Campaigns

Dec 22, 2016

# SPONTANEOUS

SPONTANEOUS THURSDAY #120

Assalamualaikum semua
Hari ini nak share kemulian hati En Lee
Sungguh terharu dan sebak tatkala Anum membaca surat yang ditinggalkan oleh seorang lelaki yang melupakan hasrat untuk membeli rumah lelong didiami sebuah keluarga.
Walaupun telah membayar 10% daripada harga rumah terbabit iaitu sebanyak RM44,500 kepada pihak bank tetapi kemuliaan hati lelaki yang dikenali sebagai Encik Lee ini cukup memberi inspirasi.

“Wang itu akan ke akaun rumah encik”

Pesanan terakhir

Dear Mr. Lee Hui Sen, you mr, have a heart of gold. Saya harap posting ini sampai kpd anda atau ahli keluarga anda.
Anda tidak kenal keluarga ini, tp anda ambil keputusan yg sangat berani untuk membantu mereka.
RM44,500 bukan sedikit.
Dan saya difahamkan anda sendiri bukanlah dari golongan kaya raya.
Semoga #leehuisen sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia.
Semoga kita semua dikurniakan hati sebaik encik ini.
Menurut wanita yang mendapat surat ini daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pemilik asal rumah tersebut didakwa telah ditipu oleh pihak bank sehinggakan beliau diisytiharkan muflis dan rumahnya dilelong.
Tak sampai hati dengan nasib yang menimpa tuan rumah, Encik Lee melupakan hasrat untuk membeli rumah terbabit walaupun sudah membayar 10% kepada pihak mahkamah.
Apa-apa pun pujian patut diberikan kepada Encik Lee dan keluarga kerana sikapnya yang baik hati. Moga ada ramai lagi insan yang baik hati seperti Encik Lee!

3 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/