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)

* Jika
Anda dapat NO (Tidak) sebagai jawapan, ingatlah NO bermakna Next Opportunity(Peluang Seterusnya)

~ Mudah²an bermanfaat

Share:
Read More

Nov 16, 2017

Giveaway Bday Anum 2017

Assalamualaikum semua
Tinggal beberapa hari lagi my bday 
 Anum nak lancarkan Giveaway Bday Anum 
disamping itu dapat menghargai pembaca blog Anum.

Anum memang jarang buat giveaway so kebetulan ada masa skit 
dan sekarang mood tengah happy ye la kan 
dengan rezeki pindah rumah dan juga my bday this month
so untuk kongsi kegembiraan Anum buat Giveaway ya

Hadiah yang menarik menanti anda... jeng jeng jeng..Hehehe 
Cara-cara menyertai Giveaway Bday Anum adalah seperti berikut :


1. Buat entry bertajuk "Giveaway Bday Anum 2017"
2. Letakkan Banner giveaway di atas dan backlink ke entry ini
3. Follow Blog Anum
4. Follow Instagram [Jika ada account IG]
5. Para pemenang akan dipilih secara random...
6. Giveaway Anum bermula 8.30am (13.11.2017) - 8.30pm (24.11.2017)
7. Publish dan tinggalkan details 
seperti berikut di ruangan kotak komen entry ini

Nama : 
URL entry giveaway :


Tunggu apa lagi! Jom sertai Giveaway Bday Anum sekarang!




Share:
Read More

Nov 13, 2017

1st Deepavali Darts Tournament Ladies Single

Assalamualaikum semua
Hari ini nak share gambar2 semasa Kejohanan Dart last weekend
1st Deepavali Darts Tournament Ladies Single
 Peneman setia Anum, tq Hubby sudi temankan Anum
 All Pro Master Player (Ladies Team)
 Rezeki sampai top 8, Alhamdullilah
 Kenangan bersama semua pemenang
 Inshaallah next time try hard, more training
 K.Izan u are champion... power congrats kak
 All from same team
Habuan dari champion.. hehe murah rezeki K.Izan..
See u soon darters

Share:
Read More

Nov 10, 2017

Renungan Jumaat : Tenggelam Dalam Kenikmatan Dunia

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

TENGGELAM DALAM KENIKMATAN DUNIA

Dalam suatu kesempatan, Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin ditanya oleh seorang pemuda, “saya sebenarnya adalah seorang pemuda yang Multazim (teguh menjalankan agama). Namun beberapa waktu terakhir ini saya merasa iman saya lemah. Ditandai dengan banyaknya saya melakukan maksiat seperti meninggalkan solat atau melambat-lambatkannya, mendengarkan hal-hal yang tidak bermanfaat, dan tenggelam dalam berbagai kenikmatan dunia. Dan saya sudah berusaha untuk menyedarkan jiwa saya dari keterpurukan ini, namun saya tidak sanggup. Dapatkan anda membimbing saya untuk dapat kembali ke jalan yang lurus yang bisa menyelamatkan saya dari keburukan jiwa saya?”.
Syaikh menjawab:

Aku memohon kepada Allah SWT agar memberikan hidayah kepadaku dan juga kepada anda. Dan jalan untuk menuju hidayah adalah dengan:

1. Bersemangat dalam membaca Al Qur’an dan mentadabburinya. Kerana Al Qur’an itu dikatakan oleh Allah SWT:
“Wahai Sekalian Manusia ! Sungguh telah datang kepada kalian pelajaran (Al Qur’an) dari Tuhan kalian, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman” 
(Q.S Yunus : 57)

2. Kemudian juga dengan sebisa mungkin melihat kembali apa yang ada dalam perjalanan hidup Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan sunnah-sunnah beliau. Kerana ini adalah penerang jalan bagi orang yang hendak menuju kepada Allah ‘azza wa jalla.

3. Bersemangat untuk berteman dengan orang-orang soleh dan bertaqwa. Yaitu para ulama rabbani dan teman-teman yang bertaqwa.

4. Sebisa mungkin menjauhi teman duduk yang buruk, yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

“berteman duduk yang buruk itu semisal dengan berteman dengan pandai besi. Bisa jadi pakaianmu ikut terbakar atau engkau mendapatkan bau yang tidak sedap“

5. Sentiasa sesali lah diri anda atas apa yang terjadi pada anda, yaitu perubahan diri anda tersebut, hingga penyesalan tersebut membuat anda kembali sebagaimana semula.
6. Jangan sampai masuk perasaan kagum ke dalam hati anda terhadap amalan soleh yang pernah anda lakukan. Kerana perasaan kagum tersebut terkadang menghapus pahala amalan. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Mereka mengungkit keislaman mereka kepadamu. Katakan,“Janganlah kamu mengungkit keislaman kalian kepadaku, tetapi Allahlah yang memberikan kepada kalian hidayah kepada iman jika kalian adalah orang-orang yang benar”  (QS. Al Hujurat: 17).

Namun senantiasalah periksa amalan-amalan soleh anda, dan sentiasalah merasa kurang, sehingga membuat anda sentisa beristighfar kepada Allah ‘azza wa jalla. Dengan juga sentiasa berhusnuzhan kepada Allah Ta’ala. 
Kerana seorang manusia ketika kagum dengan amalan solehnya, dan ia merasa dirinya memiliki hak yang wajib ditunaikan oleh Allah SWT, maka ini menjadi perkara yang berbahaya dan bisa menghapuskan pahala amalan.
Nas’alullah as salamah wal ‘afiah

Share:
Read More

Nov 9, 2017

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com

Assalamualaikum semua
nk support blog mia
Jom join segmen 
Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017. ** 


Share:
Read More

Roti keju Gardenia baru... Say cheese!!!!

Assalamualaikum semua & very good morning
Bulan nie betul2 x dan masa 
Bz dengan kerja, bz dengan kehidupan peribadi hehe
ok la hari ini just nak share mengenai keluaran terbaru roti gardenia
Iaitu Roti Keju... kepada semua keju boleh la cuba
 Harga pasaran RM2.30, korang boleh dapatkan dikedai2 berhampiran dengan korang
Review mengenai roti nie, for me sedap dan kena dengan tekak saya
ada rasa pedas,rasa masam, dan rasa manis.. memang terbaik
Sedar x sedar dah tinggal separuh, hehe
so maksudnya sedap la tue kan :)
Mempunyai dua pilihan sama ada classic cheese @ Pizza Mania
For first time anum pilih Pizza Mania...

so apa tunggu lagi cuba la :)

Share:
Read More

Nov 8, 2017

Betul Ke Keluang Man Bakal Difilemkan Tak Lama Lagi? Siapa Korang Rasa Best Jadi Hero?

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini korang sarapan apa?
Anum menu roti canai hari ini
Ok la sebelum start kerja meh Anum nak share 
News ngan korang
Peminat tegar filem adiwira negara pasti teruja dengan khabar ‘Batman’ negara kita, Keluang Man bakal difilemkan tak lama lagi. Tapi betul ke?

Usaha untuk merealisasikan siri animasi popular 90-an itu dikesan apabila pengarah filem tanah air, Rizal Halim telah memuatnaik status gambar Aziz M. Osman memakai kemeja logo Keluang Man bersertakan kapsyen “My Producer for Keluang Man Zero Aziz M Osman already had his Keluang Man tshirt on..”. 


Aziz M. Osman Bakal Terbit Keluang Man
Aziz M. Osman yang dilihat Rizal sebagai George Lucas versi Malaysia disahkan akan menggalas peranan sebagai penerbit filem di bawah nama Keluang Man Zero yang bakal menemui penonton tahun hadapan.

Pemilihan perlakon bermula
Juga menerusi laman profil Facebook Rizal, kelihatan seperti proses pemilihan pelakon telah pun bermula.
Terbaru, pengarah tersebut berkongsi pelakon, Sham Sunder Binwani akan memegang watak sebagai Dr Ramoo dalam Keluang Man Zero. Nampak iras kan Sham Sunder Binwani dengan watak, Dr Ramoo?
Walaupun pengarah Rizal nampaknya mengesahkan pembikinan filem tersebut, namun menurut pencipta asal watak Keluang Man, Encik Kamn Ismail, melalui profil Facebook rasmi Keluang Man, pihak beliau masih lagi belum dimaklumkan mengenai perancangan untuk merealisasikan filem ini ke layar perak.

Apa-apa pun, anum harap filem ini akan menjadi kenyataan. Mesti best!

Share:
Read More

Nov 7, 2017

Korang dah breakfast ke?

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Hari ini nak cerita share gambar2 last week
x tau nak buat tajuk apa, so cerita bab makan la ek
 our breakfast 
 last week exam 
 suasana sebelum masuk dewan exam @ maeps
 Birthday office mate (Wizri)
 Dugaan waktu balik kerja
 Menolak sehingga jumpa bengkel, allah permudahkan alhamdullilah
 Cuba teka burung apa ?
 Lunch with office mate
 Lempeng plus kuah sardin.. memang power
 Try order from office mate, sedap 
Pekena teh ais lepak mamak.. hehe
ok la beberapa bulan nie Anum agak bz dengan kerja, maklum la hujung tahun kan
Happy working all

Share:
Read More

Nov 6, 2017

Alhamdullilah siap mengemas

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini nak share deco rumah Anum
Anum menggunakan barang2 / perabut sedia ada sahaja
Meh Anum share ya
 Tadaaaaaaaaaaa akhirnya langsir yang ditempah telah sampai
 Hall area
 Dining area
 Selesai sesi tampal frame
 Alhamdullilah 
 Deco ruang tamu 
 Home sweet home
 Deco area tangga, mesti korang tertanya kenapa langsir lain kan. sebenarnya anum betul2 lupa nak order utk tingkap tangga, next anum order ya. haha
 Our dining area
 Full with our collection
 Our small kitchen
Belum ada budget nak buat kitchen kabinet so guna apa yang ada dulu
Inshaallah, untuk tingkap dapur anum cadang nak guna blind window sahaja
dah order tunggu sampai.. hehe
Lega rasanya bila dah habis mengemas 
next kita kasi settle 3 bilik plak....

Share:
Read More

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels