Dec 20, 2016

Ini 5 Jenis Seni Mempertahankan Diri Yang Korang Boleh Belajar. Bagus Untuk Self Defense!

Assalamualaikum semua
Salam Selasa, Ok pg nie nak share 5 jenis Seni Mempertahankan Diri
Perasan tak sekarang ni macam-macam perkara buruk yang berlaku hari-hari. Ada kes culik lah, kes bunuh la, kes rompak la. Jadi, amatlah penting untuk korang belajar seni mempertahankan diri, sekurang-kurangnya korang mampu melindungi diri sendiri bila masa kecemasan kan?
Nah, Anum senaraikan beberapa seni mempertahankan diri yang boleh korang belajar!

1.Krav Maga

Untuk pengetahuan korang, Krav Maga sememangnya direka untuk membolehkan orang awam, terutamanya kaum wanita untuk mempertahankan diri mereka ketika waktu kecemasan. Krav Maga juga tidak menggalakan kekerasan dan keganasan dalam gerak langkahnya. So, ianya lebih mudah dipelajari!

2. Keysi Fighting Method

Keysi Fighting Method atau nama ringkasnya KFM direka untuk beraksi ketika mempertahankan diri. Oh ya, kalau korang nak tahu seni KFM juga diaplikasi dalam siri Batman dan juga filem Jack Reacher. Kiranya korang memang tahap ‘star’ la bila power praktis KFM ni!

3. Silat

Rasanya ramai orang Melayu yang memang dah ada ilmu persilatan ni kan. Malah, silat ni juga ada banyak jenis, silat gayong, silat harimau, silat lincah, silat langkah simba dan macam-macam lagilah. Bergantung kepada korang nak belajar yang mana.. Tapi, make sure niat tu kena betul, jangan sebab nak belasah orang saja-saja je ya!

4. Aikido 

Berasal dari Jepun, Aikido adalah seni mempertahankan diri yang menggunakan teknik ‘kunci’, ‘pegang’ dan ‘campak’ untuk mematahkan serangan lawan. Ala, teknik ni selalu digunapakai oleh Bruce Lee okay!

5. Muay Thai

Seni mempertahankan diri yang terkenal di Thailand dan negara-negara asia ini banyak persamaannya dengan seni pradal serey di Kemboja, lethwei di Myanmar, tomoi di Malaysia dan juga seni tinju. Ianya banyak menggunakan gerak tangan dan stepnya pun memang agak mudah untuk kita praktis tau.
so apa tunggu lagi jom pelajari cara pertahankan diri ya
Bagi diri Anum , Saya memilih seni pertahankan diri iaitu Silat Gayong
Alhamdullilah semenjak belajar Silat Banyak yang Anum pelajari

Share:

19 comments:

  1. Keta kena belajar untuk protect diri kan.

    ReplyDelete
  2. 3 - 5 tu biasa dengar tapi tak penah belajarler... taewondo derler jugak..

    ReplyDelete
  3. Wah.. Kak anum.. Ganaz2 ni seni mempertahankan diri. Tapikan.. Larat ke reen nak belajar ni. Nak senaman pun bukan mengah.. Hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah dengan bimbingan yang betul kita boleh

      Delete
  4. yang pasti takde satu pun dalam senarai tu yg saya tau huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah cari la yang mana berminat utk pertahanan diri

      Delete
  5. Yea, memang btul kak Anum, dengan kes jenayah yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat, memang patut kita kena belajar seni mempertahankan diri.. Waaaa.... rindu nak masuk gelanggang silat semula... :(

    ReplyDelete
  6. Terrornya anum belajar silat..kasik tabiklah..serius kagum.... :-)

    ReplyDelete
  7. dah masuk umo 40 baru nak belajar seni mempertahankan diri. harap abam x terlambat la..

    ReplyDelete
  8. bagus ada ilmu seni mempertahankan diri ni tapi kalau panik tak tahu nak buat apa kan

    ReplyDelete
  9. memang teringin nak belajar teknik mcmnie.. tapi tak tahu la boleh ke x..hehehe

    ReplyDelete
  10. penah dengar silat & muay thai ja. hihi

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Lazada

Popular Posts

STATISTICS