Campaigns

Dec 6, 2016

# Sharing # Suka-suka

6 Sebab Korang Nak Ajak Kawan-Kawan Lama Lepak #SajeJe Lepas Lama Tak Jumpa. Rindu Ke Tu?

Assalamualaikum semua
Makin lama, makin busy jadual kehidupan seharian kita. Tapi, tak bermakna yang kita harus lupa untuk have fun dengan kawan-kawan. Kena la ada social life sikit kan?
Haaa… Kat bawah ni adalah senarai sebab-sebab paling selalu diguna pakai masa roger member-member untuk lepak. Korang yang mana satu?

1. Update perkembangan terbaru, termasuklah gosip-gosip terkini!
Siapa cakap perempuan je yang pandai bergosip? Hei, zaman sekarang ni kaum lelaki lagi banyak mulut tau. Kalau tak percaya, cuba korang sekali-sekala stalk kawan-kawan lelaki korang tu bersembang. Mesti ada juga gosip terselit sana-sini. Tapi, cara mereka tu lebih ‘halus’ lah…

2. Pass kad kahwin. LOL!

Memanglah boleh invite menerusi laman sosial macam Facebook takpun terus hantar gambar di aplikasi whatsapp. Tapi, feel dia lain lah kan.
Kalau dapat pass kad kahwin kat tangan BFF korang, rasa teruja dia lain macam. Sambil-sambil tu dok cerita lah apa persiapan yang sudah dilakukan menjelang hari bahagia tu.

3. Boleh selfie dan post dalam Instagram.. barulah Igers tegarselfiee

Foto selfie adalah antara yang menjadi para igers. Kalau boleh dalam sehari tu mesti nak upload lebih daripada sekali gambar selfie. Tidak ketinggalan, caption mestilah panjang berjela-jela.
Ha.. Korang lah tu kan?

4. Nak bayar hutang lama…haha

Member korang mesti terkejut beruk bila tiba-tiba korang hulur duit untuk bayar semula hutang zaman tok kaduk dah tu. Ada tu sampai dah lupa dah yang korang pernah pinjam duit masa tengah sesak tu.
Eh, bila ada member yang terlupa. korang jangan pula ambil kesempatan buat-buat lupa juga hutang tu tau. Hutang hukumnya wajib dibayar ya!

5. Sebab rindu sangat & nak throwback memori dulu-dulu
Kalau geng-geng perempuan memang tak delah segan nak roger BFF ajak jumpa sebab rindu kan? Tapi, agak pelik juga kalau geng-geng lelaki tiba-tiba whatsapp ‘bro, aku rindu ko, jom jumpa!’. Ada ke pernah dapat member laki camni? Hehe.

6. #SajeJe ajak lepak sambil makan sama-sama. So, nak ke mana ni oi?

Kalau nak melepak mestilah kena ada port best kan? Yang boleh korang sembang sampai lebam, sambil-sambil tu mestilah nak menikmati makanan yang sedap.
Pandai2 la korang cari port yang best ek

16 comments:

  1. rindu la time lepak dgn kwn2 masa study dan mula bekerja dulu. bila dah kahwin ni bz dgn bini n anak2.

    ReplyDelete
  2. sy jarang jumpe kawan baik sy..tp skali jumpe mmg berejam borak..mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan betul la tue sekali dah jumpa banyak nak disembang

      Delete
  3. betul tu..bila jumpa mcm2 benda nak borak..;p

    ReplyDelete
  4. rindunya nak lepak ngn kwn2.. memang da lama x lepak

    ReplyDelete
  5. Best jugak....tp bila dah ada laki ni jadi terbatas jugaklah Num.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tue ada banyak benda lain nk fk kan

      Delete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/