Campaigns

Dec 14, 2016

Ajaibnya kehidupan!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...


Segala pujian bagi Allah. Yang telah menciptakan manusia, untuk kita beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah. Yang telah memberikan tauladan yang baik, untuk kita mencontohinya.

Proses kejadian manusia itu sangat ajaib. Titik permulaanya ialah percampuran antara sperma dan ovum. Dan ketika proses awal kejadian manusia itu, terlalu banyak keajaiban yang terjadi. Manusia yang jujur, pasti akur dengan kekuasaan-Nya. Lalu berikrar serta memberikan taat setia kepada-Nya.

Diciptakan, dihidupkan, dan dimatikan, ia telah menjelaskan tetang kehebatan-Nya. Islam mendidik insan tentang erti kehidupan. Kehidupan bukan hanya berlandaskan yang zahir, tetapi diikuti dengan yang batin.

Kerana insan itu dikurniakan jasad dan roh, juga akal dan iman. Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat. Adanya syurga, mahupun neraka. Kita memperakui tentang kekuasaan-Nya. 
Semalam, peristiwa yang kita lalui mungkin sedih. Tetapi, peritiwa hari ini mungkin berbeza. Mungkin kita akan merasai kelainan dalam kehidupan hari ini berbanding dengan kehidupan semalam yang telah kita tinggalkan.

Masalah, tetap ada selagi kita bernafas di atas dunia. Kita pasti akan di duga dengan pelbagai rasa. Ada yang merasai manisnya nikmat. Juga, ada yang rasa pahitnya nikmat. Apa pun, nikmat yang telah dihadiahkan kepada kita, itu tandanya Allah tetap sayang akan kita.

Adakalanya, Tuhan memberikan kita ujian dan dugaan bukan bererti ingin menghukum juga menyusahkan hidup kita. Percayalah dan akuilah bahawa, Tuhan itu Maha Baik. Tuhan sengaja memanggil kita. Dia ingin diri kita dekat dengan-Nya. Dia ingin kita mencintai-Nya lebih daripada apa yang kita cintakan.

Sedikit demi sedikit, kita melangkah. Kita istiqamah dan tabah melalui kehidupan yang serba serbinya mencabar. Hari demi hari, kita bukan sahaja berjalan.
Tetapi, kita telah  pun berlari dengan jauh. Di manakah kita pada ketika ini? Di manakah masalah yang kita lalui tempoh hari?

Bagaimanakah dengan kehidupan kita hari ini berbanding kehidupan yang penuh onak dan duri?

Ajaibnya kehidupan!

Tatkala diri kita ini dipenuhi dosa yang sudah berlumut dan berkarat, Tuhan membersihkan kita dengan pelbagai cara. Dia memberikan kita sedikit masa untuk kita menikmati juadah penyakit.

Berbagai penyakit, berbagai juga penawar yang kita ambil. Tetapi, penyakit yang diberikan kepada kita ini bukan penyakit yang suka-suka. Ia penyakit yang luar biasa untuk menebus segala dosa kita.
Allah menyucikan diri kita dengan penyakit yang kita rasa. Lalu segala kemuraman dan kesedihan yang kita hadapi semasa sakit, digantikan pula dengan senyuman dan kegembiraan tatkala diri sihat sejahtera.

Ajaibnya kehidupan!

Kekadang, kita mengeluh. Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa. Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka.

Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya. Dahulu, pelbagai ketakutan dan keraguan menghantui diri, semua itu tiada lagi. Hari ini, kita telah bangkit kita telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri.
Sungguh…

Ajaibnya kehidupan ini.

*Hari ini Anum berkursus 1 hari, terima kasih pada yang sudi singgah blog Anum*

Share:

18 comments:

  1. Betapa besarnya kekuasaan Allah hingga kita tak mampu nak menghitung kesemua nikmat yang telah diberikan pada kita.. Selamat berkursus kak Hanum.. =)

    ReplyDelete
  2. Rajin anum ni pergi kursus ya...
    selamat berkursus...

    ReplyDelete
  3. Betul..subahanallah..apa khabar lama tak ke sini

    ReplyDelete
  4. Setiap dugaan, pasti ada hikmah disebaliknya. Thnaks atas perkogsian anum.

    ReplyDelete
  5. Kehidupan penuh dengan ujian bagi kita makhluk yang bernyawa...Tapi disebalik ujian beruntungnya kita kerana nasih punya Allah untuk mengadu dan berharap

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels