Campaigns

Dec 21, 2016

[Fakta OH!Some] Tembok Besar China, Di Sebalik Kemegahannya Tersimpan 1001 Rahsia..

Assalamualaikum semua
Petang ini nak share tentang Fakta Tembok China
Sebut sahaja tembok besar China, minda kita secara automatik akan ingat monumen kemegahan tinggalan sejarah yang terletak di negara China.
Tapi ramai tak antara kita yang tahu akan di sebalik terbinanya Tembok Besar China ni? Nak tahu serba sikit cerita dan mitos yang misteri pasal ‘tembok’ ni? Meh sini..

1. Kenapa tembok perlu dibina?

 (Grafik pembinaan Tembok Besar China – sumber History Channel)

Menurut kajian sejarahwan dunia, tembok ini dibina semasa zaman pemerintahan Qin Shi Huang (Shi Huang Ti) bagi melindungi tahan jajahannya daripada pihak musuh dan pertama kali mewujudkan pembangunan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China sepanjang 2.414 km.
Rancangan tembok ini disempurnakan pada zaman Dinasti Ming dan terjadilah tembok seperti yang korang nampak hari ni.

2. Panjang-Lama-Unik?

(Info grafik perincian bangunan pemerhati- sumber History Channel)
Ramai antara kita yang kurang peka dengan panjang sebenar Tembok besar China ni adalah 5500 Miles (8851.392 km) bukan 3900 Miles (6276.442 km).
Tembok yang hebat ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina dengan menggunakan banyak tenaga kerja. Wah! satu masa yang lama tu.

3. Bahan binaan bercampur rangka manusia?

 (Grafik mayat yang ditanam sebalik tembok- sumber History Channel)

Mengikut cerita mitos yang kita selalu dengar, bahan yang digunakan untuk membina tembok besar ini dihasilkan dengan menggunakan rangka manusia, dan ada juga yang percaya masyarakat pada waktu itu menggunakan beras pulut dan putih telur sebagai ejen pelekat (simen) antara bongkah batu.
Sebenarnya semua andaian tersebut tidak boleh disangkal kerana sejarahwan bersetuju, masyarakat pada waktu itu hanya  menggunakan bahan ada pada waktu itu.

4. Tembok boleh dilihat dari bulan?

(Foto The Great Wall daripada satelit – sumber History Channel)
Ha! ada juga yang berpendapat, Tembok Besar China ni boleh dilihat dari bulan. Sebenarnya, mustahil untuk melihat dari bulan tetapi imej tembok ini pernah dirakam menerusi setelit.
Kalau dilihat dengan mata kasar, tembok besar ini nampak seperti sehelai rambut yang halus je.

5. Mitos misteri Taotie.

Ukiran wajah Taotie yang mengerikan)
Setiap masyarakat mempunyai mitos dan kepercayaan mereka yang tersendiri. Bagi masyarakat pada waktu itu, mereka percaya merupakan Taotei merupakan satu semangat yang melambangkan ketakutan dan sangat berkuasa.
Memiliki wajah yang menakutkan, Taotie dianggap sangat kejam dan ganas oleh masyarakat pada ketika itu. Namun ada yang beranggapan, Taotie ni sebagai satu simbol yang melindungi mereka daripada semangat jahat.
Jadi, jika diamati dan diteliti, sebenarnya kewujudan Taotie masih lagi menjadi satu misteri sehingga ke hari ini.

6. The Great Wall adaptasi cerita sebenar?

Bukan mudah sebenarnya nak buat movie yang berkisarkan sejarah yang unggul tau. Menerusi filemThe Great Wall  ni, korang boleh saksikan keindahan budaya dan misteri pembinaan Tembok Besar China ni.
Nak tahu bagaimana kesatuan pada ketika itu melindungi tanah jajahan mereka daripada serangan musuh (Taotie), saksikan The Great Wall yang bakal ditayangkan pada 29 Disember 2016 nanti di pawagam berhampiran korang.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum