Campaigns

Dec 1, 2016

SPONTANEOUS THURSDAY #118

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Bangun pagi dan mandi se awal pagi adalah salah satu perkara terbaik yang perlu di lakukan. Kebanyakan di kalangan kita susah untuk bangun pagi seawal yang mungkin kecuali perlu bangun pagi kerana terpaksa.

Setiap permasalahan ada penyelesaiannya kan? Masalah ini disebabkan mind set kita atau juga habit suka tidur lewat serta ada penyakit 'M' membuatkan lagi susah untuk bangun awal dan menunaikan solat subuh di awal waktu. Mandi awal pagi sebelum solat subuh merupakan amalan Rasulullah SAW.
Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

· Melancarkan peredaran darah : Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.Apabila peredaran darah lancar, badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Pelbagai aktiviti harian dapat dilakukan tanpa rasa letih. Antara perkara lain yang boleh dilakukan bagi melancarkan peredaran darah ialah dengan bersujud sekurang-kurangnya seminit selepas solat subuh boleh mengatasi masalah pening atau migrain.

· Kulit lebih lembut dan halus : Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.So boleh elakkan dari mandi air panas dari water heater untuk dapatkan kulit yang lembut dan halus.

· Meningkatkan kesuburan : Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

· Mengurangkan risiko darah tinggi : Jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga. InshaAllah berhasil.

· Mengurangkan tekanan serta tenang : Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.

· Meningkatkan sel darah putih : Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.

Nampak tak betapa bagusnya mandi awal pagi sebelum subuh ni. So esok dan seterusnya ikutlah amalan Rasullulah SAW setiap hari. Jadikan amalan ini dengan mudah.
Share:

14 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum