Campaigns

Nov 25, 2016

Renungan Jumaat: 6 TIPS BERSANGKA BAIK

8:30 AM 20 Comments
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...


Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua.
*6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI*

1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.

*Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.*

*Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat*

Anum akan bercuti next week.. so inshaallah akan bersiaran by next 2 week ya
Happy weekend semua

Nov 24, 2016

SPONTANEOUS THURSDAY #117

8:30 AM 18 Comments
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”
“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.”

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” 


Nov 23, 2016

Wordless Wednesday #153

8:30 AM 16 Comments
Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
‏Bila kecewa dengan prestasi diri, jangan sesekali mencela diri dengan kata-kata negatif, anggap diri kurang berguna, mengutuk diri sebagai bodoh, sial dan 
sebagainya, kerana Nabi bersabda bahawa Malaikat mendoakan kata-kata kita.

Cukuplah berdoa kepada Allah swt agar menambahkan prestasi, kualiti diri kita dan bukanlah menghina diri dengan kata-kata kutukan terhadap diri itu BUKAN ciri rendah diri yang baik. Matannya :-

لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ 

‏Ertinya : Janganlah kamu mendoakan dirimu kecuali dengan baik kerana sesungguhnya Malaikat meng 'ameen' kan apa yang kamu katakan. ( Sohih Muslim)


Baginda nabi turut mengajar kita pada setiap kali ditimpa musibah atau sesuatu
 yang tidak diingini agar berdoa :
اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها 


Ertinya : Ya Allah, ganjarilah daku pafa musibah yang menimpaku ini dan gantikan ia dengan yang lebih baik darinya.


#DrZaharuddinAbdRahman

Nov 22, 2016

Last Weekend :)

8:30 AM 24 Comments
Assalamualaikum semua
Selamat Pagi, dah makan ke?
Hari ini Anum ada perhimpunan bulanan
After that ada taklimat Bomba plak..
Bz day this week.. ok pagi nie nak share gambar2 xtvt weekend kami
Bila cuaca panas ini la jadinya
Muka senyum sebab dapat lesen nak botak
tadaaaaaaaaa.. Anum x kisah je... :)
Sempat welfie , haha suka benar hubby dapat botak
Sabtu lepas kami ke jerantut ada hal
Sempat la singgah martabak feri
Kalau sampai sini wajib la singgah kan.. 
Makan sampai pengsan katanya..
Ok Happy working all

Nov 21, 2016

Majlis Perkahwinan Amyra Rosli & Amar Baharin. Serius Macam Anak Raja Beb!

8:30 AM 25 Comments
Assalamualaikum semua
Salam utk pagi Isnin 
Biasa la bila hari Isnin semuanya jadi malas serta lemau ye
Ok utk nak hilangkan kemalasan anda meh Anum share dengan korang
gambar2 2 artis yang sangat cun nie
 Pasangan sedondon sama cantik sama padan ini akhirnya disatukan pada hari Jumaat dan majlis resepsi diadakan malam tadi di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Memang meriah gila dan yang paling penting Amyra Rosli dah macam puteri! Cantik sangat gaun ala-ala puteri barbie dia tu.
Tak puas tengok gambar dan video kahwin dorang dari official media hlive ni tau!

Putera puteri kayangan
Cantiknya mereka 
Bagai pinang dibelah dua
 Tahniah
 Sangat sesuai kan pasangan nie :)
 Anum suka tgk muka pengantin perempuan
 Macam anak patung
Berseri-seri!

Nov 18, 2016

Celebration MyBday 2016

8:30 AM 50 Comments
Assalamualaikum semua
Selamat pagi Jumaat yg indah
Sekejap masa berlalu tau2 dah Jumaat
Ok hari ini nak share gambar2 semasa celebrate Bday Anum ya
 Ini la menu yg mereka order
 Macam nak makan 10 org nie
  Tq geng GPP
 Habis makan kami bergambar je la
 Mana x nya sebab cafe ini sgt cantik ok
 Happy ending
 Terima kasih SAHABAT sebab sudi sambut birthday Anum.

Nov 17, 2016

Sharing is Caring: Why Failure Isn’t Bad

8:30 AM 10 Comments
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

We’re taught at an early age that failure is a bad thing. When we do poorly on tests, we receive a failing grade.

When a business goes bankrupt or dies, it is said to fail.

We are constantly reminded every day that failure is something negative. But what about the positives of failure? There are so many benefits to failing, I find it difficult to argue that failure is anything close to negative.
Failure is a Learning Experience
Above all else, failure is an opportunity to learn; and there is a lesson to be learned in every loss we encounter.

“I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”
-Thomas A. Edison

This quote is great at stripping failure of its negative connotation. Failure is simply a way something “won’t work”. Instead of being a “lack of success”, it becomes part of the process of trial and error.

Thus, each idea we try that doesn’t work brings us that much closer to an idea that does. To that end, experiencing failure is a necessary step in arriving at success.

Keep in mind, it is very important you learn from every failure and that the same failure isn’t experienced twice. This could lead to unnecessary wastes of time and money and even possibly fatal mistakes.

Failure is Something You Have to Get Used To
Failure, like marketing or accounting is a normal business process. Because of this, failure is something you must get used to in order to survive.

Failure is such a common occurrence it should come to be expected. Thus, ensure you develop thicker skin if setbacks seem to bother you.

Get used to the fact that you will experience more failures than successes. This doesn’t make you a failure, but an even more savvy business owner.

Identifying opportunities and trying to capitalize on them are valuable skills that will inevitably cause failure. You aren’t a prophet, so it is impossible for you to know which ideas will be profitable. The only way to know for sure is to try.

Probably the most important thing to remember about failure is that it can’t be avoided. Trying to avoid failure will only prevent you from acting–and there is more danger in not acting than in failure itself.

Failure Shouldn’t be Taken Lightly

Failures must be taken seriously. Because mistakes are expensive, they should be studied to ensure a lesson is identified.

Even more important is to make sure you are able to identify a failure when it occurs. If you can’t spot a failure when it happens, mistakes will continue until you learn to fix them. This can be extremely costly and potentially fatal for your business.

Thus, you must handle failures with care by ensuring you can identify them when they occur. Then, be sure to pinpoint the lesson to be learned.

Are there any other reasons why failure isn’t bad? Does the downside of failure outweigh the benefits?

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of